[REVIEW] Kau Tetap Milikku

Kau tetap Milikku oleh nurnifayu

Apabila Fatin Nadia iaitu seorang gadis periang jatuh cinta dengan lelaki beku. Firhad Isyraf. Dia bukan sahaja lelaki beku malah dia seperti ustaz. Langsung tidak minat tentang perkara-perkara yang boleh mendatangkan dosa. “Kau tak boleh nak paksa dia untuk cintakan diri kau Fatin”. Sudah beracapkali dia nasihatkan rakannya itu. Tetapi hampehhh. Masuk telinga kanan keluar telinga kiri. “Tapi, aku tak boleh hidup tanpa dia”. Perlahan sahaja suara Fatin. Hanya Tuhan sajalah yang tahu perasaan ketika itu. “Kau kena cuba Fatin, kau tak boleh macam ni. Menangis macam ni. Kau kena sedar yang dia langsung takde hati dekat mana-mana perempuan termasuklah kau”. Sejurus berkata begitu terus sahaja Ayuni bangun dan meninggalkan Fatin di situ keseorangan. ********** “Betul ke awak langsung takde perasaan dekat saya ?”. tanya Fatin Nadia dengan perasaan yang gugup. “Yuppp, tolong la lepasni berhenti kacau aku. Aku tak suka. Ingat sikit kau tu perempuan. Jaga batas”. Bidas Firhad Isyraf senada. ******** Hanya disebabkan satu perkara, Fatin Nadia terus membenci Firhad Isyraf. “Saya tak sepatutnya berjumpa lelaki yang macam awak. Bodohnya saya dulu sebab pernah tersuka awak. Now, saya akan pergi dari hidup awak macam yang awak nak. Sorry sebab selalu ganggu awak. Asalamualaikum”. Terus sahaja Fatin Nadia mengambil begnya lalu dia dengan segera beredar dari situ. “Apa aku dah buat ni ?”. Rambut ditarik kebelakang. Nafas dihela kasar. Menyesal dengan perbuatannya itu. Dia telah mengguris hati seorang wanita yang telah berjaya mengetuk sedikit pintu hatinya. Tetapi dia ego. Ego telah menghalang segala-galanya.


Kisah yang boleh dihayatu dan pembaca juga boleh selami. Ebook ini antara keluaran hangat pada tahun lepas dan menarik pembaca yang menhayati cerita drama. Sebuah Kisah yang bukan sahaja memberi penekanan terhadap kisah cinta yang rumit malahan, Makanan di hadapandi pandang bersama lelehan air liur, jujur dia rasa teruja apabila melihat makanan itu sudah tersedia elok di atas meja. Memang sudah lama dia menuggu masa untuk makanan itu. ‘ish kau ni takkan tengok maggi sampai terliur bagai. over betul la’.”Eh cik adik. Baru semalam je kau makan maggi. Aku punya la terkejut beruk kau tau tak bila kau call aku dengar kau nangis. Tup tup kau nak makan maggi je”. Aku sudah menutup telinga apabila mendengar kawan baik aku iaitu Ayuni Kaisara membebel. “Takkan tu pun nak membebel kau ni. Hal kecik je kot”. Aku meletakkan beg galasku di atas meja makan. Mangkuk yang berisi maggi aku tarik ke arah aku. Senyuman gembira terpancar di bibir. “Hal kecik kau kata. Ehh aku ni..” tanpa sempat Ayuni menghabiskan katanya aku menyampuk.

“Cik Ayuni Kaisara..boleh tak kau diam sekejap. Aku nak makan pun susah kau tau”. Aku mengambil telefon di poket keluar. Drama korea yang baru sahaja aku download semalam dibuka. Ini adalah tabiat aku apabila makan maggi. Mesti aku akan tengok drama korea sambil makan. “Ini la kerja kau. Dahla baik aku pergi tidur. Kau layan la korea kau tu. Nyampah pulak aku”. Terus sahaja Ayuni bangun dan beredar dari Aku menjeling Ayuni sekilas. Alahh aku tengok drama je pun. Tu pun nak menyampah bagai. Tanpa berkata apa-apa aku terus makan sambil tengok drama korea itu.Aku berjalan-jalan bersama Ayuni di Pantai Klebang. Aku tersenyum melihat ragam pelbagai manusia di situ sehinggalah aku ternampak satu kelibat yang mampu membuatkan aku tidak tidur malam.”Wehhh crush aku la dohh”. Aku menutup muka tanda aku gembira. “Pergh kau..happy la tu”. Ayuni melagakan bahunya ke bahu aku sambil tersenyum. “Of course, eh untungnya aku dapat jumpa dia kat sini. Lagipun dia buat apa eh kat sini ?”. Mata aku tak henti melirik ke arahnya.Tangan Ayuni aku gapai dan aku bawakan dia ke arah penjalan kaki. Aku terus duduk di situ. Aku tergelak kecil apabila melihat ke arah Firhad. Firhad Isyraf. “Kau dah kenapa ? Macam orang tak betul je. Ke kau nak jadi macam si gopal anak bahalol tu ?”. Tanya Ayuni bendul. Terus sahaja aku mengetuk dahi Ayuni. “Bukan bahalol bengong..bahenol. Ish lain kali tengok la video tu elok-elok”. Aku menjeling ke arah Ayuni.”Kau ni..sorry arr. Takkan tu pun nak marah”. Ayuni mengusap dahinya.”Aku lapar la. Jom kita pergi beli makanan”. Ajak aku.”Boleh jugak. Kau nak makan apa ?”. Tanya Ayuni pula. “Aku rasa aku nak makan ais kepal la”. Kata aku. “Hmm boleh laa. Jom kita cari kedai yang jual ais kepal”. Aku dan Ayuni terus sahaja bangun. “Bye-bye my crush”. Gumam aku sambil tersenyum kecil. Ayuni pula sudah membuat muka. “Tak payah gedik la. Dah jom”. Terus sahaja tangan aku ditarik oleh Ayuni. “Sedapnya ais kepal ni weh”. Aku menepuk tangan tamda gembira.

eBook penuh boleh didapati di E-Sentral.com

			

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *