Sejenak Bersama Aliesha Kirana

Aliesha Kirana

 

Hello readers! Admin akan kongsikan hasil temu bual kami bersama seorang penulis dari Karyaseni dan Penulisan2u. Pada bulan ini, admin berjaya menemu bual seorang penulis buku yang terkenal dengan bukunya Love You Mr. Arrogant, Aliesha Kirana! 

Kalau readers nak tahu serba sedikit tentang penulis buku ini, boleh ikuti temu bual kami di bawah 🙂

 

Aliesha Kirana, 6 tahun bergelar penulis, 7 novel dan 1 kompilasi cerpen bersama Karyaseni dan Penulisan2u.

-Love You Mr. Arrogant

-Cinta Bersaiz XXL

-Miss You Mr. Arrogant

-Melodi Cinta II (cerpen Daim)

-Angin Cinta

-Mamat Muka Selenga

-Pak Cik Kerek Semanis Pavlova

-Jodohku Jejaka Jelita

 

Bagi yang ingin mengikuti perkembangan penulis, bolehlah mengikuti:-

Facebook Pages di fb.com/NovelisAlieshaKirana,

blog penulisan tintaalieshakirana.blogspot.com,

Wattpad @AlieshaKirana,

twitter dan instagram @alieshakirana.

 

1) Siapa yang memberi inspirasi untuk Aliesha Kirana menulis?

Saya sendiri tak pasti siapa yang beri saya inspirasi tapi saya rasa saya mula berminat untuk menulis sedari saya sekolah rendah lagi. Saya suka benar dengan karangan yang tak ada format. Jadi saya rasa saya harus bagi kredit kepada cikgu Bahasa Melayu saya dahulu sebab buat saya jatuh cinta dengan karangan. Dan sampai sekarang saya tak berhenti menulis.

 

2) Apa makanan kegemaran Aliesha Kirana?

Saya sejenis manusia yang tak memilih makanan, saya boleh makan semua (yang halal) jadi kegemaran saya pun ada banyak. To name a few; samgyetang, nasi ayam, ikan patin masak lemak, nasi kerabu, ayam percik, ikan keli bakar, daging kambing bakar dan banyak lagi. Oh terus teringat pasar malam. Lain kali jangan tanya saya bab makanan. Hahah.

 

3) Siapakah penulis kegemaran Aliesha Kirana? (tak kisah luar negara or dalam negara)

Ramai saja penulis yang saya suka, tapi kalau bukan semata sebab novelnya, saya akan sebut Illa Shanahila, Liz Haliza dan Aifa Batrisya. Sebab dia orang sahabat-sahabat penulis yang saya paling rapat. Aci kan? Haha!

 

4) Apakah novel kegemaran Aliesha Kirana? (tak kisah luar negara or dalam negara)

Banyak sebenarnya novel kegemaran saya jadi susah nak senaraikan satu-satu dekat sini.

 

5) Ada haiwan peliharaan tak di rumah?

Tak ada. Tapi teringin nak bela haiwan eksotik macam burung hantu, iguana mahupun ular sawa. Haha.

 

6) Jika Aliesha Kirana diberi peluang untuk melancong secara percuma, ke manakah Aliesha Kirana mahu pergi dan mengapa?

Kalau percuma dan tak perlu memilih, maka semua tempat di dunia ni saya teringin nak jejak. Tapi kalau kena pilih a few saja, maka saya mungkin akan pilih:

-Mekah dan Madinah, untuk ziarah dan umrah.

-Korea, pernah pergi tapi nak repeat sebab best sangat!

-Jepun, nak tengok sakura berkembang masa musim bunga.

-India, mungkin untuk merasai sendiri macam mana berlari-lari di taman bunga yang terbentang luas. Haha!

-Iceland, nak kejar Aurora Boraelis

-Switzerland, sebab view dia masya-Allah!

 

7) Adakah Aliesha Kirana merancang untuk menulis dan produce novel terbaru?

Yup. Insya-Allah, selagi diizin Allah untuk berkarya. Nantikan!

 

8) Apakah pesanan Aliesha Kirana kepada pembaca di luar? 

Bacalah buku-buku saya dan rakan-rakan penulis yang lain, kerana insya-Allah walau karya-karya kami banyak kekurangan tapi kamu sudah mencuba yang terbaik untuk memenuhi citarasa dan kepuasan pembaca. Tolong sokong industri novel dan buku ini, jangan biarkan ia hambar ya? Sokongan pembaca buatkan kami terus bersemangat untuk berkarya di masa hadapan dan mencuba untuk terus melakukan yang terbaik. Terima kasih untuk pembaca-pembaca yang tak henti-henti menyokong kami terutamanya saya, Aliesha Kirana, daripada dulu hinggalah sekarang, di saat jatuh bangun, susah dan senang. Terima kasih!

 

9) Pada pandangan Aliesha Kirana, apa istimewanya novel Aliesha Kirana berbanding novel lain di pasaran?

Lemah betul bab nak memuji novel sendiri,  sebab bagi saya banyak sangat kekurangan novel-novel saya ni. Tapi bagi saya apa yang berbeza dan boleh dikatakan istimewa adalah saya selalu memberi kelainan dalam watak-watak yang saya cipta. Setiap novel ada pelbagai watak yang berbeza. Contohnya:

-Love You Mr. Arrogant – kisah lelaki yang berlagak sombong dengan gadis naif.

-Cinta Bersaiz XXL – kisah gadis saiz XXL bertemu jodoh dengan lelaki sempurna.

-Mamat Muka Selenga – kisah lelaki biasa yang sengal dengan gadis garang, jiwa kental.

-Pak Cik Kerek Semanis Pavlova – kisah lelaki bujang terlajak kerana menjaga anak saudaranya yang lumpuh.

-Jodohku Jejaka Jelita – kisah lelaki berwajah keperempuan dan berperwatakan lembut.

Berbeza kan? Jadi nantikanlah apa kelainan yang saya bawa untuk novel berikutnya ya.

 

10) Dari mana Aliesha Kirana selalu dapatkan ilham untuk menulis? Ada yang dari pengalaman sendiri ke?

Ilham ini sebenarnya boleh didapati daripada pelbagai cara. Sengaja atau tidak sengaja. Biasanya saya dapatkan ilham daripada pemerhatian dan tontonan. Saya suka memerhati sekeliling saya dan dari situ kadangkala muncul idea yang saya tak sangka. Drama, program tv dan filem juga ada membantu dalam memberi inspirasi tetapi itu tidak bermakna saya meniru apatah lagi mengambil bulat-bulat daripada cerita tersebut. Saya biasanya suka memerhati satu-satu watak dan karakter yang saya tonton. Sebagai contoh, karakter Jep Sepahtu yang lucu dan sengal, membuatkan saya mendapat idea untuk mencipta watak sebegitu di dalam novel Mamat Muka Selenga.

Kalau daripada pengalaman saya sendiri ada juga saya masukkan tetapi biasanya tidak banyak. Sekadar 5 ke 10% sahaja, hanya sekadar penambah perasa. Contohnya di dalam novel Love You Mr. Arrogant, watak heroin, Zaara Amirah sukakan warna merah jambu, suka makan ikan keli dan ayam percik (nampak tak perkaitannya di sini dengan soalan tentang makanan kegemaran saya tadi? Haha), sama macam saya. Dalam novel Cinta Bersaiz XXL pula, kisah-kisah sadis yang dialami heroin, Adeeba Addin kerana dia bersaiz XXL, kebanyakannya saya pernah lalui sendiri sebagai seorang yang bersaiz besar.

 

11) Apa rutin harian Aliesha Kirana? Ada yang rare tak?

Rutin harian saya teramatlah membosankan jadi nak share pun takut orang lain mengantuk mendengarnya. Haha. Jadi sebab itu saya suka menulis sebab menulis membawa saya mengembara ke alam khayalan yang saya boleh corakkan sendiri.

 

12) Describe diri Aliesha Kirana dalam 3 patah perkataan.

Penulis. Pencinta. Pemimpi.

 

13) Apa nasihat Aliesha Kirana kepada penulis-penulis yang masih baru dalam industri buku?

Buat semua penulis baru, sama ada yang sudah punya buku atau masih mencuba untuk karyanya diterbitkan, saya cuma nak pesan supaya jangan berputus asa dan lemah semangat dalam berkarya. Jatuh bangun itu lumrah dalam kehidupan, termasuk dalam industri ini tetapi kita harus sentiasa percaya yang rezeki tak pernah salah alamat, asalkan kita berusaha dan tidak menyerah kalah.

Terus belajar dan belajar untuk memantapkan penulisan kita dan jangan pernah puas dengan tahap kita sedia ada. Bagi saya penulis juga harus jadi seorang pembaca supaya kita dapat luaskan minda kita dan belajar sesuatu daripada penulis lain. Kalau kita tak baca novel orang lain, kita akan rasa novel kita dah cukup bagus dan tak perlukan penambahbaikan lagi. Kalau kita baca novel dan lihat cara-cara penulis lain, barulah kita akan sedar yang bukan kita seorang yang pandai menulis. Masih ramai lagi yang pandai dan mungkin lebih pandai menulis daripada kita. Kan?

Jadi jangan putus asa, teruskan membaca, teruskan belajar, dan teruskan menulis. Teruskan usaha kalian dan teruskan perjuangan! Saya doakan setiap daripada kalian akan berjaya menempa nama dalam industri. Amin!

 

14) Selain Bahasa Melayu, Bahasa Inggeris, apa lagi bahasa lain yang Aliesha Kirana kuasai?

Saya boleh faham bahasa Hindi sikit-sikit, tapi nak bertutur tu gagaplah. Haha. Ini adalah hasil menjadi penonton drama Hindi tegar sejak kecil. Sekarang tengah cuba fahamkan bahasa Korea supaya bila tonton Kdrama tak payah fokus dekat subtitle sangat jadi boleh fokus tengok ahjussi-ahjussi yang berkarisma. Hahaha. Gurau.

 

Karya terbaru Aliesha Kirana boleh didapati di E-Sentral.com
https://www.e-sentral.com/author/filter/au_34513_aliesha-kirana/~

Sejenak Bersama Sahidzan Salleh

Antara karya Sahidzan Salleh, One Two Jaga

 

Hai readers! Seperti kebiasaanya, admin akan kongsikan kepada anda hasil temu bual kami bersama penulis buku. Pada bulan ini kami berjaya menemu bual seorang penulis buku yang terkenal dengan salah satu bukunya, One Two Jaga, iaitu Sahidzan Salleh.

Kalau readers nak tahu serba sedikit tentang penulis buku yang terkenal ini, boleh ikuti temu bual kami di bawah 🙂

 

1. Siapa yang memberi inspirasi untuk Sahidzan Salleh menulis?

Pertama, diri sendiri. Akan sentiasa wujud kemahuan untuk menghasilkan sesuatu di dalam diri saya. Kedua, penulis-penulis yang saya gemari. Saya mula menulis novel pertama setelah timbul pertanyaan di dalam benak saya; bagaimana seorang penulis dapat menyiapkan novelnya?

 

2. Apa makanan kegemaran anda?

Makanan pedas.

 

3. Siapakah penulis kegemaran anda? (tak kisah luar negara or dalam negara)

Haruki Murakami (novel), Etgar Keret (cerpen).

 

4. Apakah novel kegemaran Sahidzan Salleh? (tak kisah luar negara or dalam negara)

Pinball, 1973.

 

5. Ada haiwan peliharaan tak di rumah?

Kucing.

 

6. Jika anda diberi peluang untuk melancong secara percuma, ke manakah anda mahu pergi dan mengapa?

Jepun. Mungkin sebab saya membesar dengan menonton dan membaca produk-produk hiburan Jepun.

 

7. Apakah Sahidzan Salleh merancang untuk menulis dan produce novel terbaru?

Ya, sudah tentu. Sasaran saya adalah untuk menghasilkan sebuah novel setiap tahun.

 

8. Apakah pesanan Sahidzan Salleh kepada pembaca di luar?  

Bacalah novel-novel saya.

 

9. Pada pandangan Sahidzan Salleh, apa istimewanya novel Sahidzan Salleh berbanding novel lain di pasaran?

Saya cuba menghidangkan suatu karya yang pantas, mindblown dan mudah dibaca.

 

10. Dari mana Sahidzan Salleh selalu dapatkan ilham untuk menulis? Ada yang dari pengalaman sendiri ke?

Dari persekitaran dan pengalaman sendiri yang diolah menjadi sebuah fiksyen.

 

11. Apa rutin harian Sahidzan Salleh? Ada yang rare tak?

Rutin harian saya membosankan. Mungkin sebab itu saya menulis novel. 

 

12. Describe diri Sahidzan Salleh dalam 3 patah perkataan?

Sunyi adalah kebisingan.

 

13. Apa nasihat Sahidzan Salleh kepada penulis-penulis yang masih baru dalam industri buku?

Banyak membaca daripada menulis.

 

14. Selain Bahasa Melayu, Bahasa Inggeris, apa lagi bahasa lain yang Sahidzan Salleh kuasai?

Tiada.

 

Kami harap Sahidzan Salleh akan terus merwarnai dunia penulisan dengan coretan yang menarik dan bermutu. Jika anda berminat dengan tulisan Sahidzan Salleh, boleh klik pada link di bawah untuk mendapatkannya.

 

Karya terbaru Sahidzan Salleh boleh didapati di E-Sentral.com
https://www.e-sentral.com/author/filter/au_47371_sahidzan-salleh/~

Sejenak Bersama Nadia Khan

Nadia Khan

 

Hai readers! Seperti kebiasaanya, admin akan kongsikan kepada anda hasil temu bual kami bersama penulis buku. Pada bulan ini kami berjaya menemu bual seorang penulis buku yang terkenal, Nadia Khan! Salah satu bukunya, Gantung sudah pun dijadikan drama bersiri di kaca tv.

Kalau readers nak tahu serba sedikit tentang penulis buku yang terkenal ini, boleh ikuti temu bual kami di bawah 🙂

 

1) Siapa yang memberi inspirasi untuk Nadia Khan menulis?

Arwah Mak (Mak Long) saya seorang yang suka membaca. Dia sentiasa galakkan saya untuk terus menulis supaya ada bahan bacaan yang dia suka. Dan tiada yang lebih menyeronokkan daripada membaca karya anaknya sendiri.

 

2) Apa makanan kegemaran anda?

Saya tak pernah tolak nasi lemak bungkus.

 

3) Siapakah penulis kegemaran anda? (tak kisah luar negara or dalam negara)

Maggie O’Farrell

 

4) Apakah novel kegemaran Nadia Khan? (tak kisah luar negara or dalam negara)

Perhaps in Paradise – Ellina Abdul Majid

Instructions For A Heatwave – Maggie O’Farrell

Harry Potter and The Half-Blood Prince – J.K. Rowling

The Marble Collector – Cecilia Ahern

Spoiled Brats – Simon Rich

(Banyak lagi sebenarnya)

 

5) Ada haiwan peliharaan tak di rumah?

Takde tapi nak kucing!

 

6) Jika anda diberi peluang untuk melancong secara percuma, ke manakah anda mahu pergi dan mengapa?

New York (“melancong secara percuma” ni termasuk tiket penerbangan kelas pertama tak? Sebab New York jauh. Dah tua ni satgi sakit belakang lak naik kapal terbang lama-lama)

 

7) Apakah Nadia Khan merancang untuk menulis dan produce novel terbaru?

All the time ☺ 

 

8) Apakah pesanan Nadia Khan kepada pembaca di luar?

Teruskan membaca.   

 

9) Pada pandangan Nadia Khan, apa istimewanya novel Nadia Khan berbanding novel lain di pasaran?

Mungkin watak-wataknya yang dekat di hati pembaca.

 

10) Dari mana Nadia Khan selalu dapatkan ilham untuk menulis? Ada yang dari pengalaman sendiri ke?

Ilham ada di mana-mana. Disiplin untuk menulis; itu yang susah. Pengalaman memang ada memberi ilham, tapi diolah untuk menjadi cerita yang lebih menarik.

 

11) Apa rutin harian Nadia Khan? Ada yang rare tak?

Rutin harian sentiasa berubah. Kalau ada yang rare pun, kadang-kadang bila saya ada writer’s block saya akan pandu kereta seorang diri sambil mainkan watak-watak yang saya tulis – praktis dialog diorang, bagi sedap.

 

12) Describe diri Nadia Khan dalam 3 patah perkataan?

Daydreamer. Storyteller. Confidant. 

 

13) Apa nasihat Nadia Khan kepada penulis-penulis yang masih baru dalam industri buku?

There’s no such thing as an overnight success – keep on trying.

 

14) Selain Bahasa Melayu, Bahasa Inggeris, apa lagi bahasa lain yang Nadia Khan kuasai?

Bahasa Inggeris. Saya faham Hindi, tapi kalau bertutur tatabahasa saya berterabur sikit.

 

Kami harap cik Nadia Khan akan terus merwarnai dunia penulisan dengan coretan yang menarik, bermutu dan mind blowing lagi. Jika anda berminat dengan tulisan Nadia Khan, boleh klik pada link di bawah untuk mendapatkannya.

 

Lebih banyak karya dari Nadia Khan boleh didapati di E-Sentral.com
https://www.e-sentral.com/author/filter/au_3059_nadia-khan/~

Sejenak Bersama JAck S Adli

Hai semua. Entri kali ini, admin berjaya menemu bual salah seorang penulis yang sedang mengukir namanya dalam industri penulisan bagi kategori travel guide. Beliau ialah JAck S Adli, penulis buku Road To Japan. Anda nak kenal lebih lanjut mengenai beliau? Teruskan membaca entri ini.

Saya berasal Dari Kota Bharu Kelantan, Nama JAck S adli adalah gabungan nama samaran dan nama sebenar saya. Saya telah menjelajah ke banyak negara sama ada untuk tujuan bekerja atau mengembara, tetapi negara Jepun adalah sebuah negara yang telah membuatkan saya tertarik untuk datang dan datang lagi. Ini kerana saya paling tertarik dengan keindahan, kecanggihan, kesopanan dan disiplin penduduknya, kerana kecintaan saya terhadap negara ini, saya telah menjelajah hampir ke seluruh pelusuk Jepun sehingga ke ceruk kampung. Saya juga merupakan pemilik halaman FB ROAD TO JAPAN yang mempunyai 105k pengikut. Halaman itu diwujudkan untuk berkongsi maklumat bagi memudahkan perjalanan mereka yang ingin ke sana dan perkongsian yang dilakukan di dalam halaman FB tersebut adalah secara percuma.

Saya tidak pernah menunjukkan wajah saya di media sosial atau di mana-mana walaupun di buku saya sendiri, setiap kali jika gambar saya di muatnaik di mana mana media sosial, wajah saya akan ditutup. Saya lebih suka orang mengenali saya dengan  nama dan membaca penulisan saya daripada mengenali wajah saya.

1. Siapa yang memberi inspirasi untuk JAck menulis?

Saya menerbitkan buku ini (Edisi 1) di atas dasar ingin membantu mereka (selain Halaman FB Road To Japan) yang ingin membuat perjalanan ke Jepun, ini kerana selepas tahun 2013 kemasukan rakyat Malaysia semakin bertambah semenjak kerajaan Jepun memperkenalkan “Visa On Arrival’ (VOA) yang  di berikan secara percuma semasa ketibaan di sana.  Namun begitu, rujukan ke sana masih tidak banyak dan menyeluruh sama ada secara di atas talian atau cetakan dan dari situ saya sedar ramai memerlukan buku seperti ini untuk di jadikan bahan rujukan.

2. Apa makanan kegemaran anda?

Yong tau foo.

3. Siapakah penulis kegemaran anda? (tak kisah luar negara or dalam negara)

Dr. Tengku Asmadi Tengku Mohamad.

4. Apakah novel kegemaran JAck? (tak kisah luar negara or dalam negara)

Tiada dan saya tidak pernah membaca novel. Saya lebih gemar membaca buku buku motivasi.

5. Ada haiwan peliharaan tak di rumah?

Kehidupan saya yang sentiasa berada di luar negara menyebabkan sukar untuk memiliki haiwan peliharaan.

6. Jika anda diberi peluang untuk melancong secara percuma, ke manakah anda mahu pergi dan mengapa?

BHUTAN – Sebuah Negara Timur Himalaya, negara yang kecil di antara negara China dan negara India , saya ingin ke sini untuk melihat sendiri dan menerokai negara yang di gelar sebagai negara yang paling gembira di dunia, saya juga ingin merasai sendiri kehebatan negara yang kemasukan pelancong yang terkawal serta keindahan alam sekitarnya.

7. Apakah JAck merancang untuk menulis dan produce novel terbaru?

Saya sedang berusaha meneruskan kesinambungan buku Road to Japan. Buat masa sekarang saya sedang mengumpulkan bahan untuk menghasilkan sebuah buku bagi membantu perjalanan mereka yang ingin menerokai Hokkaido dan Tohoku, salah satu daerah di Jepun.

8. Apakah pesanan JAck kepada pembaca di luar?   

Bagi mereka yang merancang perjalanan ke Jepun buat pertama kali , buku ini wajib anda miliki sebagai panduan sebelum atau semasa di sana.

9. Pada pandangan JAck apa istimewanya novel JAck S berbanding novel lain di pasaran?

Buku Road To Japan tidak menceritakan pengalaman pengembaraan saya di Jepun tetapi  buku ini  menerangkan bagaimana cara untuk anda ke Jepun.

10. Dari mana JAck S selalu dapatkan ilham untuk menulis? Ada yang dari pengalaman sendiri ke?

Setiap perjalanan saya di Jepun saya akan catatkan setiap apa yang saya lakukan, terutama jika saya ke tempat tempat yang belum pernah saya jejaki. Dari catatan ini saya kumpulkan untuk di bukukan sebagai rujukan untuk orang lain.

11. Apa rutin harian JAck S? Ada yang rare tak?

Jika saya berada di Malaysia setiap hari saya akan ke gym, selain daripada itu, scuba diving adalah aktiviti kegemaran saya di hujung minggu.

12. Describe diri JAck S dalam 3 patah perkataan?

Merendah diri, pemurah dan penyabar.

13. Apa nasihat JAck S kepada penulis-penulis yang masih baru dalam industri buku?

Saya sebenarnya penulis baru dan tidak pernah bermimpi untuk penulis dan menerbitkan buku (Edisi 1 di terbitkan oleh saya sendiri) dan sebagai penulis baru, saya perlu lebih banyak membaca karya orang lain  untuk menambah pengetahuan dan  untuk memperbaiki mutu penulisan akan datang.

14. Selain Bahasa Melayu, Bahasa Inggeris, apa lagi bahasa lain yang JAck kuasai?

Tiada.     

Boleh follow page JAck S Adli di FB – Road to Japan 

https://www.facebook.com/groups/Road.To.Japan/
https://www.thevocket.com/hotel-bajet-di-jepun/

https://www.thevocket.com/5-pass-pengangkutan-awam-yang-anda-perlu-tahu-sebelum-travel-ke-osaka-jepun/
https://amazingnara.com/6-tip-yang-aku-guna-untuk-cari-souvenir-bajet-dan-percuma-bila-travel-di-jepun/
https://www.his.com.my/road-to-japan/
https://www.goodreads.com/book/show/37878751-road-to-japan-jack-s-adli

Kami berharap agar encik JAck S Adli akan terus merwarnai dunia penulisan dengan coretan yang menarik dan bermutu. Jika anda berminat dengan tulisan beliau, boleh klik pada link di bawah untuk mendapatkannya.

Karya terbaru JAck S Adli boleh didapati di E-Sentral.com
https://www.e-sentral.com/book/info/203494/Road-To-Japan-DIY-Travel-Ke-Jepun

Sejenak Bersama Yatie Atiqa

Antara judul yang ditulis oleh Yatie Atiqa

Nama sebenar saya Nor Hayati binti Mohamad. Saya dilahirkan dan membesar di Kuala Lumpur. Saya merupakan anak kedua dari sembilan orang adik beradik. Saya bersekolah di Sek Ren Jalan Pasar 2, Sek Men Puteri Jaya dan Sek Men Aminuddin Baki Kg Pandan. Sebaik saja tamat tingkatan 5 saya mengambil kelas menaip dan kesetiausahaan di kolej swasta. Dengan berbekalkan sijil yang diperolehi saya berjaya mendapat pekerjaan pertama di sebuah syarikat swasta di Subang Jaya. Saya telah berkahwin dan mempunyai 4 orang anak lelaki. Kini telah punya 2 orang menantu dan 2 orang cucu yang berusia 3 tahun dan 2 tahun.

Saya meminati bidang penulisan sejak dibangku sekolah. Apatah lagi saya mengambil aliran sastera semasa ditingkatan 4 dan 5. Oleh kerana kesibukan tugas harian di pejabat dan urusan rumahtangga, saya terpaksa melupakan bidang penulisan buat sementara waktu. Akhirnya setelah berhenti kerja kerana masalah penjagaan anak, minat menulis datang semula. Apabila anak-anak semakin membesar dan banyak waktu terluang maka tercetus ilham untuk berkarya. Tahun 2010 saya mula serius menulis dan novel pertama saya diterbitkan pada tahun 2011 bertajuk Irama Semalam. Novel kedua lahir pada 2013 bertajuk Helo, si Merah Jambu dan yang ketiga pada 2015 bertajuk Terbaik untukmu. Kesemua novel-novel saya lahir di bawah terbitan Alaf 21.

1. Siapa yang memberi inspirasi untuk Yatie Atiqa menulis?

Keluarga dan kawan-kawan terdekat.

2. Apa makanan kegemaran Yatie Atiqa?

Mee goreng dan western food.

3. Siapakah penulis kegemaran Yatie Atiqa? (tak kisah luar negara or dalam negara)

Norhayati Brahim, Ramlee Awang Murshid dan Aisya Sofea,

4. Apakah novel kegemaran Yatie Atiqa? (tak kisah luar negara or dalam negara)

Tenggelamnya Kapal Van Dervick karya Hamka

5. Ada haiwan peliharaan tak di rumah?

Dulu ada. Kucing. Tapi dah serik nak bela sebab kucing kesayangan mati kerana sakit dan lama bersedih.

6. Jika anda diberi peluang untuk melancong secara percuma, ke manakah Yatie Atiqa mahu pergi dan mengapa?

New Zealand kerana pemandangannya yang cantik.

7. Apakah novel baru yang bakal diterbitkan oleh Yatie Atiqa? Boleh ceritakan sedikit mengenai novel tersebut?

Ya. Tetapi buat masa ini diperam dahulu kerana dunia novel agak sejuk sekarang ini.

8. Apakah pesanan Yatie Atiqa kepada pembaca di luar?

Nilailah karya penulis dengan membaca tulisan mereka. Ramai penulis-penulis hebat dengan karya-karya hebat tetapi kurang menonjol kerana terlalu banyak saingan.

9. Pada pandangan Yatie Atiqa, apa istimewanya novel Rehan Makhtar berbanding novel lain di pasaran?

Saya hanya penulis kecil. Karya-karya saya sama seperti karya-karya lain yang ada dipasaran. Masing-masing ada keistimewaan yang tersendiri. Istimewanya novel saya kerana ia adalah kisah cinta. Ia lahir dari sudut hati yang paling dalam dan dicampur aduk dengan pengalaman sendiri.

10.Dari mana Yatie Atiqa dapatkan ilham untuk menulis? Ada yang dari pengalaman sendiri ke?

Ilham datang hasil dari banyak membaca dan sudah tentu dari pengalaman sendiri juga.

11. Apa rutin harian Yatie Atiqa? Ada yang rare tak?

Buat masa sekarang tidak ada yang rare selain dari meluangkan masa bermain dengan cucu-cucu yang semakin lasak dan nakal. Di samping itu saya menguruskan emak pengidap kencing manis dan menjalani dialysis 3 kali seminggu. Bapa saya baru saja meninggal dunia 2 bulan lepas. Sebelum ini rutin saya setiap pagi menguruskan arwah bapa yang menghidapi penyakit stroke.

12. Describe diri Yatie Atiqa dalam 3 patah perkataan?       

Tidak banyak bercakap.                

13. Apa nasihat Yatie Atiqa kepada penulis- penulis yang masih baru dalam industri buku?

Nasihat saya, konsisten dalam menulis. Tulislah walau sebaris ayat setiap hari. Dan rajin-rajinlah membaca karya penulis-penulis lain supaya ilham lebih terbuka dan meluas.

14. Selain Bahasa Melayu, Bahasa Inggeris, Apa lagi bahasa lain yang Yatie Atiqa kuasai?

Sedikit bahasa tamil. Semasa saya kecil tinggal di kawasan kuaters dan berjiran dengan keluarga india.

Kami berharap agar cik Yatie Atiqa akan terus merwarnai dunia penulisan dengan coretan yang menarika dan bermutu. Jika anda berminat dengan tulisan beliau, boleh klik pada link di bawah untuk mendapatkannya

Karya terbaru Yatie Atiqa boleh didapati di E-Sentral.com
https://www.e-sentral.com/author/filter/au_36575_yatie-atiqa/~

 

Sejenak Bersama Herna Diana

Antara hasil karya Herna Diana

Hai readers semua! Seperti kebiasaanya, admin akan kongsikan kepada anda hasil temu bual kami bersama penulis buku. Bagi bulan ini, admin berjaya menemu bual seorang penulis novel dimana salah satu daripada novel beliau sedang ditayangkansebagai drama di Singapura. Novel yang kami maksudkan ialah Mr. London Ms. Langkawi.

Kalau readers nak tahu lebih lanjut mengenai cik penulis kita Herna Diana, ikuti perbualan kami di bawah.

Ceritakan serba sedikit mengenai latar belakang Herna Diana. Kami akan kongsikan kepada peminat Herna Diana juga info ini.

Seorang novelis yang bernaung di bawah Karangkraf. Beliau berasal dari Utara Malaysia. Setakat ini mempunyai empat buah novel iaitu:

  • Cinta 3 Suku
  • Sayang Cik Tiramisu
  • Oh, Mama Tiriku!
  • Mr. London Ms. Langkawi

1. Siapa yang memberi inspirasi untuk Herna Diana menulis?

Boleh dikatakan sebenarnya saya bermula sebagai seorang pembaca novel. Minat menulis tu memang ada sejak dari sekolah lagi. Tapi tak pernah serius pun. Sekadar suka-suka saja. Cuma pada tahun 2008, tiba-tiba terasa nak cuba hasilkan sebuah novel. Masa tu tak terniat langsung sampai nak dibukukan. Hanya nak buat simpanan peribadi. Tapi bila manuskrip tu dah siap, abang saya bagi cadangan supaya hantar ke syarikat penerbitan. Mulanya memang saya menolak sebab saya tak yakin langsung. Tapi bila didesak beberapa kali, saya pun macam…ah, cuba jelah. Mungkin dah tertulis rezeki, manuskrip saya tu diterima dan akhirnya pada tahun 2010 terbitlah manuskrip saya tu atas judul CINTA 3 SUKU. Itulah novel pertama saya.

2. Apa makanan kegemaran anda?

Saya bukanlah orang yang jenis memilih makanan. Asal boleh saya bedal (janji Halal). Hehe… Tapi jika antara makanan pedas dan manis, saya lebih memilih makanan pedas. Jika antara masakan kampung atau western, selera saya lebih kepada masakan kampung.

3. Siapakah penulis kegemaran anda? (tak kisah luar negara or dalam negara)

Jujurnya, saya tak ada penulis kegemaran. Sebab saya baca semua genre novel. Semua penulis ada kelebihan masing-masing dan saya hormati semua insan yang bergelar penulis.

4. Apakah novel kegemaran Herna Diana? (tak kisah luar negara or dalam negara)

Banyak sangat.

5. Ada haiwan peliharaan tak di rumah?

Saya sukakan kucing. Dulu ada pelihara kucing. Tapi sekarang dah tak ada.

6. Jika anda diberi peluang untuk melancong secara percuma, ke manakah anda mahu pergi dan mengapa?

Mana-mana pun boleh. Janji melancong. Haha…

Untuk persoalan mengapa, setiap tempat ada keindahan tersendiri. Dan saya amat hargai jika saya berpeluang menikmati keindahan tersebut.

7. Apakah Herna Diana merancang untuk menulis dan produce novel terbaru?

Saya masih menulis dan akan terus menulis selagi diberikan ilham dan selagi masih ada yang sudi membaca karya saya. Tentang novel baru, ianya masih di peringkat awal. Tajuk pun belum ada.

8. Apakah pesanan Herna Diana kepada pembaca di luar?

Jadi pembaca yang bijak. Jangan hanya membaca tetapi kosong. Baca dan ambillah pengajaran yang tersurat dan tersirat di dalam bahan bacaan anda.

Kepada pembaca karya2 saya, terima kasih kerana menjadi warna-warna yang menceriakan kanvas kehidupan seorang Herna Diana.

9. Pada pandangan Herna Diana, apa istimewanya novel Herna Diana berbanding novel lain di pasaran?

Setiap novel ada keistimewaannya. So, saya tak pernah membuat sebarang perbandingan.

10. Dari mana Herna Diana selalu dapatkan ilham untuk menulis? Ada yang dari pengalaman sendiri ke?

Dunia sekeliling saya. Ada juga sedikit pengalaman sendiri yang saya kongsikan dalam karya saya.

11. Apa rutin harian Herna Diana? Ada yang rare tak?

Saya orang biasa. So rutin harian saya juga biasa-biasa sahaja.

12. Describe diri Herna Diana dalam 3 patah perkataan?

Saya Anak Malaysia

13. Apa nasihat Herna Diana kepada penulis- penulis yang masih baru dalam industri buku?

Saya bukanlah orang yang tepat untuk memberi nasihat kerana saya juga masih baru. Masih dalam proses belajar. Cuma seperkara yang boleh saya kongsikan. Jadilah penulis yang bertanggungjawab dalam setiap karya anda. Kerana setiap apa yang ditulis akan terpikul di bahu anda sehingga ke akhirat kelak. Jadi, tulislah yang baik-baik ya.

14. Selain Bahasa Melayu, Bahasa Inggeris, Apa lagi bahasa lain yang Herna Diana kuasai?

Loghat utara (Boleh diterima pakai tak? Hehe…)

Sekian saja dari kami. Kami mendoakan semoga Herna Diana akan sentiasa mewarnai industri penulisan dan, jika anda peminat Herna Diana, mahu lebih banyak judul daripada beliau

Novel yang sedang diadaptasi ke drama di sebuah stesen TV di Singaura. Membariskan Zul Arifin dan Izzara Aishah sebagai pelakon utama.

Karya terbaru Herna Diana boleh didapati di E-Sentral.com
https://www.e-sentral.com/author/filter/au_52482_Herna-Diana/~

Sejenak Bersama Zhamidah Dyna

Pada minggu ini kita berjaya menemu bual salah seorang penulis bebas kami. Walaupun seorang penulis yang masih baru, namun apa yang boleh diperkatakan ialah, tampak satu kelainan dalam novel beliau.

Ikuti sesi interview selanjutnya bersama penulis tersebut.

isbn97896714378-medium

1. Siapa yang memberi inspirasi untuk Zhamida Dyna menulis?

Suami saya. Dia orang pertama yang membuat saya menulis. Saya memang minat membaca novel cinta, tapi tak pernah terlintas untuk saya menulis. Dia yang syorkan saya menulis kisah-kisah benar yang berlaku di sekeliling. Suami saya juga lah yang menjadi ‘editor utama’ setiap kali saya menyiapkan bab-bab. Selain dia, keluarga saya juga menjadi inspirasi buat saya. Mereka banyak memberi idea kepada saya tanpa mereka sedari. Sememangnya, suami dan keluarga saya teramat memberi inspirasi kepada saya sebagai penulis bebas.

 2. Apa makanan kegemaran Zhamida Dyna?

Makanan kegemaran saya adalah masakan umi saya sendiri. Terutamanya, kalau dia buat sambal tumis. Apa-apa masakan sambal tumis, memang favourite saya.

 3.  Siapakah penulis kegemaran Zhamida Dyna? (tak kisah luar negara or dalam negara)

Sophie Kinsella. Beliau merupakan novelis terkenal. Boleh dikatakan, semua novel beliau ‘best selling’ di New York. Novel beliau yang paling saya suka ialah ‘Confessions of Shopaholic’

4. Apakah novel kegemaran Zhamida Dyna? (tak kisah luar negara or dalam negara)

‘Confessions of a Shopaholic’ oleh Sophie Kinsella.

  5. Ada haiwan peliharaan tak di rumah?

Ada, kucing dan ikan.

6. Jika anda diberi peluang untuk melancong secara percuma, ke manakah Zhamida Dyna mahu pergi dan mengapa? 

Paris. Sebab, Paris merupakan kota paling romantik di dunia. Saya ni memang suka sangat tempat ala-ala romantik ni. Sesuai la dengan novelis jiwang macam saya ni. Hehe

7. Apakah novel baru yang bakal diterbitkan oleh Zhamida Dyna? Boleh ceritakan sedikit mengenai novel tersebut?

InsyaAllah, novel seterusnya bertajuk ‘Cinta Miss Penyapu’. Novel ni mengisahkan tentang seorang gadis yatim piatu. Dia memelihara adikknya yang masih kecil dengan bekerja sebagai tukang sapu di sebuah institusi pendidikan. Di sana, dia sering diejek oleh segelintir pelajar yang sebaya dengannya. Adiknya telah disalah anggap sebagai anaknya. Gadis muda yang bersama anak kecil itu sentiasa dipertikaikan status pertalian mereka. Nak tahu lebih lanjut? Nanti bila dah keluar pasaran nanti, sila beli ye? Ada beberapa lagi novel dalam proses iaitu ‘Hello MR.Jodoh’ & ‘Aku seorang pelacur’. Tapi, yang ni kena tunggu la sebab jalan cerita masih tiada ending. Hehe

8. Apakah pesanan Zhamida Dyna kepada pembaca di luar?

Jika bahan bacaan yang anda baca ada pengajaran, jadikanlah pengajaran itu sebagai pedoman hidup anda ye.

9. Pada pandangan Zhamida Dyna, apa istimewanya novel Zhamida Dyna  berbanding novel lain di pasaran?

Novel saya berdasarkan kisah benar dari orang sekeliling. InsyaAllah, novel saya mampu membuatkan para pembaca ‘beremosi’ ketika membacanya. Hehe

10. Apa rutin harian Zhamida Dyna? Ada yang rare tak?

Rutin harian saya adalah update produk dan kosmetik terMurah di pasaran kepada dropshipper saya di ‘group whatsapp’.

11. Describe diri Zhamida Dyna dalam 3 patah perkataan?

Friendly. Talkactive. Caring

12. Apa nasihat Zhamida Dyna kepada penulis- penulis yang masih baru dalam industri buku?

Saya pun masih baru dalam bidang ni. Hehe. Urm, menjadi seorang novelis ni banyak dugaannya. Jadi, kepada para penulis yang masih baru di luar sana, jangan cepat putus asa. Terutamanya, apabila anda menghantar novel anda untuk dinilai pihak tertentu, novel anda ditolak. Saya harap anda tidak mudah berputus asa. Sentiasa mencuba sehingga berjaya. Dan 1 lagi pesanan saya, “if u want to be, what u want to be, u have be, what u want to be”.

13. Selain Bahasa Melayu, Bahasa Inggeris, Apa lagi bahasa lain yang Zhamida Dyna kuasai?

Saya hanya boleh berbahasa melayu dan inggeris sahaja. Bahasa lain tu, mungkin bahasa Arab dan Cina kot. Tapi, sikit-sikit je pandai. Setakat basic sahaja. Hehe

Admin nak wish good luck untuk novel- novel seterusnya. Harap anda berjaya membawa kelainan dalam bahan bacaan. Baru la rare kan! So kalau readers nak dapatkan eBuku beliau, ni adalah link bagi eBuku tersebut.

screenshot_2016-09-08-16-22-42

eBuku Cinta Gadis Gila
https://www.e-sentral.com/book/info/80025/cinta-gadis-gila