[ULASAN] Semahal Itukah Cinta Abang?

Semahal Itukah Cinta Abang?
— karya Rafina Abdullah


Karya ini menonjolkan kelainan plot dari karya-karya puan penulis sebelum ini. ‘Semahal Itukah Cinta Abang’ menceritakan kisah pahit seorang duda bernama Luzman dan Aqeela, sepupunya yang merupakan seorang OKU dengan masalah lembam. Setelah kehilangan ibunya dalam suatu tragedi yang tidak dapat dielakkan, Luzman menjadi buntu dan lebih baran memikirkan siapa yang perlu memikul tanggungjawab menjaga Aqeela. Atas nasihat orang sekelilingnya, Luzman dicadangkan untuk berkahwin dengan Aqeela. 
Kisah ini mendekatkan pembaca terhadap emosi dan perasaan Aqeela yang menyukai Luzman. Ianya sesuatu yang jarang diceritakan dalam masyarakat kami dan penulis berjaya memberi pembaca peluang untuk mendalami perasaan Aqeela. 
Semahal Itukah Cinta Abang ialah bacaan yang ringkas, namun masih dapat menggapai emosi pembaca.
Dapatkan versi e-book penuh di e-sentral.com
https://www.e-sentral.com/book/info/361322

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *