[SNEAKPEEK] UNGKAPKAN RASA ITU

Ungkapkan Rasa Itu oleh Bella H.

“Kali ketiga aku mencuba lagi, “Assa…”

“Waalaikumussalam…” Mata aku bertembung dengan sepasang mata yang dirindui. Salam yang disambut mengutus damai. Semerta, hidung aku pedih menahan sebak. Tambah pula, bila raut ibu kelihatan lain benar. Kelihatan lesu dan penat.

“Ibu…” Aku menyeru sekali, bersama senyuman yang cuba diukir payah. Sungguh, rindu yang berjulur-julur disimpan selama setahun ini bagaikan berbayar bila figura ibu ditangkap ruas mata.

Ibu perlahan-lahan mendekat. Matanya bening memerhati aku atas dan bawah. Sedikit terpelangah dalam ketidakpercayaan.

“Fiya?” Bergetar suaranya, hampir termengkelan di celahan rengkung.

Aku mengangguk kecil. Beg terlepas dari tangan sebelum aku memeluk tubuh ibu erat. Bila mata terpejam merasai pelukan hangat ibu, air mata yang ditahan langsung berlinangan. Tidak lagi mampu ditahan.

“Fiya… Anak ibu.” Hanya itu yang mampu ibu ungkapkan sebelum tubuh aku didakap erat. Dan hanya pelukan kejap yang berbicara menyampaikan kata hati. Uraikan pelukan, ibu menekup pipi aku kemas. Tudung yang tersarung di atas kepala aku dipandang lama sebelum air mata seorang ibu gugur lagi. Air mata yang hanya aku dan ibu yang faham.

Kami saling mengusap wajah masingmasing sebelum satu suara hadir dari belakang ibu.

eBook penuh boleh didapati di E-Sentral.com

https://www.e-sentral.com/book/info/354524

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *