[REVIEW] YANG TERINDAH

YANG TERINDAH OLEH ANIS AYUNI

Elly, gadis pingitan yang tidak pernah mengecap kasih seorang ayah. Lalu, rasa sayangnya tertumpah pada Zahari, lelaki tempatnya berkongsi suka dan duka selama ini. Masa yang berlalu menginjak usia. Rupanya dalam diam, telah lama lelaki itu menaruh hati terhadapnya. Tapi, mana mungkin dia membalasnya. Dia tidak tega menerima lafaz cinta seorang lelaki yang telah bertahun-tahun dianggapnya sebagai abang sendiri. Lantas dia mengambil keputusan menjauhkan diri. Namun, perpisahan itu menyedarkannya bahawa lelaki itu amat dekat di hati dan dikasihi. Payahnya menerima hakikat; perpisahan itu begitu menyakitkan, mendera rindu dan menghukum perasaan sendiri. Saat hatinya terbuka untuk menerima Zahari, kehadiran Dr. Hazlin merobek segala impian. Berjayakah dia memiliki semula hati lelaki yang telah ditolak cintanya itu atau cukupkah sekadar mengabadikan momen terindah itu dalam kenangannya?


Elly, hidupnya dihimpit kemiskinan namun mewah dengan kasih sayang mama & menumpang kasih keluarga sahabatnya Diana. Semenjak kecil, keluarga Diana menyenangi Elly sehingga ada kalanya Elly turut mengikut mereka sekeluarga bercuti ke Port Dickson. Abang Zahari , abang kandung Diana adalah insan paling rapat dengan Elly.

Semua masalah diceritakan dan ketika Elly mula meneroka alam percintaan, Abg Zahari menjadi kaunselor kepada cerita cinta Elly. Sporting sungguh Zahari. Membenarkan insan yang dia kasih secara diam merasai hidup normal sebagai remaja.

Tanpa disedari Elly, abang Zahari yang telah lama menyimpan perasaan padanya telah banyak kali menunjukkan perhatian yang lebih daripada biasa dan sentiasa menunaikan semua permintaan Elly. Ketika Zahari mencurahkan perasaan dan melamarnya, kerana keliru Elly menolak hajat Zahari. Syarat yang dia kenakan pada Zahari akhirnya menjerut rasa dihatinya sendiri. Setelah berminggu2 Zahari tidak menghubunginya, Elly panasaran. Perasaan rindu mula bertunas dan rasa cemburu membara pabila Dr Hazlina rakan setugas Zahari muncul memberi rawatan kepada Zahari yang parah akibat kemalangan. Betul ker Zahari lupa ingatan atau semuanya lakonan saja? Sabar je la dgn mamat ni. Tapi usahanya membuahkan hasil. Akhirnya Elly mengaku yang dia turut menyayangi Zahari semenjak mereka membesar di Estate Bukit Beringin. Masalahnya siapa yang akan mewalikan Elly dihari pernikahan? Jejak mencari ayah Elly bermula dan disitulah rahsia kehilangan ayahnya terbongkar

eBook penuh boleh didapati di E-Sentral.com
https://www.e-sentral.com/book/info/97577/yang-terindah