[REVIEW] JODOH UNTUKKU

Jodoh Untukku oleh Anne Wanie

 

NUR AIN… Jodohnya dipermudahkan. Tidak perlu hendak bercouple, tidak perlu hendak merancang bertahun-tahun. Hanya dengan mengangguk tanda setuju, semuanya sudah siap tersusun. Bukan kahwin paksa, bukan untuk berlakon. AHMAD FUADI… Suka cakap lepas, kerek dan sinis sudah sebati dalam diri. Sayangnya dia kepada Ain, ditunjukkan dengan cara tersendiri. Baginya, kalau sudah namanya isteri, kenalah terima semua perangai suami. “Eh, mana kulit ayam ni?” – Ain “Orang perempuan tak elok makan kulit ayam. Nanti lemak berkumpul kat punggung.”- Fuadi “Habis, orang lelaki lemak berkumpul kat mana?”- Ain “Nama aje doktor, takkanlah tak pernah belajar lipid metabolism dulu? Ke kau ni kaki tidur dalam kelas?” – Fuadi. Namun siapa sangka, kehidupan berumah tangga Ain tidak semudah seperti penyatuannya dengan Fuadi dulu. Kehadiran Sofea dan Danish mula mengucar-ngacirkan semuanya. Menjadi titik mula untuk derita dalam jiwa. “Abang ingat, senang ke Ain nak terima semua ni? Now, I wonder, antara Ain dengan Danish, siapa yang lebih penting.”- Ain “Stop Ain! You’re too much. He’s only two years old. Dia tak ada salah apa-apa. Tak sepatutnya dia terima kemarahan Ain.”- Fuadi Satu per satu ujian melanda. Memang mampu menggugat iman di dada. Kuatkah Ain untuk menempuh derita? Atau, sudah tiba masanya dia mencari bahagia? Ikatan yang tercipta, bukan bermakna dia jodoh kita. Mungkin si dia, hanya ujian semata, sebelum jodoh yang sebenar datang kepada kita. – Ain Kita hanya manusia. Tak ada daya untuk menilik siapa jodoh kita. Sekali ikatan tercipta, dialah jodohku selamanya. – Fuadi


Bagi admin novel ini tak cliche sangat seperti novel yang selalu ada hero terlebih romantik, atau watak hero dan heroin sengal. Novel ini boleh tahan bagus. Mula baca susah nak berhenti. Agak sakit hati dengan watak watak dalam novel ini terutama sekali watak Fuadi dan Sofea. Setiap watak antara Ain, Fuadi dan Sofea digarapkan dengan baik. Setiap kesengsaraan yang Ain rasa dapat dirasai oleh pembaca. Fuadi terlalu sayang dan cintakan isterinya. Tapi sentiasa berkasar. Sangat geram bila suatu ketika dia hampir saja membunuh isterinya hanya kerana Sofea dan Danish yang tak punya apa apa hubungan dengannya. Sanggup mengugut untuk mencederakan anak sendiri hanya kerana dia berpendapat Ain pembunuh Danish. Kerana amanah, dia sanggup menipu isterinya bahawa Sofea adalah isterinya juga asalkan dia dapat menjaga Sofea dan Danish on behalf of arwah suami Sofea. Tinggal serumah lagi di rumah mertua Ain. Dalam setiap keadaan, dia melebihkan Sofea sehingga saat isterinya melahirkan pun dia tidak berada disisi. Dia tahu perasaan Sofea dengan kehadiran Ain. Sofea tergugat dengan kehadiran Ain kerana takut Fuadi melebihkan isterinya. Wajarlah, kerana Ain isteri dia . Fuadi terlalu menjaga hati Sofea sehingga sanggup pergi sambung pengajian bersama Sofea di UK. Selama beberapa tahun, pada Fuadi dengan memberi nafkah dan pantau si isteri dari jauh tanpa khabar berita darinya bermaksud dia masih lagi menjalankan tanggungjawab sebagai seorang suami. Nak tahu apa pengakhiran novel ini? Dapatkan eBook Jodoh Untukku di e-Sentral sekarang!

 

eBook penuh boleh didapati di E-Sentral.com
https://www.e-sentral.com/book/info/273525/JODOH-UNTUKKU

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *