[SNEAK PEEK] KESAYANGAN RAIS

Kesayangan Rais oleh Jaja Ahmad

 

“YOU buat apa dekat sini?”

“I buat apa dekat sini? Oh come on, Inara… you tu buat apa dekat sini? Dengan kekasih gelap you pula tu. You tak rasa bersalah ke hah?”

“Excuse me?” Sentap pula Cempaka mendengar kata-kata Armand.

“Ya excuse you! Dah pandai dah kan keluar tak beritahu I sekarang? Buat apa, keluar dengan siapa semua you tak beritahu I. What is wrong with you?”

“What?” Berkerut-kerut dahi Cempaka menahan rasa. “Apa kena dengan you ni? You cakap apa ni, Armand? Jangan nak mengarutlah,” kata Cempaka dengan nada tertahan.

Rais di sebelah hanya diam memerhati, langsung tiada niat untuk mencelah.

“I mengarut?” Armand ketawa tetapi ketawa yang dibuat-buat. “You tu kekasih I Inara, mana boleh keluar dengan lelaki lain sesuka hati macam ni.” Armand mula berang. Rasa marah mula mencucuk-cucuk tangkai hati.

Rais yang memerhati cuba menyabarkan diri, belum masanya untuk dia masuk campur dalam perang mulut di antara Cempaka dan Armand.

“I dengan you dah tak ada apa-apa hubungan since the day I found out you are a liar, Armand!” Satu per satu Cempaka katakan kepada Armand supaya bekas kekasihnya itu faham.

“Who said so?” balas Armand dengan nada mencaba.

“Ya Tuhan, Armand please…” Tangan kanan Cempaka naik melekap ke dahi. Pening dah dia dengan Armand yang masih berada di dalam denial zone ni. “Stop acting like nothing’s changed between us. You and me, we are over.” Bersungguh-sungguh Cempaka berkata bagi meyakinkan Armand.

“No! We are not over yet, Inara.” Matanya beralih ke arah Rais yang diam saja sejak dia tiba tadi. “And you… tak malu ke rampas kekasih orang macam ni? I tak sangka the best lawyer in town macam you sanggup buat kerja terkutuk macam ni,” cemuh Armand. Geram pula bila melihat riak wajah bersahaja Rais.

Rais berdeham. Sedikit tergores dengan kata-kata Armand namun dia cuba berlagak biasa.

“One thing I need to clarify with you, I didn’t snatch her from you.”

“Yes, right…” balas Armand dengan nada bosan.

“It is the truth, Armand. Tapi kalau betul pun I rampas dia daripada you, sekurang-kurangnya I tak ada isteri dan tak pernah tipu Cempaka. But you…” Bukan niat nak menyindir atau mengutuk Armand, tetapi lelaki itu perlu disedarkan.

“Look at yourself. You have a complete package Armand, tapi sayang you tak pernah jujur dengan Cempaka dan you tak pernah jujur dengan isteri you sendiri. You pun tahu kan kejujuran adalah asas yang penting dalam perhubungan? Tapi you langsung tak ada asas itu, Armand.”

Armand menggenggam kemas tangan kanannya, menahan diri daripada menumbuk wajah Rais di hadapannya.

“I datang sini bukan nak dengar you berceramah tentang semua tu, Rais. I datang sini sebab I nak hak I semula.” Mata Armand merenung tajam ke dalam anak mata Rais.

“Hak apa?” soal Rais berani.

“Inara tu hak I, bukan you!”

“Hei!” Cempaka menolak lengan Armand yang bergerak merapatinya. “You jangan nak mengarutlah, Armand.”

Orang sekeliling sudah mula memandang. Lupa agaknya yang mereka berada di tengah ruang orang yang lalu-lalang.

“I tak mengarut, Inara. I tak pernah cakap pun nak putus dengan you. You are still my someone special,” ujar Armand bersungguh-sungguh.

“Dahlah, Armand. I dengan you dah tak ada apaapa lagi. Yes, I admit yang I sukakan Rais dan I cintakan dia. Don’t you get it? You dah ada isteri Armand, so just go back to your wife. She needs you more than I do.”

