Ked’s Story: What to Expect, Who Should Read it.

Ked’s Story mengisahkan tentang kehidupan seorang remaja yang bernama Ked yang mempunyai ego yang tinggi terhadap perempuan dan berfikir bahawa dia hanya ingin hidup bersama  dengan papan skate boardnya. Namun akhirnya dia bertemu dengan seorang gadis yang mampu merendahkan egonya itu. Gadis itu pula hanyalah berasal dari FELDA tetapi nampaknya dia tahu segalanya tentang dunia skaters. Apa yang lebih menarik adalah itu merupakan kali pertama Ked jatuh cinta. Macamana ye kalau skaters bercinta? Jiwang ke tak jiwang ?

Bagaimana perjalanan kisah cinta seorang skaters? Bolehkah Ked meluangkan masa untuk kekasihnya? Bagaimana pula perasaan kekasih kepada seorang skaters?

 

SIAPA YANG WAJIB BACA BUKU INI?

1)  Jika anda merupakan skaters, novel ini sangat sesuai dengan jiwa anda.

2)  Bagi mereka yang meminati ataupun baru ingin berjinak-jinak dengan sukan skateboard, mari baca novel ini! Kisah mereka yang banyak menyatakan skills dan tricks skate board seperti Degree SkaTricks, fifty-fifty-one eighty out, impossible flip pasti menarik perhatian anda dan dapat memberi idea baru kepada anda .

3) Jangan ingat mereka yang berasal dari kampung atau FELDA tak tahu pasal skate ya!

4) Mereka yang ingin tahu lebih mendalam tentang dunia skaters dan ingin mengenali  idola-idola dunia skaters contohnya seperti Bruce Walker, anda  boleh mengetahui siapa antara idola-idola skaters  melalui novel ini.

5) Mereka yang meminati cerita romantik remaja. Sesekali apakata berehat daripada membaca cerita kahwin kontrak atau kahwin paksa.