Fenomena Arab Spring secara langsung telah mengetengahkan nama Ikhwan Muslimin di mata dunia. Pelbagai tanggapan serta tafsiran telah dikemukakan ke atas gerakan Islam ini. Tanggapan serta tafsiran tersebut telah mencipta perspektif berbeza di kalangan masyarakat. Di Sebalik Ikhwan Muslimin, telah membuka lembaran yang lebih segar serta asli mengenai Ikhwan Muslimin dari kaca mata tokoh di belakang tabirnya, Youssef Nada. Youssef Nada merupakan insan di sebalik jatuh bangun Ikhwan Muslimin. Youssef Nada melangkaui kerangka nostalgia yang sering dikaitkan dengan penulis biografi mahupun memoir. Sebaliknya buku tersebut mengetengahkan pandangan serta pengalaman beliau sepanjang merasai serta melihat jatuh bangun Ikhwan Muslimin itu sendiri. Setelah sekian lama,akhirnya beliau memilih untuk menceritakan segala pengalamannya sebagai sumber rujukan untuk mendidik generasi pejuang gerakan Islam seterusnya. Ia termasuk perkongsian pandangan mengenai beberapa isu serta peristiwa penting yang dilalui oleh umat
Islam sepanjang lima dekad lalu, termasuk fenomena Arab Spring yang menganjak Ikhwan Muslimin ke kemuncak kekuasaan politik di Mesir pada ketika ini. Untuk mengikuti dengan lebih lanjut kisah beliau, boleh dapatkan buku eksklusif yang masih belum berada di pasaran ini di e-Sentral. Link ke eBuku: http://www.e-sentral.com/search/byid/14261