Ulasan Buku: Kougar

Kougar menceritakan tentang Kisha, wanita berkerjaya yang berusia 40 tahun, masih belum berkahwin dan lebih mementingkan kerjayanya. Dalam diam, Kisha jatuh hati dengan Azril, anak muda yang berusia 25 tahun. Dalam masa yang sama Kisha telah menerima undangan seorang Datuk untuk keluar berhibur dan dari situ mereka telah terlanjur. Kecuaian yang dirahsiakan oleh Kisha telah terbongkar dari pengetahuan Azril, kekasihnya. Kecewa dengan apa yang telah berlaku, Azril telah pergi membawa diri meninggalkan Kisha sendirian. Setelah ditinggalkan, Kisha telah bersetuju untuk menerima pinangan lelaki pilihan ibunya. Rumahtangga yang dibina atas permintaan keluarga telah menjerat Kisha sendiri. Dia tekad untuk melarikan diri dari suaminya atas pertolongan kekasih gelapnya yang bernama Yusri. Kisha telah nekad untuk pulang ke Kuala Lumpur. Di situ dia telah bertemu kembali dengan kekasih hatinya Azril. Dalam masa yang sama Yusri telah muncul di tengah kota untuk menagih janji yang diberikan oleh Kisha. Sekali lagi Azril mengetahui mengenai hubungan sulit yang di lakukan oleh Kisha bersama Yusri. Azril yang kecewa untuk sekian kalinya meningalkan Kisha, begitu juga dengan Yusri menghilangkan diri selepas kejadian. Lima tahun telah pun berlalu, namun Kisha masih menantikan cinta sejatinya, Azril yang tidak mungkin akan muncul lagi.

Kategori: Novel Am

Penerbit: Buku Fixi

Harga: RM 9.00

URL: http://www.e-sentral.com/search/byid/52