[SNEAKPEEK] SEPI SEKEPING HATI

Sepi Sekeping Hati oleh Yaya Abdul Rahman

Wanita tinggi lampai ala-ala model itu aku melihat penuh kagum. Tanpa berkelip. Cantik orangnya. Secantik gaun pengantin putih kembang yang melekap di tubuh langsingnya itu.

“El, please meet my lovely girlfriend, Sofia Nafeesa. Honey, this is my wife yang I pernah cerita pada you, Eleena Aisyah.” Tanpa teragak-agak, Fakhrullail Zachry memperkenalkan aku kepada isterinya itu. Senyuman manis melatari wajah kacaknya. Bangga dapat memperkenalkan aku kepada isteri tanpa relanya itu.

Erk! Honey? Fakhrullail Zachry ini memang cari penyakit tau! Aku berdiri sahaja di situ sambil tersenyum ringkas. Wajah Eleena Aisyah itu aku perhati lama. Tiada sebarang perasaan.

Eh?

Dia tidak marah ke suaminya menayang perempuan lain di hari persandingannya? Setapak demi setapak Eleena Aisyah mendekati aku.

Gulp! Liur tersekat di kerongkong. Kesat. Payah untuk ditelan. Lelangit terasa kering sertamerta.

Pang!

Aku dilempangnya. Kuat. Pijar. Namun, wajah Eleena Aisyah tiada riak. Beku. Sebeku-bekunya. Ibarat ice berg di Antartika. Dingin. Sedingin musim sejuk di Iceland. Tidak berperasaan langsung.

eBook penuh boleh didapati di E-Sentral.com

https://www.e-sentral.com/book/info/352532

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *