[SNEAKPEEK] RINDU BERDARAH

Rindu Berdarah oleh Fitri Umairah

“Detik itu, tangan Nisa’ sudah menggeletar. Apa yang dia nampak dalam telefon bimbit Fiza cukup membuatkan dia terkencing dalam seluar ketika ini.

“Kenapa?”

Maya yang tidak puas hati itu terus meninggalkan yang lain dan menuju ke arah Nisa’ yang mendiamkan diri. Matanya tertatap ke skrin telefon.

Telefon Fiza diambil. Maya melihat apa yang Nisa’ nampak sampaikan dia jadi macam tu. Sempat tangan Maya berpaut kuat pada telefon Samsung milik Fiza.

“Ya Allah!” Maya bersuara.

Hatinya mula diragut rasa kurang senang. Apa ni? Nisa’ pun nampak juga?

‘Sebab inikah?’ Hati Maya kurang senang.

“Kenapa ni?” Ilya, Kryl dan Fiza mengatur langkah ke arah mereka berdua yang diam tidak berkata apa.

Telefon Samsung Fiza bertukar tangan lagi. Kali ini benar-benar telefon itu jatuh dan mendarat pada tapak tangan Ilya.

“Jom, kita balik,” bisik Fiza. Dia juga sudah ketakutan.

“Jom, aku pun dah takut ni. Aku kira sampai tiga.” Nisa’ berkata perlahan.

“Lari!!!” jerit Maya.

eBook penuh boleh didapati di E-Sentral.com

https://www.e-sentral.com/book/info/352000

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *