[REVIEW] BILA LAGU CINTA BERGEMA

Bila Lagu Cinta Bergema Oleh Wardina Aisyah

 

Membesar tanpa kasih sayang ibu dan nenek kandungnya, hidup Balkish sering saja dihiasi dengan airmata. Hanya kepada Batrisya si kakak kandung, seluruh harapannya disandar. Namun tatkala rasa cinta di hati dikongsi dengan lelaki yang sama, Balkish terpaksa mengalah dan melepaskan cintanya demi sebuah pengorbanan. Setelah bertahun masa berlalu, Balkish mula membina hidup yang lebih tenang di kota. Namun perkenalannya dengan Hariz yang digelar Mr. Alligator mula mencipta pelbagai warna dalam setiap harinya. Mr. Alligator memang bijak menggoda, tapi tidak pernah setia kepada satu cinta. Sungguh, Hariz memang layak disamakan dengan buaya! “I rindu nak dengar suara you, wajah you, and everything about you. You buat I macam orang gila!” – Hariz Segila-gila sikap Hariz, Balkish lebih tertekan dengan permintaan gila ibunya. Dia didesak supaya berkahwin secepat mungkin demi kebahagiaan rumahtangga kakaknya. Si ibu bimbang jika ada cinta lama berputik semula. Tapi dengan siapa dia mahu berkahwin jika calonnya langsung tiada? Namun tanpa Balkish sedari, ada cinta di hati kukuh terpatri. Kali ini bukan mainan, bukan kosongnya omongan, tapi sebuah perasaan nyata yang dipenuhi rasa cinta! “Tak ada yang mustahil, Balkish. I benar-benar cintakan you. I nak kahwin dengan you. Kalau you tak cintakan I… you boleh belajar untuk menyintai I. Kita kahwin ye?” – Hariz Dalam keadaan serba salah, tertekan dan terdesak, akhirnya Balkish bersetuju mengahwini Mr. Alligator yang tidak pernah tersenarai sebagai calon lelaki idamannya. Biarpun berkahwin tanpa cinta, namun Balkish tetap mengajar dirinya mencintai si suami seadanya. Namun badai rumahtangga melanda apabila dia menjadi kebencian si ibu mertua dan adik iparnya sendiri. Kehadiran Syarifah Ezora juga semakin menyukarkan langkah kaki Balkish yang ingin mengejar bahagia. Mampukah Balkish terus tabah melalui satu persatu dugaan demi sebuah cinta yang baru terbina? Dan bila lagu cinta bergema, masihkah dia mampu tersenyum bahagia?

Bagi admin, penulis novel ini bijak menghidupkan setiap watak-watak yang ada dengan konflik dan cabaran. Novel ini tidak membosankan kerana setiap bab yang ada mempunyai jalan penceritaan yang ada kelainannya dan sangat menarik. Watak yang dimainkan hero iaitu Harriz dan heroin iaitu Balkish sangat terkesan dalam hati admin. Balkish terpaksa bersetuju berkahwin dengan Harriz kerana didesak oleh ibunya utk berkahwin. Tetapi perkahwinan yang dibina tidak bahagia selamanya kerana Balkish diduga dengan sikap adik ipar dan ibu mertuanya.

eBook penuh boleh didapati di E-Sentral.com
https://www.e-sentral.com/book/info/43118/Bila-Lagu-Cinta-Bergema

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *