[SNEAK PEEK] MISI CURI HATI DIA

Misi Curi Hati Dia Oleh Ameera Ameer

Sedang dia leka melayan perasaan sebak, telefon bimbitnya sekali lagi berbunyi. Dia tersentak. Melihat nama Azri di skrin telefonnya, senyum di bibir terus terukir.

“Assalamualaikum sayang. Dari tadi saya call tapi line engaged,”

Salam Azri dibalas. “Sorry, tadi saya berbual dengan Emil. Saya baru nak call awal tapi awak dah call dulu,” tipunya. Bukan niat hendak menipu tapi dia tidak mahu Azri memikir yang bukan-bukan nanti.

“Oh! Ermmm…awak dah makan?”

“Diet,”

“Tak payah diet Tia, awak bukannya gemuk pun. Jangan kurus sangat nanti orang ingat saya tak bagi awak makan,”

Tawa kecilnya meletus. “Saya dah makan petang tadi dengan Elly. Awak tanya saya, awak dah makan ke belum?”

“Dah, girlfriend mamak saya masakkan,” balas Azri berseloroh.

“Betul ke girlfriend mamak yang masak? Atau ada girlfriend lain tolong masakkan,” Soal Fathia menduga. Hurm, ada aura cemburu di situ. Dulu dia memang tak kisah kalau Azri menyebut girlfriend atau nama-nama kawan perempuannya tapi sekarang memang dia kisah sangat-sangat.

Terdegar bukan main galak lagi Azri tergelak di telinganya.

“Isteri saya cemburu ke?”

“Tentulah saya cemburu encik suami, sudahlah saya jauh ni,” Fathia buat-buat merajuk.

Azri tergelak lagi.

“Sejak bila cik isteri saya ni pandai cemburu?”

“Sejak orang tu jadi suami saya,”

Semakin besar gelak Azri. Nada suara isterinya pun sudah lain macam saja bunyinya.

Fathia mendengus. Macamlah dia tengah buat lawak Azri boleh ketawa macam tu. Kalau depan mata harus kena cepuk!

“Sayang, jangan risau okey. Memang ramai yang tergoda dengan saya tapi saya lebih tergoda dengan isteri saya,” ucap Azri berseloroh tapi kedengaran ikhlas saja bunyinya.

“Mestilah risau sebab saya tahu encik suami saya pun kuat melayan,” haa, sekarang baru Fathia dah buat aura betul-betul merajuk. Sehingga petang tadi dia berjaya mengekalkan rekod tapi malam ini rekod tersebut terus pecah berderai.

“Tia, trust me okay. Saya tahu kedudukan saya bagaimana sekarang. Saya tahu siapa diri saya sekarang dan saya sedar dengan siapa saya bercakap sekarang ni,” lembut Azri bersuara cuba meyakinkan. Bukan Tia saja yang risau, dia sendiri pun risau juga berjauhan dengan isteri. Sudahlah isterinya itu cantik comel aje orangnya.

Fathia hela nafas perlahan. Menyesal pula kerana terlalu mengikut kata hati. Memang betullah hormon tubuhnya sedang lintang pukang sekarang. Haish!

“Sorry sebab teremo tiba-tiba,” kesalnya.

Azri tergelak kecil. “Tak apa, dari situ saya tahu isteri saya sayangkan saya lagipun bukan senang isteri saya nak merajuk,” usiknya.

Fathia terus diam.

“Tia,”

“Hurm…”

“Rindunya saya dekat awak,” luah Azri sambil melepaskan keluhan.

Senyum di bibir Fathia terus terukir.

“Awak tak rindu saya ke?”

Fathia tergelak pula.

“Tia…” panggil Azri lembut.

eBook penuh boleh didapati di E-Sentral.com

https://www.e-sentral.com/book/info/346946

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *