DELIMa, laman pendidikan digital baharu MoE, mendiskriminasi kandungan tempatan

DELIMA, laman pendidikan digital baharu MoE, mendiskriminasi kandungan tempatan, kata teknopreneur tempatan

 

Baru- baru ini KPM telah menlancarkan Digital Education Learning Initiatives Malaysia (DELIMa).  Ia merupakan sebuah laman pembelajaran digital yang membekalkan servis dan aplikasi pembekal luar seperti Google, Microsoft dan Apple secara percuma.

Ini maklum balas Pengarah Urusan Xentral Methods Sdn Bhd, Faiz Al Shahab mengenai perkara ini yang dikatakan telah mendiskriminasi kandungan tempatan. Beliau juga telah menyuarakan perkara ini kepada KPM bersama surat di bawah.

 

YBRS. DR. HABIBAH BINTI ABDUL RAHIM
KETUA PENGARAH PELAJARAN MALAYSIA
PEJABAT KETUA PENGARAH PELAJARAN MALAYSIA
KEMENTERIAN PENDIDIKAN MALAYSIA (KPM)
ARAS 8 BLOK E8

KOMPLEKS E, PUSAT PENTADBIRAN KERAJAAN PERSEKUTUAN
62604 WILAYAH PERSEKUTUAN PUTRAJAYA                                                                                       17 JUN 2020

 

السلام عليكم ورحمة الله وبركاته

YBrs. Dr. Habibah yang budiman,LAMAN SESAWANG DIGITAL EDUCATION LEARNING INITIATIVE MALAYSIA (DELIMA) MENDISKRIMINASI TEKNOLOGI DAN KANDUNGAN DIGITAL TEMPATAN

 

Merujuk perkara diatas, saya bagi pihak syarikat, sedar akan niat murni Kementerian Pendidikan Malaysia untuk mendemokrasikan sumber pendidikan digital. Namun pada masa yang sama, kami berpendapat bahawa pegawai-pegawai dalam KPM secara sistematik, mendiskriminasikan teknologi dan kandungan digital tempatan.

 Pada konteks makroekonomi Negara, bagaimanakah ianya demokrasi jika kita menindas diri kita sendiri?

Saya merujuk kepada laman sesawang DELIMA, yang baru dilancarkan, dan melihat bahawa semua inisiatif aplikasi dan kandungan digital tempatan telah diketepikan.

KPM dengan bangganya mengagong-agongkan teknologi dan aplikasi luar negara, dan berusaha sedaya upaya untuk menenggelamkan segala inisiatif tempatan yang maju.

YBrs. Dr. Habibah,

Untuk pengetahuan, Perpustakaan Negara Malaysia (PNM) telah pun memulakan inisiatif perpustakaan digital sejak 2013, dan telah menggabungkan beberapa pelantar sumber digital dibawah payung u-Pustaka (jawapan PNM untuk mendemokrasikan sumber digital), dan perkhidmatan kami berjenama ELIB, menjadi pelantar sumber pinjaman e-Buku yang membawa variasi judul-judul tempatan.

ELIB secara statistiknya menyumbangkan lebih daripada 250ribu patron untuk u-Pustaka, dan untuk tahun 2020 sehingga 31 Mei sahaja, ELIB telah membawa lebih daripada 136 ribu pinjaman e-Buku, lebih daripada 1.2 juta hits trafik, dan lebih daripada 2 juta paparan halaman untuk u-Pustaka. Tidak dapat dinafikan bahawa ELIB adalah perkhidmatan paling popular dalam u-Pustaka, dan sudah tentu jauh meninggalkan Overdrive dari segi kepenggunaan.

Izinkan saya tambah sedikit lagi data, iaitu pecahan genre pinjaman. Mengikut dapatan statistik juga, 81% daripada pinjaman di ELIB adalah daripada semua jenis kategori dalam Bahasa Malaysia, manakala koleksi New York Times Bestseller memberi sumbangan sebanyak 12% daripada pinjaman, dan 7% lagi terdiri daripada kategori-kategori Bahasa Cina dan juga Bahasa Inggeris daripada terbitan tempatan. Ini adalah bukan sebuah fenomena, ianya berlaku kerana majoriti rakyat Malaysia kini lebih selesa dengan berbahasa Melayu, disebabkan oleh polisi menggunakan Bahasa Malaysia sebagai bahasa pengantaran dalam sekolah sejak 1976, sebuah polisi KPM sendiri.

Dr. Habibah yang saya hormati,

Jadinya soalan besar disini adalah mengapa dalam laman sesawang DELIMA, jika ikhlas, pautan pusat sumber bukan sahaja mengabaikan ELIB, malah juga mengabaikan laman web u-Pustaka (yang lebih rasmi), dan mengutamakan pautan Overdrive, yang merupakan sumber e-Buku daripada Amerika Syarikat dalam u-Pustaka?

Saya lihat juga tiada sebarang kandungan atau pun aplikasi daripada pemain tempatan yang lain, kerana jika perkhidmatan percuma yang menjadi pilihan, wujud juga koleksi video Edunation dan juga KPM eTextbook Reader, iaitu kepunyaan Perbadanan Kota Buku, agensi KPM sendiri, yang juga telah diketepikan. Ini semua adalah pemain-pemain lama dan matang dengan solusi yang maju untuk pendidikan di Malaysia, dan KPM tidak boleh memberi alasan tidak tahu. 

Apakah harapan untuk pemain industri tempatan jika sikap pegawai-pegawai dalam KPM adalah begini?

Pegawai-pegawai tidak membawa bincang secara telus sebarang rancangan dengan pemegang taruh tempatan, lagi-lagi yang kecil, hanya mengambil kira pandangan juru jual teknologi Barat atau paling hampir pun syarikat Telko tempatan sahaja.

Setelah melawat pameran pendidikan digital di luar Negara, pegawai-pegawai yang bergesel bahu dengan pembangun teknologi Barat ini merasakan mereka adalah pakar dalam bidang pendidikan digital, walaupun tidak melalui sebarang pengalaman pembangunan teknologi (ada perbezaan ketara antara membaca teori dan melaksanakan sesuatu untuk kegunaan kehidupan).

Sikap KPM adalah seperti orang kampung yang malu dengan orang kampungnya sendiri.

Saya faham bahawa alasan yang akan diberikan adalah tidak cukup masa untuk melibatkan semua pautan, namun sikap untuk hand pick Overdrive sebagai pautan menunjukkan sentimen pegawai-pegawai KPM yang hadap dengan produk Barat dan memandang rendah terhadap inisiatif tempatan.

Mengapa saya rasa amat kecewa adalah pada masa yang sama, wang Negara dicurah untuk syarikat-syarikat pemula tempatan memperkenalkan teknologi dan ekosistem baharu, supaya penjanaan ekonomi menuju revolusi industri 4.0 dapat diusahakan. Dana dan geran diberikan, tumpuan dan rangkaian dipupuk oleh agensi-agensi seperti MDEC, Cradle, Magic, MTDC dan yang lain, namun apabila tiba pada realiti, tiada sebarang sokongan yang diberikan oleh KPM dalam pelaksanaan atau pun perolehan teknologi tempatan.

Setiap negara maju mempunyai syarikat-syarikat teknologi yang mengetengahkan pengaruh dan mengumpul data untuk mereka membuat bekal menuju Revolusi Industri 4.0, kita pula di Malaysia dengan sewenang-wenangnya memberi data kepada teknologi luar supaya mereka dapat mencapai cita-cita mereka, meninggalkan kita sekadar pengguna bertauliah sahaja.

Sekali lagi ini jelas kelihatan apabila pautan moe-dl.edu.my adalah sekadar perkhidmatan ubah hala ke pelayan Google, supaya data setiap anak-anak kita disimpan oleh Google. Mudah dikatakan.

Namun sedekad dari sekarang, siapa yang perlu menjawab kepada anak-anak kita yang terasa diri mereka menjadi mangsa kecerdasan buatan (artificial intelligence) yang bermula daripada dataraya teknologi luar yang dibenarkan bersekongkol dengan KPM? Sudah tentu pegawai-pegawai yang membuat tetapan ini sudah pun pencen dan tidak bertanggungjawab lagi terhadap keputusan ini. KPM membuat keputusan hari ini yang tidak melindungi kepentingan masa depan murid-murid. Jika pegawai-pegawai tidak mementingkan perihal murid-murid, perihal industri tempatan, untuk siapakah pula pegawai KPM memberi khidmat?

Saya berharap bahawa perkara ini dibawa bincang, dan KPM juga perlu memahami senario semasa di Malaysia dengan lebih mendekati pemaju-pemaju teknologi tempatan. Semoga perkara ini diambil berat untuk kepentingan Negara kita.

Terima kasih saya dahulukan.

 

Yang Benar,

Syed Faiz Al-Shahab
Pengarah Urusan

 

[REVIEW] TEKNIK BERKESAN MENDIDIK ANAK

TEKNIK BERKESAN MENDIDIK ANAK OLEH ZUHAIMY HJ ISMAIL, AZIZI YAHAYA, HALIMAH MA’ALIP

Buku ini dapat memberikan pedoman kepada ibu bapa untuk mengasuh dan mendidik anak, khususnya dalam pembentukan tingkah laku dan jati diri mereka. Mendidik anak merupakan tanggungjawab dan amanah yang besar kepada ibu bapa. Justeru, persiapan mental, ilmu pengetahuan, dan kemahiran dalam mendidik anak wajar dipelajari oleh kedua ibu bapa kerana ia merupakan sesuatu yang sangat mencabar dalam era globalisasi pada masa kini. Mereka mudah terdedah kepada pelbagai anasir negatif yang dapat mempengaruhi pembentukan tingkah laku mereka. Didikan awal yang kukuh banyak memainkan peranan semasa proses tumbesaran. Oleh itu, selari dengan perkembangan pemikiran dan tingkah laku mereka, pendekatan dari sudut psikologi merupakan kaedah yang terbaik yang boleh dilaksanakan oleh kedua ibu bapa dalam mendidik dan membentuk anak-anak mereka supaya menjadi insan yang berintegriti, positif, dan berketerampilan tinggi pada masa hadapan. Antara perkara yang diketengahkan dalam buku ini ialah tingkah laku negatif anak yang lazim dan kaedah menanganinya, membentuk tingkah laku positif, dan teori-teori perkembangan remaja. Buku ini diharap dapat dijadikan panduan dan rujukan yang bermanfaat kepada masyarakat umum, ibu bapa khususnya, dan pihak-pihak yang terlibat dalam perkembangan dan pendidikan anak secara umumnya.


Setelah habis membelek setiap muka surat buku ini, apa yang admin boleh kongsikan ialah buku ini merupakan buku panduan umum khususnya kepada ibu bapa untuk mengetahui teknik-teknik yang berkesan dalam mendidik anak. Buku ini dibahagikan kepada 16 bab di mana setiap bab menfokuskan kepada faktor-faktor yang membantu mendidik anak dengan berkesan. Antara teknik yang boleh admin kongsikan ialah pendekatan melalui behaviorisme. Tips yang pertama ialah penerapan disiplin perlu diikuti dengan kasih sayang supaya dalam pembinaan

Secara ringkasnya, buku ini merupakan rujukan atau panduan yang lengkap mengenai tindakan yang seharusnya dilakukan oleh ibu bapa dalam usaha membesarkan anak. Untuk dapatkan eBook penuh, boleh ikuti link dibawah.

eBook penuh boleh didapati di E-Sentral.com
https://www.e-sentral.com/book/info/182936/Teknik-Berkesan-Mendidik-Anak

Majlis Pelancaran ‘Pelangi Interactive eBooks’

IMG_9205
Majlis disempurnakan oleh Timbalan Menteri Pendidikan 1, YB Dato’ P. Kamalanathan

Pada 27 Jun yang lalu, sebuah Majlis Pelancaran bagi Siri Buku Rujukan Digital Interaktif Sekolah Menengah ‘Pelangi Interactive eBooks’ Terbitan Pelangi Sdn. Bhd.  Majlis telah dilancarkan oleh YB Dato’ P. Kamalanathan A/L P. Panchanathan, selaku Timbalan Menteri Pendidikan 1. Majlis telah berlangsung di The Hotel Everly, Putrajaya.

Antara yang menarik dalam buku interaktif ini ialah, ia memberikan soalan dalam bentuk interaktif dan pelajar boleh menyemak secara terus jawapan yang betul bagi soalan latihan yang diberikan. Selain daripada itu, antara fetur lain yang terdapat dalam buku latihan inetraktif tersebut ialah, ia mempunyai peruntukan masa bagi sesi latihan mengikut bab.

Buku latihan ini telah dibina oleh Pelangi ePublishing Sdn. Bhd dengan menggunakan teknologi e-Studio yang dijana oleh e-Sentral sendiri. Oleh yang demikian, kami mengharapkan agar teknologi ini dapat membawa kita selangkah kehadapan dalam memacu industri pendidikan negara.

IMG_9197
Buku latihan interaktif yang dijangka dapat membantu pelajar dalam pembelajaran

Kepada yang berminat, dan ingin mendapatkan buku latihan interaktif ini, berikut adalah link kepada eBook berkenaan:

https://www.e-sentral.com/search/byid/79463/physics-interactive-ebook-form-4 (Physics)
https://www.e-sentral.com/search/byid/71844/biology-interactive-ebook-form-4 (Biology)

LAW of CONTRACT MADE SIMPLE for LAYMEN

9789671375624-medium
LAW of CONTRACT MADE SIMPLE for LAYMEN OLEH NURNAZIDA NAZRI

Though not a complete and comprehensive book on the subject of the law of contract, this book covers all the basic elements of contracts. It is intended for readers who do not have any legal background. The main objective of this book has been reached if the readers can at least understand what their rights are before, at the moment and after entering into contracts. The illustrations provided in this book are written in an easy-to-understand manner. It is meant for leisure reading and serves as a simple handbook for the public to learn about the law of contract.


Sebuah buku yang menarik kepada orang biasa yang ingin mengetahui lebih lanjut mengenai terma- terma yang ada di dalam sebuah kontrak. Buku ini merupakan salah satu panduan berguna kepada anda. Admin sendri pun baru tahu apa beza antara agreement dan contract adalah dua perkara yang berbeza.

Selain daripada bertujuan untuk memberi input mengenai prinsip- yang ada di dalam sesebuah kontrak, buku ini juga bertujuan untuk memberi pemahaman dalam bahasa yang lebuh ringkas kepada orang biasa mengenai hak mereka sebelum dan selepas kontrak tersebut berkuatkuasa.

Oleh kerana bilang muka surat tidak begitu tebal, ia membuatkan pembacaan bahan bacaan ini lebih mudah dan padat. Serta ia boleh dibaca ketika santai.

eBook penuh boleh didapati di E-Sentral.com
https://www.e-sentral.com/search/byid/79618/law-of-contract-made-simple-for-laymen