[SNEAK PEEK] TUAN EDITOR GARANG

Tuan Editor Garang Oleh Rinsya Chasiani

Segaris senyuman kecil tersungging di bibir Jawdan. Pasti Misya singgah di McD bersebelahan dengan Wisma SightWorld sebelum ke hospital.

“Actually, I don’t like McD. You makanlah. I dah makan.” Jawdan menolak. Adif membawakannya sup ikan tadi. Katanya Rian yang memasak.

“Oh… Err… Ada dokumen Tuan Jo kena sign. Surat setuju terbit penulis, Tengku Farisya. Petang ni I kena poskan.”

Misya segera mengambil file dokumen dari jute bag. Dia tidak membawa beg tangan seperti biasa. Beg tangan sengaja ditinggalkan di pejabat tadi.

“You nak I tandatangan macam mana?” Soal Jawdan tanpa riak.

Misya terpejam celik memandang tangan Jawdan yang berbalut.

“Tangan kiri…” Tenggelam suara Misya gara-gara dia rasakan permintaannya agak melampau. Orang tengah sakit. Misya boleh aje menunda tarikh pengeposan surat itu jika dia mahu.

“Okey, beri I pen.”

Misya hulur pen kepada Jawdan. Sekelip mata saja Jawdan menandatangani surat setuju terbit. Dia agak keliru kerana tandatangan Jawdan tetap cantik walaupun menggunakan tangan kiri sedangkan dia tahu Jawdan tidak kidal.

“Thank you.” Jawdan mengucapkan terima kasih sambil menyerahkan fail itu kepada Misya.

Misya mengambil segera fail dari tangan Jawdan dan meletakkan ke dalam jute bag.

“Terima kasih juga, Tuan Jo.”

“Maksud I, terima kasih sebab bawa beg I ke sini.”

Misya mengangguk kecil tanda faham. “Kalau tuan perlukan apa-apa, beritahu aje. Insya-Allah I akan tolong,” ucap Misya ikhlas. Dia tidak keberatan sekiranya Jawdan mahu apa-apa pertolongan daripadanya.

Dan sekali lagi tumpah rasa simpati Misya ketika memandang Jawdan yang terkial-kial membuka zip beg sandangnya.

“May I help you?” Misya meletakkan jute bag nya di atas kerusi dan segera mendekati Jawdan.

Tanpa menunggu kebenaran daripada Jawdan, dia tolong tarik zip sehingga tersentuh jari-jemari Jawdan. Seketika, terasa renjatan elektrik mengalir dalam tubuhnya. Hati Misya bergetar. Namun cepat-cepat dia sembunyikan perasaan itu, bimbang Jawdan menanggapinya yang bukan-bukan.

Jawdan terpaku buat seketika. Terkejut dengan tindakan spontan Misya. Sempat Misya berada dekat dengannya. Mungkin juga Misya tak perasan ketika dia membantu Jawdan, tubuh mereka sangat hampir sehingga Jawdan mampu menghidu wangian tubuh Misya. Tak. Misya tak pakai wangian. Jawdan tak rasa Misya memakai apa-apa wangian. Cuma bau Misya sedikit mengasyikkan jiwa lelakinya.

“Err… Kalau tak ada apa-apa, I balik dulu.” Misya mengambil jute bagnya semula.

“Okey, thank you.”

Misya mengangguk tanpa memandang Jawdan.

“Misya…”

eBook penuh boleh didapati di E-Sentral.com

https://www.e-sentral.com/book/info/349114

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *