[REVIEW] HATIMU BUKAN MILIKKU

Hatimu Bukan Milikku oleh Pena Merah

Daniel dan Zulaikha berdepan dengan dugaan apabila belum dikurniakan cahaya mata. Ditambah lagi dengan desakan Puan Ramlah, ibu kepada Daniel yang menyebabkan mereka semakin tertekan.

“Bila kau nak bagi aku cucu? Aku ni dah lama kempunan nak ada cucu. Jiran sebelah rumah aku tu pun dah lama ada cucu, tau. Sekarang dah nak sambut cucu yang kelima pula tu. Kau dengan Daniel bila lagi? Tunggu aku tutup mata dulu baru nak bagi?”

Keadaan itu membuatkan Daniel terlebih dahulu membuat ujian kesihatan tanpa Zulaikha. Daniel disahkan mandul dan menyembunyikan perkara itu daripada pengetahuan Zulaikha. Disebabkan rasa bersalah terhadap Zulaikha kerana dia yang menjadi punca kegagalan mereka mendapatkan zuriat, dia berhasrat mahu melepaskan isterinya itu. Dia mahu Zulaikha mencari kebahagiaan dengan lelaki lain.

“Aku nak bahagiakan dia dulu sebelum lepaskan dia.”

“Kau nak bahagiakan dia dan lepas tu, kau nak lepaskan dia? Ya Allah, Daniel. Sampai hati kau buat dia macam tu. Kau tahu tak, apa yang kau buat ni tak masuk akal? Sepatutnya kau buat dia bencikan kau, bukannya buat dia sayangkan kau lebih!”

Keadaan makin kusut dengan adanya Sarah yang berhasrat mahu merampas Daniel. Dia adalah kawan baik Zulaikha yang menyimpan dendam terhadap Zulaikha.


Hai semua! Min nak minta maaf kepada semua pembaca Blog E-Sentral kerana agak lama juga min tak update review dekat blog ini disebabkan kekangan masa yang menyebabkan min tak sempat nak update. Oleh itu, harini min nak kongsi satu review yang bergenre percintaan bertajuk Hatimu Bukan Milikku dari Pena Merah.

Kisah ini mengisahkan tentang kehidupan konflik suami isteri, Daniel dan Zulaikha bersama ibu mertuanya iaitu Puan Ramlah. Zulaikha ini seorang yang penyabar dan memendam segalanya didalam hatinya apabila sering dimarahi oleh itu mertuanya. Segala caci maki yang dilemparkan oleh ibu mertuanya dianggap sebagai nasihat dan peringatan untuk dirinya walaupun kadangkala kata-katanya itu menguris hati. Walau bagaimanapun, Zulaikha masih menganggap yg ibu mertuanya itu sebagai ibu kandungnya.

Disebabkan impian Puan Ramlah untuk dapatkan cucu, dia sering memaksa Daniel dan Zulaikha untuk adakan zuriat mereka sendiri. Disebabkan itu, Daniel dan Zulaikha sering bertengkar diantara satu sama lain kerana mereka telah berusaha tetapi tidak membuahkan hasil. Zulaikha sering mencadangkan suaminya untuk melakukan ujian kesuburan. Tetapi, disebabkan keegoan yang dimiliki oleh Daniel menolak cadangan itu dengan mengatakan dirinya sihat seperti orang lain. 

Pada suatu hari, Daniel nekad untuk membuat ujian kesuburan itu. Selepas mendapatkan keputusan yang dirinya itu mandul, Daniel berasa kecewa dan kesal keatas dirinya sendiri kerana sebelum ini dia telah menuduh yang isterinya itu mandul.

Buku ini sesuai untuk dijadikan ikhtibar dan pengajaran untuk kita semua terutamanya mereka yang telah berumah tangga. Jadi min sangat mengsyorkan korang semua untuk baca buku ni.

eBook penuh boleh didapati di E-Sentral.com

https://www.e-sentral.com/book/info/355102

[SNEAK PEEK] ISTERI UNTUK LELAKI EGO

Isteri Untuk Lelaki Ego Oleh Rafina Abdullah

Pertunjukan kini bermula. Beberapa orang model keluar masuk silih berganti sambil memperagakan pakaian keluaran terbaru syarikat itu.

Tiba giliran Mina yang melangkah masuk, Nazwan tak berkelip memandang.

Awin di sebelahnya bertepuk tangan. Kagum dia melihat cara Mina berjalan di atas pentas. Sedikit pun nampak tak kekok. Cepat benar Mina faham cara Stephen mengajar.

“Saya dah kata, bos! Mina tu harta karun!” Awin kuatkan suaranya, berlawan dengan muzik latar yang agak bingit.

Nazwan tak peduli dengan pujian Awin terhadap Mina. Dia masih leka melihat Mina yang telah disolek. Dia sendiri tak sangka, Mina boleh jadi secantik itu. Dah rupa macam ratu cantik pun ada. Seriuslah itu Mina? Nazwan masih tidak percaya. Segera dia menoleh ke arah Awin yang dilihat begitu teruja melihat Mina.

“Amecam, bos? Beres?” Awin mahu mendengar pendapat Nazwan.

“Okey.” Hanya sepatah yang keluar dari celah bibir Nazwan. Berat mulutnya mahu memuji. Siang tadi bukan main lagi dia menghina Mina. Sekarang dia jadi malu muka pula depan Awin. Semua gara-gara sikapnya yang angkuh kerana enggan menerima cadangan Awin dari awal.

Sekarang dia akui, Mina adalah harta karun untuk syarikatnya. Kerjaya model sangat sesuai untuk Mina. Sekarang dia tak boleh menafikan bakat yang ada pada gadis itu.

Cepat benar Mina belajar. Lepas ni, tak perlulah dia pening kepala lagi untuk memikirkan pekerjaan apa yang sesuai untuk Mina. Jadi model pun dah okey.

“Saya dah kata. Bos tak caye. Sekarang bos tengok, semua orang kagum dengan Mina. Dia tu cantik, bos. Nanti bos buat kontrak untuk Mina, tau! Kita ikat dia kuat-kuat.”

“Yelah.” Malas Nazwan menjawab. Ego sungguh dia.

Selesai pertunjukan, Nazwan pulang bersama Mina. Dalam kereta, Nazwan mulakan perbualan. “Kau tak kisah ke jadi model?”

“Apa-apa kerja pun tak apa, Encik Nazwan. Saya terima.”

“Tapi kau kena hati-hati.”

Mina menoleh. Dia tidak mengerti maksud di sebalik amaran Nazwan. “Saya tak faham.”

eBook penuh boleh didapati di E-Sentral.com

https://www.e-sentral.com/book/info/351843

[REVIEW] JEJAKA HAZEL UNTUK ORKED

Jejaka Hazel Untuk Orked Oleh Ain Mshitah

Tristan Orked, seorang gadis bandar berperangai gila-gila dan selamba. Hidupnya bahagia di samping keluarga tercinta. Pertemuan secara tidak sengaja dengan jejaka bermata hazel, membuatkan kehidupannya berubah 360 darjah.

“Awak tak pandai bawak motor ke?”

“Patah sikit pun nak kecoh.”

Speechless! Orked terkedu. Pertemuan demi pertemuan menyebabkan jejaka hazel yang mesra disapa Kael mendekatinya. Lebih mengharukan apabila hubungan Orked dan kekasihnya putus di pertengahan jalan. Surat ugutan mula diterima sehingga Orked berasa diburu seperti bayang-bayang yang sentiasa mengikuti ke mana sahaja dia pergi. Dia berasa takut dan cemas. Kael pula muncul sebagai pelindung.

“Shh… jangan takut. Aku ada. Aku akan jaga kau. Percaya cakap aku.”

Adakah Kael berpegang dengan kata-katanya yang mahu menjaga gadis itu? Adakah Kael akan munculkan diri tatkala nyawa gadis itu dalam bahaya?

“Seinci kau bergerak, peluru ni akan tembus kepala dia.” – DM

Siapakah sebenarnya Hans Mikael? Apakah kaitan Orked dengannya? Mengapa Orked diburu?


Okay, kalini min kembali dengan novel cintan cintun! Anda pun tahu kan min ni suka pilih novel yang cover nya menarik hati min. Anda tengoklah cover novel ni, dia macam tahu tahu je min lemah dengan orang handsome ni. Jadi, tu lah sebab min bersungguh nak review novel ni hehehe. 

Mari kita ke pengenalan novel ni. Novel ini berkisahkan seorang gadis yang berperwatakan outgoing yang mempunyai kehidupan bahagia bersama keluarga tersayang. Kehidupan dia berubah serta merta setelah bertemu dengan seorang jejaka yang mempunyai mata yang sangat cantik berwarna hazel. Sejak Orked putus dengan bekas kekasihnya, Orked sering diburu dan mendapat surat ugutan. Kael, jejaka bermata Hazel muncul sebagai pelindungnya tatkala menerima segala ancaman.

Buku ini sesuai untuk dibaca dari remaja hinggalah ke dewasa. Min mendapati buku ini mempunyai banyak pengajaran daripada setiap watak. Jadi, min sangat recommend buku ini.

eBook penuh boleh didapati di E-Sentral.com

https://www.e-sentral.com/book/info/351852

[SNEAK PEEK] FARIZ, THE TROUBLEMAKER

Fariz, The Troublemaker Oleh Rafina Abdullah

Amylia buat muka sinis. Sedikit pun dia tak hairan. “Hek… apehal aku lak? Aku tak ada kena mengena dengan perbuatan jahat yang kau buat.”

“Tak ada kena mengena kau kata? Orang lain kau bagi makan mi spaghetti tapi aku, kau bagi nasi dengan kuah spaghetti. Itu kau cakap tak ada kena mengena?!”

“Ek eleh orang tua ni… aku sebat kang!” Amylia bengang. Dia dah tak peduli jika dia bersikap kurang ajar. Lagipun, Fariz pernah suruh dia melawan. Jadi, hari ini dia akan melawan. Setelah melihat sendiri kezaliman yang dilakukan Puan Exora terhadap Sara, dia dah tak kisah kalau dia terpaksa bersikap kurang ajar.

“Riz tengoklah perangai sebenar isteri kesayangan Riz ni. Berani dia nak pukul mama? Dia ingat mama ni kawan-kawan dia ke?!”

“Apa, kau ingat aku tak berani? Kalau kau boleh pukul menantu kau sesuka hati, jangan fikir tak ada orang lain yang berani pukul kau, tau. Si Samad bapak tiri aku, tergolek-golek dia atas lantai sebab kena tibai dengan aku. Ini kau setakat perempuan tua, ingat aku takut?” Amylia terus melawan. Dia dah tak peduli apa-apa. Kekejaman Puan Exora terhadap Sara, mesti dituntut bela. Saat itu, dia terbayang-bayang wajah arwah ibunya yang terlalu lama menderita dek angkara Samad.

“Berani kau?? Dasar tomboy!” Terus Puan Exora menampar Amylia.

“Mama! Cukuplah!” Fariz hilang sabar. Terpaksa dia tinggikan suara di hadapan mamanya.

Amylia pegang pipi. Pijar terasa seluruh mukanya akibat ditempeleng.

“You okey, sayang?” Fariz mendapatkan Amylia. Pipi Amylia yang putih kini bertukar merah. Perlahan dia mengusap pipi Amylia.

Amylia menolak perlahan tubuh Fariz. Dia tidak mahu ditenangkan oleh suaminya itu. “Aku dah cakap dengan kau, kan? Lebih baik kita pindah aje!”

“Jangan, Riz! Jangan ikut cakap dia. Mama ni perempuan yang melahirkan Riz. Sanggup Riz nak tinggalkan mama?”

“Selagi mama tak insaf, selagi mama tak sedar diri dan selagi mama tak minta maaf dengan Kak Sara, Riz tak teragak-agak akan tinggalkan mama,” ugut Fariz. Itu saja caranya untuk buat mamanya berbaik-baik dengan Fiza dan Sara.

Puan Exora melutut. Dia memaut kedua-dua kaki Fariz dengan erat. “Riz… mama dah tak ada anak lain yang mama boleh harap. Cuma pada Riz saja. Tolong jangan pindah. Duduklah sini selamanya dengan mama. Please… mama merayu dengan Riz. Tolonglah jangan pergi.” Puan Exora mengongoi. Jatuh sudah egonya.

eBook penuh boleh didapati di E-Sentral.com

https://www.e-sentral.com/book/info/351842

[REVIEW] MEMORI SEMALAM

Memori Semalam Oleh Miss Noi

Takdir telah menyatukan Nadine dan Mikhail sebagai suami isteri. Masing-masing berusaha mencari bahagia walaupun kedua-duanya masih terluka dihantui kisah silam.

Baru hendak mengecap bahagia, memori semalam tersingkap semula. Terbentang luas peristiwa hitam yang menjadi titik tolak kehancuran sebuah kebahagiaan. Kehadiran Tuah dan Ima dalam hubungan mereka menjadikan hubungan yang goyah umpama retak menanti belah.

Angkara fitnah, salah faham dan igauan kisah silam, Mikhail memilih untuk mencari bahagianya dengan Ima. Nadine pula pergi jauh membawa diri.

“Saya sayangkan awak. Dia cuma masa silam saya.”  ~ Nadine.

“Kenapa bukan I yang pertama? Kenapa bukan I, suami you yang sah? ~ Mikhail.

‘Dia adalah Nadineku di masa lalu, juga kini dan selamanya.’ ~ Tuah

Akan adakah sinar bahagia buat Nadine dan Mikhail andai memori semalam masih segar dan mekar di hati mereka?


Hai kali ni min tertarik untuk ulas buku ni sebab warna cover dia yang bertemakan pastel colours gitu. Admin love betul la warna lembut lembut ni. Lepastu ada swan tu memang dapat rasa vibe vibe cerita barbie. Comel je kan? Hihi. Okay, watak dalam cerita ni pulak, ada si wanita bernama Nadine dan sang suami bernama Mikhail. 

Jalan cerita buku ini penuh dengan sweet dan romantik. Terasa diawang awangan pula min semasa membaca buku ini. Tapi kemunculan “langau” dalam kisah percintaan mereka telah menggoyahkan hubungan mereka. 

Min rasa buku ni sesuai dibaca oleh seluruh lapisan umur sebab buku ni tak terlalu berat pun. Banyak juga pengajaran yang boleh dipelajari untuk pasangan pasangan diluar sana. Macam min, takpa sebab min masih single hihihihi.

eBook penuh boleh didapati di E-Sentral.com

https://www.e-sentral.com/book/info/349013

[SNEAK PEEK] KHALEEDA

Khaleeda Oleh Chempaka Lyana

Dimuat naik gambar nasi bungkus ke Instagram dengan caption, ‘Nak makan tengah hari dengan encik suami.’ Lalu, ditekan butang Share dari aplikasi tersebut.

Tiada apa yang perlu disembunyikan kerana dia mahu Ridzuan tahu, hati dan seluruh jiwa Khaleeda ini adalah milik Ridzuan seorang biarpun mulutnya tidak pernah canang pada semua orang.

Sebaik sahaja sampai di bengkel Ridzuan, Khaleeda sudah mengukir senyum. “Mesti dia tak sangka aku datang terjah.” Penuh di tangannya dengan makanan. Ingat nak makan sekali, tanda pujuk. Fikirnya, tengah makan nanti selitlah ayat minta maaf. Dia pun tengah lapar ni.
Baru sahaja pintu kereta dibuka, muncul Kamarul dengan menahan pintu keretanya dari tertutup semula.

“Selamat pengantin baru.” Dihadangnya dengan tangan agar Khaleeda tak boleh lari atau tutup pintu kereta sekalipun.
“Awak?” Ruang yang terbatas menyukarkan Khaleeda untuk meloloskan diri.
“Terkejut? Tak sangka kan, saya boleh muncul macam ni,” kata Kamarul tanpa ada sekelumit senyum pun.

Sementara itu, Oped yang perasan kemunculan kereta Khaleeda, mula panik apabila terlihat kelibat Kamarul berdiri di luar pintu pemandu.
Apa lagi, berlarilah dia dapatkan Ridzuan di pejabat sambil jarinya laju menuding ke arah bahu jalan.

“Kenapa awak mungkir janji? Kenapa awak kahwin dengan sepupu awak? Bila kita putus?” soal Kamarul bertubi-tubi dengan wajah yang agak tegang.
“Pilihan orang tua,” jawab Khaleeda lembut.

Gedegang! Kamarul tak puas hati. Ditumbuknya bumbung kereta sehingga membuatkan Khaleeda sedikit menjerit kerana terkejut.
“Awak tipu! Kenapa awak curang? Siapa izinkan awak kahwin? Sejak bila awak dengan dia bercinta? Apa kurangnya saya? Perempuan jenis apa awak ni?” marah Kamarul berapi-api.

“Saya ingat, awak lain dari betina-betina yang saya kenal. Rupanya sama!” marah Kamarul lagi. Sakit. Marah. Jiwanya memberontak.

“Woi!” jerkah Ridzuan. Ditumbuknya Kamarul sehingga lelaki itu jatuh ke jalan.

Kamarul bangkit dan mula membalas. Hatinya jadi panas apabila Ridzuan muncul.

“Rid, jangan. Please!” Bukan begini kesudahan kisah cinta yang Khaleeda mahukan sebenarnya.

eBook penuh boleh didapati di E-Sentral.com

https://www.e-sentral.com/book/info/349020

[REVIEW] MR PHOTOGRAPHER

Mr Photographer Oleh Rafina Abdullah

Nur Adinda, sang model yang suka cakap lepas, melawan dan gemar membuat keputusan melulu. Abdul Wafi, si jurukamera yang penyabar, pendiam, introvert dan setia.

Lima tahun hubungan cinta mereka, ia dipenuhi dengan warna hitam dan putih. Mereka sering bertengkar tetapi berbaik semula dalam waktu yang singkat.

Hadir orang ketiga, Natalia Gondang yang cuba memisahkan Dinda dan Wafi. Dinda yang jenis melawan dan suka mengutuk depan-depan, tidak mudah kalah dengan Natalia.

Mampukah Wafi bersabar dalam menangani kerenah Dinda?  Berjodohkah mereka?


Tengok kulit buku pun dah dapat vibe vibe buku ni genre romantik kan? Ke admin je rasa gitu? Hahahaha. Sebab masa admin tertarik nak baca buku ni, admin tengok cover dia pastu admin bermonolog, mesti ni buku romantik, sang hero merupakan seorang encik photographer. Lepastu admin pun berangan, bestnya dapat buah hati mr photographer, senang semua gambar cantik, boleh up banyak banyak kat instagram. Gituuu! Berangan je la admin mampu, kan percuma. Hihihi. 

Cerita ni mengisahkan sepasang kekasih yang telah bercinta dalam jangka masa yang panjang. Si gadis, Nur Adinda mempunyai perangai yang Allahu admin nak bagitahu bukan main ‘cengey’ bak kata orang utara, kontra dengan perangai si jejaka, Abdul Wafi yang penyabar, setia, introvert, walaupun pekerjaannya adalah seorang photographer yang berjumpa dengan bermacam macam orang lebih lebih lagi model.

Kisahnya mereka ni selalu gaduh tapi disebabkan si lelaki punya kesabaran dan kesetiaan yang tinggi, mereka selalu akan berbaik semula selepas gaduh. Awww so sweet! Tapi, konflik bermula dengan hadirnya orang ketiga yang cuba untuk memisahkan pasangan kekasih merpati dua sejoli ini. Agak agak, panjang tak jodoh mereka? 

Bagi admin, cerita ni sesuai betul untuk para remaja sehinggalah golongan dewasa. Banyak pengajaran dan tauladan yang kita boleh ikuti. Lagi lagi kesabaran si Wafi tu. Hahahaha.

eBook penuh boleh didapati di E-Sentral.com

https://www.e-sentral.com/book/info/347814