Kuala Lumpur Ibu Kota Buku Dunia 2020

Tahniah diucapkan kepada Perpustakaan Kuala Lumpur kerana telah memulakan inisiatif ke arah Kuala Lumpur Ibu Kota Buku Dunia 2020.

Kini pengguna Bas GoKL boleh memanfaatkan masa terluang mereka dengan membaca eBuku ketika di dalam perjalanan. Kemudahan yang disediakan ini merupakan teknologi Internet of Things (IoT) terkini dengan menggunakan fungsi Bluetooth Beacon. Perkhidmatan ini memberi akses kepada pengguna Android dan iOS untuk meminjam dan memuat turun eBuku ke dalam peranti pintar mereka secara percuma. 

Inisiatif ini disediakan oleh Perpustakaan Kuala Lumpur di bawah kelolaan Dewan Bandaraya Kuala Lumpur. Satu lagi usaha untuk menyemarakkan budaya membaca dalam kalangan rakyat Malaysia.

Lihat video:

 

#KualaLumpurIbuKotaBukuDunia 2020 #WBC2020 #MalaysiaMembaca #DekadMembacaKebangsaaan#PerpustakaanKualaLumpur #DBKL #baca