[REVIEW] KEMBALI BERTUHAN

Kembali Bertuhan Oleh Ibnu Rijal

 

Bilakah kali terakhir kita menangis kerana Tuhan? Buku ini merungkai satu persatu kasih sayang Tuhan supaya rasa cinta kepada-Nya itu hadir dan mekar. Mudah-mudahan pada akhirnya kita akan sedar dan insaf untuk kembali bertuhan, bukan sekadar beragama. “Jika engkau datang kepadaku dengan membawa dosa-dosa yang hampir memenuhi bumi kemudia engkau bertemu dengan-Ku dalam keadaan tidak mempersekutukan-Ku dengan sesuatu pun, nescaya Aku datang kepadamu dengan memberikan ampunan sepenuh bumi.” Riwayat at-Tirmizi

Novel Kembali Bertuhan sangat padat dengan pengisian ilmiah bagi kita sedar tentang kebesaranNya. Kadang, kita sebagai seorang umat Islam alpa dan leka tentang kekuasaan Tuhan dan sering berpaling tadah. Kadang kita tidak yakin dengan takdir-Nya. Tetapi di dalam novel ini mengajar kita supaya sentiasa percaya dan yakin dengan ketentuanNya. Contohnya, novel ini ada menceritakan tentang seorang lelaki mengeluh kerana cacat penglihatan dan mennganggapnya sebagai satu hukuman. Dan sebenarnya ia merupakan satu nikmat kerana lelaki itu terlepas daripada dosa mata. Setiap ujian atau dugaan yang kita hadapi sebenarnya bukanlah Allah nak menghukum tetapi tanda dia menyayangi kita. Banyak lagi cerita yang menarik yang boleh dijadikan pendoman di dalam novel ini.

eBook penuh boleh didapati di E-Sentral.com
https://www.e-sentral.com/book/info/277272/Kembali-Bertuhan