E-Sentral di Cyberjaya

Dalam pada kesibukan Pameran Buku Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIBF) dan juga Pilihanraya 2013, sempat juga E-Sentral mencuci kaki untuk melangkah masuk ke pejabat baru. Sekarang kami beroperasi dari pejabat yang lebih selesa di Cyberjaya. Ianya juga antara memenuhi keperluan untuk status MSC yang sedang kami mohon. Moga-moga ini menjadikan E-Sentral lebih produktif sebab memang banyak projek-projek yang kami sedang usahakan.

Sebelum kami bercerita tentang aktiviti di KLIBF, biar saya tunjukkan beberapa gambar pejabat baru kami.