Penyertaan Xentral Methods di Pesta Buku Frankfurt 2012 telah bermula dengan impak yang positif. Pengunjung bisnes tidaklah begitu ramai pada hari pertama, namun Xentral Methods telah mengambil perhatian pelbagai pihak, terutamanya dari penerbit kandungan digital luar negara. Berikutan ini, kemungkinan pada jangka masa yang terdekat akan terdapat lebih banyak pilihan eBuku bahasa Inggeris di e-Sentral.
e-Sentral juga telah memberi demonstrasi dan perbentangan sistem di pentas Pesta Buku Frankfurt 2012.
Antara berita-berita menarik yang telah berlaku pada hari pertama adalah pengambil-alihan syarikat teknologi eBuku bernama Aquafadas oleh Kobo.
السلام عليكم
Tahniah Xentral Methods @ e-sentral kerana penglibatan di Pesta Buku Franksfurt. InsyaAllah kesungguhan dan istiqomah dapat membawa banyak penerbit di Malaysia khususnya kepada penyelesaian yang ditampilkan oleh pihak e-sentral
Kalaulah lebih banyak penerbit melihat e-sentral sebagai “kedai buku” dan bukannya pesaing, alangkah baiknya.
و سلم