[SNEAKPEEK] EJEN NOAH: MISI KESUMAT SAKTI

Ejen Noah: Misi Kesumat Sakti

Dengan kiraan tiga, Sakti berlari mendapatkan pintu gudang. Badannya tersandar di dinding tepi untuk seketika, sambil sebelah tangan menarik pedangnya keluar. Perlahan supaya tiada yang mendengar. Hujung mata pedang dimasukkan di ruang tengah-tengah antara dua pintu besar itu. Dengan satu senjahan yang kuat, rantai besi yang mengikat dua pintu itu terus terbelah dua.

Sakti menendang pintu dengan kuat dan terus melangkah masuk.

Nella terkejut. Melihat kelibat Sakti, dalam kepalanya cuma ada perkataan signal. Signal! Signal!

Nella menjerit dengan kuat. “Tolong! Tolong saya! Please!”

Mana Noah? Harap-harap dia dengarlah!

“Tolong! Tolong!” Nella sambung menjerit. Belasah sajalah. Dah terlambat nak fikir signal lain.
Sakti tidak bertangguh. Pedangnya dimasukkan semula ke dalam sarung sementara sebilah pisau yang terselit di butnya dikeluarkan untuk memutuskan ikatan tali di kaki dan tangan Nella.

“Lari! Pergi dari sini!” arah Sakti kuat.

Nella tidak sempat bangun apabila Jon dan Rafael tiba-tiba muncul dengan pistol masing-masing terhala ke arah Sakti.

“Jangan bergerak! Letakkan senjata!”

Sakti tersentak. Sedar dirinya sedang dikepung dari arah kiri dan kanan, kedua-dua tangan diangkat. Hati menyumpah. Kata nalurinya tadi bahawa ada sesuatu yang tidak kena memang tepat!

“Nell!” Rafael memberi isyarat mata supaya Nella bertindak menggari tangan Sakti.

eBook penuh boleh didapati di E-Sentral.com

https://www.e-sentral.com/book/info/355101

[SNEAKPEEK] BELONGS TO MR ENEMY

Belongs To Mr Enemy oleh Rinsya Chasiani

“Aku menggagahkan diri menapak menuju ke dalam lif. Berdua dengannya. Seperti dejavu kisah lama ketika kami menaiki lif berdua di awal perkenalan. Kemudian bertemu di dewan kuliah. Dua tahun setengah tempoh waktu untuk kami saling memupuk rasa. Setahun usia perkahwinan sebelum aku menamatkan dengan cara yang paling mudah.

Sampai di keretanya, aku duduk di tempat duduk penumpang, bersebelahan dengan Fuad. Sekali lagi kenangan lama muncul dalam pandangan minda. Waktu kami duduk berdua sebelah menyebelah sambil menonton TV bergelap di ruang kecil rumah sewa.

“You dengan boyfriend you, dah putus ke?” Tiba-tiba Fuad menyoal ketika perjalanan sudah separuh.

Aku diam tidak mahu menjawab.

“I ingatkan you dah kahwin dengan boyfriend you.”

Aku membuang pandangan ke luar tingkap kereta. “I boleh putus dan kahwin dengan siapa yang I nak.”

Aku dengar helaan nafasnya. “You still hate me?” soal Fuad.

“I tak pernah membenci you.” Cukuplah dulu kami sama-sama terluka. Aku tidak mahu membuat dia terguris perasaan.

“Tapi you pernah menyampah pada I.” Dia bersuara. 

“Aku terkedu. Sebab itukah dia pernah meluahkan perkataan ‘menyampah’ kepadaku? Dia masih ingat dan masih berdendam tentang itu?”

eBook penuh boleh didapati di E-Sentral.com

https://www.e-sentral.com/book/info/355103

[SNEAK PEEK] BUKAN CINTA PERTAMA

 

Bukan Cinta Pertama oleh Tulip Ungu

 

Darlina tidak menyangka kunjungannya ke klinik Mirza akan mempertemukan jodoh antara mereka. Dengan rela hati dia menerima Mirza sebagai suami. 

“Kalau tak nak saya datang dan kacau, tolong setuju. Terima saya jadi suami. Boleh?”

 Sekali lagi Darlina rasa geram. Nak kata bodoh, lelaki ini seorang doktor. Tetapi gelojohnya tak boleh nak bawak bincang.

 “Apa yang saya dapat kalau kahwin dengan doktor?”

 “Awak dapat saya.” Mirza sengih lagi.

Namun pada awal perkahwinan, dia dan Mirza terpisah. Kesibukan Mirza membuatkan hubungan mereka semakin menjauh. Apabila Darlina mula menerima mesej aneh daripada nombor Mirza, dia semakin curiga dengan kesetiaan lelaki itu.

“Sorry darling, I’m engaged to her.” Pendek mesej yang ditujukan buatnya namun berdebar hebat jantungnya membaca sebaris ayat itu.

Hari demi hari, hubungan mereka semakin jauh. Darlina makan hati dengan sikap Mirza. Mengapakah Mirza tegar mempermainkan hatinya begitu?

eBook penuh boleh didapati di E-Sentral.com

https://www.e-sentral.com/book/info/351821

[SNEAK PEEK] DRAPETOMANIA

Drapetomania Oleh Najwa Rahman

NAZIFAH membuka matanya perlahan-lahan. Silauan cahaya buat dia kembali memejamkan matanya. Seketika kemudian, matanya dicelikkan semula. Dia cuba bangun walaupun seluruh tubuhnya terasa berat.

Kepalanya yang terasa berpinar dipegang. Melihat tangan yang dicucuk branula membuatkan dia mengerutkan dahinya. Aku kat mana ni?

“Dah sedar?”

Nazifah pantas berpaling ke kanan. Mukanya berubah sikit melihat lelaki yang sedang berdiri memeluk tubuh memandangnya. Lelaki yang dalam bas semalam!

“Saya… dekat mana?”

“Takkan tak cam baju yang kau pakai tu seragam apa? Kenapa kau telan ubat tidur sampai berbiji-biji? Kau nak mati sangat ke?”

Nazifah diamkan diri sambil memerhatikan baju yang tersarung di tubuhnya. Baju pesakit hospital! “Apa yang jadi?”

“Kau patut lebih tahu apa yang jadi, Nazifah! Kau cuba bunuh diri, kan?”

Nazifah pantas menggelengkan kepalanya, “Saya cuma nak tidur. Saya… saya…”

Lelaki itu menghela nafas lalu beg milik Nazifah diletakkan di atas katil. “Aku cuba nak telefon keluarga kau tapi satu nombor pun tak ada.Nurse suruh kau telefon keluarga kau.”

“Saya tak nak!”

“Kau lari dari rumah, kan?”

“Tak payah sibuk hal saya!” Balas Nazifah, dingin.

“Eh, kau ingat aku nak menyibuk sangat pasal kau? Kalau bukan sebab kau pengsan depan aku semalam, aku pun tak inginlah nak tolong kau! Menyusahkan orang, berterima kasih pun tidak!” Bebel lelaki itu.

Ayat menyusahkan orang itu buat Nazifah memejamkan matanya. Air matanya mengalir.

eBook penuh boleh didapati di E-Sentral.com

https://www.e-sentral.com/book/info/351819

[SNEAK PEEK] TUAN EDITOR GARANG

Tuan Editor Garang Oleh Rinsya Chasiani

Segaris senyuman kecil tersungging di bibir Jawdan. Pasti Misya singgah di McD bersebelahan dengan Wisma SightWorld sebelum ke hospital.

“Actually, I don’t like McD. You makanlah. I dah makan.” Jawdan menolak. Adif membawakannya sup ikan tadi. Katanya Rian yang memasak.

“Oh… Err… Ada dokumen Tuan Jo kena sign. Surat setuju terbit penulis, Tengku Farisya. Petang ni I kena poskan.”

Misya segera mengambil file dokumen dari jute bag. Dia tidak membawa beg tangan seperti biasa. Beg tangan sengaja ditinggalkan di pejabat tadi.

“You nak I tandatangan macam mana?” Soal Jawdan tanpa riak.

Misya terpejam celik memandang tangan Jawdan yang berbalut.

“Tangan kiri…” Tenggelam suara Misya gara-gara dia rasakan permintaannya agak melampau. Orang tengah sakit. Misya boleh aje menunda tarikh pengeposan surat itu jika dia mahu.

“Okey, beri I pen.”

Misya hulur pen kepada Jawdan. Sekelip mata saja Jawdan menandatangani surat setuju terbit. Dia agak keliru kerana tandatangan Jawdan tetap cantik walaupun menggunakan tangan kiri sedangkan dia tahu Jawdan tidak kidal.

“Thank you.” Jawdan mengucapkan terima kasih sambil menyerahkan fail itu kepada Misya.

Misya mengambil segera fail dari tangan Jawdan dan meletakkan ke dalam jute bag.

“Terima kasih juga, Tuan Jo.”

“Maksud I, terima kasih sebab bawa beg I ke sini.”

Misya mengangguk kecil tanda faham. “Kalau tuan perlukan apa-apa, beritahu aje. Insya-Allah I akan tolong,” ucap Misya ikhlas. Dia tidak keberatan sekiranya Jawdan mahu apa-apa pertolongan daripadanya.

Dan sekali lagi tumpah rasa simpati Misya ketika memandang Jawdan yang terkial-kial membuka zip beg sandangnya.

“May I help you?” Misya meletakkan jute bag nya di atas kerusi dan segera mendekati Jawdan.

Tanpa menunggu kebenaran daripada Jawdan, dia tolong tarik zip sehingga tersentuh jari-jemari Jawdan. Seketika, terasa renjatan elektrik mengalir dalam tubuhnya. Hati Misya bergetar. Namun cepat-cepat dia sembunyikan perasaan itu, bimbang Jawdan menanggapinya yang bukan-bukan.

Jawdan terpaku buat seketika. Terkejut dengan tindakan spontan Misya. Sempat Misya berada dekat dengannya. Mungkin juga Misya tak perasan ketika dia membantu Jawdan, tubuh mereka sangat hampir sehingga Jawdan mampu menghidu wangian tubuh Misya. Tak. Misya tak pakai wangian. Jawdan tak rasa Misya memakai apa-apa wangian. Cuma bau Misya sedikit mengasyikkan jiwa lelakinya.

“Err… Kalau tak ada apa-apa, I balik dulu.” Misya mengambil jute bagnya semula.

“Okey, thank you.”

Misya mengangguk tanpa memandang Jawdan.

“Misya…”

eBook penuh boleh didapati di E-Sentral.com

https://www.e-sentral.com/book/info/349114

[SNEAK PEEK] HERO QAILA

Hero Qaila Oleh Cik Mardiah

“MUNGKIN INI satu bentuk hukuman dan pengajaran untuk Qaila. Pengajaran untuk Qaila ingat sampai bila-bila.” Qaila hela nafas pendek. Tangan bermain dengan straw. Semuanya sudah dia ceritakan pada Zafri dan Eiyad tanpa tinggal satu bahagian pun. Padan muka kau, Qaila. Gara-gara terjebak dengan Datuk Darus, kau hampir-hampir hilang nyawa untuk kali kedua di tangan Datin Saleha. Itu lah orang dah pesan. Jangan pernah berhubungan dengan suami orang!

Oh, sebentar. Datuk Darus dah mati ditembak bini dia ke? Seram!

“Qaila nak ucapkan berbanyak terima kasih dekat pak su sebab dah selamatkan Qaila malam dulu. Kalau pak su tak muncul tepat pada masanya, mungkin Qaila tak akan bernafas sampai sekarang. Terima kasih, pak su. Qaila tak tahu macam mana nak balas jasa pak su. Pak su baik sangat dengan Qaila.” Lembut pandangan mata Qaila ke arah Zafri.

“Ketentuan Allah, Qaila. Allah yang berkehendak pak su untuk ada kat situ waktu tu,” balas Zafri, membalas mesra senyuman Qaila. Seketika muka Zafri berkerut bila terasa tulang ketingnya disepak bawah meja. Jegil mata, Zafri pandang Eiyad yang tayang muka selamba. Cis, kau tendang betis pak su, Yad?!

“Itu lah. Qaila rasa bersyukur sangat,” tambah Qaila. Zafri gosok betisnya. Urgh, Eiyad punya penangan cemburu boleh tahan ya.

“Tapi Qaila kena berterima kasih dekat Yad juga. Bukan pak su seorang aje. Malam tu, Yad yang rawat luka Qaila kat lengan. Pak su panik sangat malam tu, tak terfikir nak bawa Qaila ke hospital. Yang pak su fikir, Yad kat rumah. Sebab pak su tahu Yad boleh rawat Qaila walaupun dia bukan doktor manusia.” Zafri sengih tayang gigi.

Qaila terus pandang Eiyad yang duduk di sebelah Zafri. Segaris senyuman dia lorekkan buat lelaki itu.

“Terima kasih, Eiyad. Maaf dah susahkan awak malam tu.”

“It’s okay.” Tak semena-mena jantung Eiyad rasa berdebar lain macam bila Qaila senyum. Padahal, sebelum ni tak pun! Suara pun rasa tenggelam aje.

“Sebagai balasan, saya akan tunaikan apa aje permintaan awak. Kalau awak perlukan apa-apa, bagitahu saya ya.” Bawah meja, Qaila ramas jemari sendiri. Telapak tangan terasa berpeluh. Eiyad diam tak membalas.

“Ada, Qaila. Yad memang tengah perlukan sesuatu daripada Qaila,” celah Zafri, laju. Qaila kerut dahi, angkat sebelah kening.

“Perlukan apa tu, pak su?” tanya Qaila. Lewat ekor mata jeling Eiyad.

“Perlukan tulang rusuk dia yang hilang,” jawab Zafri selamba. Mendengarkan itu, Eiyad tersedak liur. Terbatuk-batuk Eiyad dibuatnya. Zafri kalut. Terus dia menepuk perlahan belakang tubuh Eiyad beberapa kali dengan tawa kecil. Manakala Qaila, mukanya berubah rona. Muka dia paling ke arah lain, menyembunyikan wajah dan senyuman yang mula memekar di bibirnya.

Tulang rusuk Eiyad yang hilang? Ah, gedik!

eBook penuh boleh didapati di E-Sentral.com

https://www.e-sentral.com/book/info/349112

 

[SNEAK PEEK] JADIKAN AKU YANG PERTAMA

Jadikan Aku Yang Pertama Oleh Mia Azwari

Terpegun Irham. Tubuhnya menjadi kaku. Pada masa yang sama dia turutcemas melihat keadaan lif yang sangat gelap.

“Mak… Intan takut.”

Irham sembunyi senyum. Dengan tangannya yang panjang, Irham menekan butang kecemasan. Dia meminta bantuan dari pihak berkenaan untuk segera menghantar bantuan. Hampir 10 minit juga mereka terperangkap. Sebaik saja lampu terpasang dan pintu lif terbuka luas, bergegas mereka berlari keluar. Hanya Intan dan Irham masih ada di dalam. Intan masih pejamkan mata. Tubuhnya menggigil ketakutan. Memang dia tak suka berada dalam keadaan gelap. Cuak Liza melihat adegan di hadapan matanya. Dahinya ditepuk perlahan. Boleh pula Intan buat drama di sini.

“Intan!”

Berkerut dahinya mendengar suara Liza. Perlahan-lahan dia membuka matanya. Nafas lega ditarik perlahan setelah melihat. Suasana bertukar terang. Namun bau wangian yang sangat dekat dengannya membuatkan dada Intan berdegup laju. Dia beranikan diri mendongak ke atas. Hampir pitam Intan melihat wajah Irham hanya tinggal beberapa inci saja dengannya. Dek terlalu terkejut, dia terus menolak tubuh Irham sehingga lelaki itu terjatuh ke lantai.

Bulat mata Liza. Intan terus berlari keluar bersama troli yang dibawanya tadi. Tangan Liza ditarik sekali. Yang penting dia perlu lari daripada lelaki itu terlebih dahulu. 

Dadanya diurut perlahan. Nasib baik lelaki tadi tak mengamuk. Takut juga kalau lelaki tadi mengejar dia hingga ke sini. Sampai saja ke bilik mesyuarat, cepat-cepat dia menghidupkan vacuum untuk membersihkan bilik itu. Masa yang tinggal hanya 15 minit saja.

“Kau ni sihat tak?”
“Sihatlah. Kalau tak, dah lama aku ambil MC.” Intan masih tak pandang wajah Liza. Jujur dia masih malu dengan peristiwa di dalam lif.
“Kau jangan nak tipu aku. Aku kenal sangat dengan perangai kau ni. Hari ni aje, macam-macam hal berlaku. Kau sedar tak orang yang kau tolak tadi tu doktor?”

Terdiam Intan. Memang banyak kesilapan yang dia buat hari ini. Pagi tadi dia terlupa gantikan plastik sampah di bilik air. Mengamuk rakan sekerjanya yang lain disebabkan sikapnya yang cuai.

“Apa masalah kau sebenarnya?”

Sambil menyoal, tangannya lincah memasukkan plastik sampah baru ke dalam bakul sampah. Liza masih berusaha mengorek masalah Intan. 

“Zahid.”
“Aku dah agak. Mesti sebab dia. Kenapa?”

eBook penuh boleh didapati di E-Sentral.com

https://www.e-sentral.com/book/info/349027