MAJLIS PELANCARAN ORBIT & KOMPONENNYA

Sejajar dengan kempen mempromosi Kuala Lumpur sebagai Ibu kota Buku Sedunia 2020 yang diiktiraf oleh UNESCO, dan juga kempen Dekad Membaca Kebangsaan 2030 yang diterajui oleh Kementerian Pendidikan Malaysia.

Xentral Methods, sebagai pengelola e-Sentral telah melancarkan sebuah platfom iaitu ORBIT khas buat para penulis bebas, wartawan dan pensyarah atau pendidik.  Majlis telah disempurnakan oleh YB Dato’ Sri Mustapa Bin Mohamed, Ahli Parlimen Jeli. Majlis ini telah diadakan di KL Tourism Bureau, Jalan Tangsi Kuala Lumpur.

Antara komponen yang terdapat di dalam platform ORBIT ialah ORBIT,  ORBIT-X, dan ORBIT-J.

ORBIT, singkatan untuk Otomasi Penerbitan, direka khas untuk mempercepat penerbitan buku elektronik untuk para penulis.

ORBIT lengkapkan dengan kemudahan permohonan ISBN secara dalam talian melalui kerjasama dengan Perpustakaan Negara Malaysia.

Selain daripada platfom penerbitan elektronik yang ekspres ini, ORBIT juga menyediakan komponen khusus untuk gaya penulisan yang lain dalam bentuk ORBIT-X dan ORBIT-J.

ORBIT-X memberi fokus kepada pembangunan buku teks digital interaktif untuk sektor pendidikan tinggi dengan menyediakan sebuah platform untuk para pensyarah dan para pendidik melontarkan idea dan manuskrip bagi penghasilan buku teks digital yang berinteraktif.

E-Sentral melihatkan sektor buku teks digital interaktif dalam pendidikan tinggi sebagai satu pasaran yang baru dan belum dipelopori, dan oleh yang demikian E-Sentral berhajat untuk melabur dengan membangunkan buku teks digital interaktif untuk pendidikan tinggi secara agresif bersama penulis-penulis bertauliah bagi pasaran masa hadapan.

Orbit- X diilhamkan ekoran kejayaan e-Sentral dan Perbadanan Kota Buku dalam pengelolaan NDTP (Platform Buku Teks Digital Kebangsaan), sebuah platform untuk membantu penerbit membangunkan fasa pertama buku teks digital interaktif untuk Kementerian Pendidikan Malaysia.

ORBIT- J pula, merupakan kemudahan untuk kewartawanan komuniti.

ORBIT-J menapis  permohonan untuk menjadi wartawan kepada platform komuniti ini supaya kredibiliti dan kesahihan berita dalam platform ini boleh dijamin dengan baik.

Hajat ORBIT-J adalah untuk menghidupkan semangat kewartawanan di Malaysia dengan menyediakan satu saluran berita yang bebas komersil.

Untuk dapatkan maklumat lanjut, boleh rujuk kepada pautan di bawah:

ORBIT https://orbit.e-sentral.com/login
ORBIT -J https://reporter.e-sentral.com/login
ORBIT- X https://orbitx.e-sentral.com/apply/home
E-SENTRAL https://www.e-sentral.com/
XENTRAL METHODS https://www.xentralmethods.com/

 

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *