Judul-judul #foryou

1. Bergaji & Pokai – Suraya Zainudin

Fasa menjadi seorang dewasa adalah proses yang tidak pernah diajarkan oleh guru mahupun keluarga kita. Dari sekian banyak pelajaran yang tidak pernah diajarkan,, pengurusan kewangan antara yang paling kritikal kerana ia mempunyai impak yang besar kepada seluruh kehidupan jika tidak dikendali dengan baik.

Habis belajar, tiba-tiba terus terbeban dengan hutang pengajian. Pendapatan tak tentu ada, hutang yang ada. Menjadi dewasa bukan bermula dengan kosong, tetapi negatif. 

Nasihat-nasihat kewangan yang ada di sosial media pula memang ada yang membantu, tetapi kebanyakkan lebih banyak menjatuhkan motivasi. Seolah-olah, keadaan kita yang bermasalah dengan kewangan ini, semuanya berpunca dari sikap kita semata-mata. Tanpa mengambil kira cabaran dan keadaan ekonomi hari ini. 

Suraya dengan rasa empati cuba mendekati kelompok ini; memberik cadangan yang paling praktikal untuk diikuti. Dia faham benar keadaan ini kerana dia juga sama seperti dahulu. Mencari cara terbaik untuk menguruskan kewangan. 

Bahkan menariknya, perjalanan mencari cara terbaik itu didokumentarikan Suraya melalui websitenya Ringgit Oh Ringgit. Cara bagaimana yang menjadi, kaedah apa yang gagal, semuanya dikongsikan. 

Ini memberikan satu harapan kepada pembaca bahawa sebenarnya masih ada jalan untuk mengubah nasib. Walaupun tanpa bergantung harap kepada nasib semata-mata; tiba-tiba menang hadiah atau dapat duit harta pusaka.

Menemukan bahagia yang sederhana ketika menguruskan kewangan. Tidak semestinya kita mesti bergaji besar atau berniaga dengan untung berjuta-juta untuk menjadi bahagia.

Buku ini sesuai buat mereka yang:

  1. Rasa kecewa, frustrated & disempowered apabila tidak dapat bersedia untuk menjadi dewasa. Khususnya apabila ia melibatkan pengurusan kewangan. Tidak pernah dipelajari di sekolah, mahupun oleh keluarga. 
  2. Keliru dengan bahan & advices berkaitan pengurusan kewangan yang ada. Kebanyakan nasihat seolah-olah tidak berpijak di bumi yang nyata. Bahkan ada ‘penasihat’ kewangan yang gagal berempati dengan nasib anak muda yang terpaksa berhadapan cabaran ekonomi hari ini. 
  3. Sedar pentingnya kedudukan kewangan yang stabil untuk menjalani kehidupan yang baik. Walaupun duit bukan segalanya, tetapi segalanya lebih mudah dengan adanya duit. Jika masalah kewangan gagal ditangani, ia akan memberi kesan kepada semua aspek kehidupan yang lain.

2. Sayangku, Moon – Nurharyati Ishak

Moon – Demi cinta yang penuh di dada, aku sanggup melakukan apa sahaja. Aku nekad untuk berjaya. Aku mahu diriku disanjungi, dihargai dan disayangi. Jangan pernah menjentik hatiku untuk tidak setia. Akulah panglima cinta yang terunggul di dunia. Aku berkorban apa sahaja kerana dia.

“Honey paling takut kehilangan abang. Kalaulah ditakdirkan nanti nyawa kita diambil Allah, Honey rela Allah ambil Honey dulu.”

Ilham – Sumpah, aku cintakan dia dan tidak ada galang gantinya. Bukan rupa jadi ukuran kesetiaan. Bukan saiz badan alasan untuk mencurangi. Cinta itu kejap tersemat di dada dan tidak berganjak dari istananya. Meskipun ombak mengganas menghantar badai merempuh tugu cinta, akanku pertahankan sehingga ke hujung nyawa.

“Abang cintakan Honey setulus hati. Walaupun datang bidadari dari langit sekalipun, Honeylah cinta hati abang dunia dan akhirat.” 

Jiman – Kalah bukan bermakna tidak cinta. Cinta bukan bermakna memiliki hati dan jasadnya. Cinta itu adalah suatu pengorbanan sehingga ke hujung nyawa. Demi cinta, aku mengalah. Demi cinta, aku berubah. Demi cinta, aku relakan dengan susulan doa. Hinggalah aku faham erti cinta sebenar dari-NYA.

“Sekarang ni baru aku tahu, betapa baiknya Allah terhadap hamba-NYA. Bila aku utamakan DIA, maka DIA pun bagi rezeki yang banyak kepada aku.”


3. Ku Akad Kau Dengan Bismillah – Wawa Akil

Menjadi seorang Hannah atau Raisya Hannah Abdul Halim bukan mudah. Maruahnya luruh sekelip mata. Di sampingnya, lelaki tidak dikenali tanpa sehelai benang melilit tubuhnya.

Apa dayanya tika itu. Hanya tangisan mengiringi. Hatinya lumat, jiwanya hancur. Maruahnya tercemar. Kerana peristiwa itu dia nekad membawa diri. Meninggalkan segala yang disayangi di bumi bertuah.

Menjadi Luth Mikail juga bukannya mudah. Gadis itu tidak dikenali tetapi gadis itu terjerat dengan musuh perniagaannya. Tatkala dia bangun pagi itu semuanya musnah. Reputasi dirinya hancur dek khianat dan benci.

Lima tahun dia mencari gadis itu. Mengusung bersama penyesalan yang bukan sedikit. Kerana dia, gadis tak berdosa menjadi mangsa. Kerana dia juga seluruh hidup gadis itu musnah dan kerana gadis itu juga dia berubah.

Pertemuan yang tidak diduga membuatkan jiwa Luth Mikail yang mati selama ini hidup kembali. Mereka disatukan tetapi lelaki itu tahu jiwa wanita bernama Raisya Hannah sudah lama mati.

“Abang mohon maaf atas semua kesalahan abang selama ini. Abang mengambil setiap kesalahan abang itu sebagai hukuman untuk abang,” – LUTH MIKAIL

“Awak ingat senang-senang untuk saya maafkan awak? Lima tahun saya membenci diri sendiri. Jijik dengan tubuh sendiri. Walaupun dicuci dan dibilas dengan berbaldi-baldi air belum tentu mampu menghilangkan kekotoran itu,” – HANNAH

Bagaimana kesudahan cerita mereka. Mampukah Luth Mikail melenturkan kebencian si isteri dan mampukah Hannah berterusan membenci suami sendiri. Mampukah mahligai itu bertahan? Semua itu terjawab dalam Ku Akad Kau Dengan Bismillah. 


4. Empayar 3: Hikayat Saka Keturunan Raja – Teme Abdullah

Saka raja yang diwarisi telah memberi kesaktian luar biasa kepada Sang Putera. Jijik dengan amalan syirik jurai keturunannya itu untuk kekal berkuasa, Putera Aradhana Sastra, pewaris tunggal Kesultanan Aradhanapura melarikan diri untuk menjadi rakyat biasa. Dengan harapan, hidupnya akan lebih tenteram.

Namun, kemunculan suatu makhluk dari gua yang tahu asal usul Sang Putera menggugat rencananya.

“Aku sudah tidak tahan hidup melarikan diri seperti ini! Sedalam mana aku menyembunyikan diri, ada sahaja yang kenal siapa diriku!”

Sang Putera kini menjadi buruan ramai atas tuduhan mengamalkan ilmu hitam. Pada masa yang sama, Kesultanan Aradhanapura goyah akibat ketiadaan pemerintah. Rakyat pula kian tertindas dengan percaturan puak yang mabuk kuasa.

Kezaliman membanjiri tanah keramat. Putera Aradhana Sastra merasakan kewujudan diri dan jurai keturunannya hanya membawa malang kepada kepulauan Nusantara.

“… hanya darah Jurai Aradhana sahaja yang dapat membela kepulauan ini!”

Sang Putera enggan terus dibelenggu saka warisan. Namun, perit untuk diabaikan sahaja tanah air dan rakyatnya. Mampukah Sang Putera akhirnya berdepan dengan hakikat keturunannya sendiri?


5. PENAT: Bagaimana Mengurus Emosi, Tenaga & Tekanan Dalam Menempuhi Alam Dewasa – Dr Alizi Alias

Berbeza dengan generasi 30 atau 40 tahun lepas, anak muda hari ini sering ‘disogokkan’ dengan kepentingan mempunyai growth mindset, passion dan ketekunan yang tinggi dalam melakukan satu-satu kerja. Mencintai kerja yang dilakukan adalah satu kebanggaan. Bersungguh-sungguh dalam melaksanakan tugasan pula adalah satu bentuk jenama peribadi (personal branding).

Walaubagaimanapun, atas beberapa sebab; mungkin kerana keletihan atau hilang motivasi atau mula terasa kerja hanya ibarat rutin atau bermacam faktor lain, menjadikan kita terhenti seketika. Bukan culas, atau mengular atau tidak lagi berminat dengan kerja tersebut. Cuma rasa kosong. Tiada lagi excitement. Tidak happy tetapi bukan juga sedih kemurungan. 

Perasaan itu berada di tengah-tengah. Tidak se-teruja dahulu, tetapi tidak juga terus meninggalkan kerja tersebut. Walaupun kadangkala rasa malas, tetapi tanggungjawab dan tugasan masih dilaksanakan (dengan separuh hati). 

Ketika ini, hidup ada kalanya terasa tiada erti; sekadar bekerja untuk mendapatkan pendapatan, membayar komitmen keluarga dan sekali-sekala bercuti. 

Kesannya, kita cuba mencari keseronokan, excitement & feeling good melalui cheap dopamine. Seperti dari social media dan permainan video yang membekalkan dopamine booster secara mudah dan cepat. Menonton video pendek di tiktok atau instagram memberikan rasa keseronokan pantas, sehingga akhirnya seringkali berjam-jam dihabiskan menghadap telefon pintar. Apabila kembali ke dunia realiti, masalah ‘languishing’ masih ada, tidak hilang dengan cara kita mengalihkan fokus. 

Pengurusan languishing bermula dengan memberikan nama kepada emosi ini. Meletakkan diri pada posisi yang tepat adalah langkah pertama untuk keluar dari belenggu kelesuan.

Buku ini sesuai buat mereka yang::

  1. Hilang motivasi, tak lagi rasa excited buat kerja hidup rasa stagnant. Sebelum ini, kita adalah seorang yang passion dengan kerja yang kita lakukan, akan berika yang terbaik.  Tetapi atas beberapa sebab, kita hilang minat & fokus terhadap perkara tersebut. 
  2. Rasa kosong. Tak happy tapi bukan sedih sangat, tak tenang tapi bukanlah murung (depress), rasa marah (khususnya pada diri sendiri) tapi bukan sampai nak mengamuk. Berada di tengah-tengah. Buat kerja dalam keadaan terpaksa kerana mempunyai komitmen (motivasi terbesar). 
  3. Sedar diri sedang berada dalam keadaan languishing (walaupun tak tahu istilahnya) kerana terjerat dalam kehidupan tidak produktif (doomscrolling social media, games etc) yang berpanjangan. Berusaha mencari jalan keluar dari masalah tersebut. 

6. Agar Rezeki Datang Tidak Terduga – Dwi Suwiknyo

Buku Agar Rezeki Datang Tidak Terduga menitipkan keyakinan saat kita berikhtiar untuk menjemput rezeki, maka rezeki akan datang dari arah yang tidak terduga.

Betul, ada ketikanya kita berasa sangat gelisah kerana terlalu memikirkan soal rezeki. Hal ini seolah-olah kita tidak yakin dengan rezeki yang sudah ditentukan oleh Allah.

Sebenarnya, kita perlu meyakini setiap manusia yang diciptakan Allah, pasti sudah disiapkan rezeki untuknya dan ini akan membuatkan hati kita lebih tenang.

Sebenarnya kita patut bersyukur apabila rezeki kita masih menjadi teka-teki dan kita perlu berusaha untuk mendapatkannya. Maknanya, kita akan semakin dekat, dan hanya berharap kepada Allah yang Maha Esa.

Bukankah itu semua lebih daripada cukup untuk menjamin ketenangan hati kita.

Jadi, tenanglah, kerana Allah bersama kita.

Sekiranya keyakinan ini terpahat kukuh dalam hati kita maka sebenarnya tidak ada lagi tempat di hati kita untuk bersandar selain daripada Allah.

Lalu melangkahlah sepenuh hati untuk menjemput rezeki Allah yang berkat, tanpa melupakan kewajipan kita kepada Allah.