“But I want you, Inara.” Tangan Cempaka dicapai dan digenggam kemas.

“Hei!” Cempaka cuba untuk menarik tangannya tetapi tidak berjaya kerana pegangan Armand terlalu kemas.

“Armand, please mind your manners.” Rais yang melihat, kembali mencelah. Hujung lengan baju Cempaka ditarik bagi merungkaikan pegangan tersebut.

“You shut up! Sebab youlah Inara jadi macam ni, tahu tak?” Jari telunjuk Armand naik lurus ke hadapan wajah Rais dengan wajah bengis. Geram sungguh dia melihat wajah Rais waktu ini. Kalau tak fikirkan yang mereka berada di tempat awam dah lama rasanya pipi Rais merasa penumbuk dia.

“Okay fine, just put the blame on me. Kalau itu boleh buat you puas hati, I don’t mind. Tapi you kena sedar Armand, walaupun you tuduh I macam-macam sekalipun, Cempaka tetap akan pilih I dan once dia dah jadi milik I, I tak akan lepaskan dia kepada sesiapa pun. Just go back to your wife. Cempaka dah cukup terluka dengan perangai you yang macam ni, jangan biarkan isteri you turut terluka dengan perangai you, Armand,” kata Rais dengan tenang.

“Satu lagi I nak pesan. Jangan yang dikejar tak dapat, yang dikendong berciciran pula. Orang tamak selalu rugi, Armand. I minta maaf sebab rampas Cempaka daripada you, but I can’t help myself from doing it because I love her. I’m sorry…” Usai berkata, Rais menarik lengan baju Cempaka dan membawa Cempaka berlalu dari situ.

“Damn you!” Armand mendengus geram. Dia punyalah marah sampaikan tengok muka Rais pun rasa nak tumbuk saja, tapi Rais boleh pula cakap dengan tenang macam tu. Saja nak tunjuk lagak di depan Cempaka Inara lah kan. Konon herolah tu.

Armand berpusing untuk berlalu namun langkah kakinya terhenti saat dia terpandangkan wajah Yara yang kesedihan sedang berdiri di hadapannya.

“Yara…” Mata Armand tertancap pada plastik di tangan isterinya. “Dah siap beli buku yang sayang nak tu?” Armand bersuara dengan nada yang ceria.

“You really love her don’t you?” soal Yara dengan nada yang sebak.

“Sayang, no…”

Yara terus berlalu tanpa sempat Armand menjelaskan semuanya. Dia dah lihat dan dengar semuanya dan hatinya sakit. Sakit sangat untuk menerima apa yang telah terjadi.

Damn it once again! Macam manalah Armand boleh lupa yang dia keluar dengan isterinya hari ini? Argh! Kerana Cempaka Inara, habis kucar-kacir hidup dia jadinya.

BADANNYA DIREBAHKAN di atas sofa L shape yang terletak di hujung bilik. Kepala menengadah siling yang kaku dengan mata yang terkebil-kebil memandang ke atas. Terasa ingin menangis tetapi seperti sudah kering semua air matanya. Langsung tiada yang mahu keluar.

Yara mengeluh perlahan. Tidak dia sangka perkahwinan yang indah dan bahagia begini jadinya. Semuanya hilang dalam sekelip mata. Yang ada kini hanyalah kedukaan dan kesedihan yang menyelubungi segenap ruang hati. Mata dipejamkan, cuba mencari kekuatan yang masih bersisa. Namun bayangan hidupnya bersama Armand pula yang muncul.

Pertama kali dia terserempak dengan Armand adalah sewaktu dia berjalan untuk ke tempat kerjanya. Armand secara tidak sengaja telah terlanggar bahunya bila Armand dirempuh dari belakang oleh seorang yang tidak dikenali. Maklum sajalah jalan dekat New York memang penuh sesak dengan orang ramai yang berkejar ke tempat kerja pada waktu pagi begitu.

Esoknya, Yara terserempak lagi dengan Armand di kafe Starbucks sewaktu dia sedang beratur untuk membeli kopi. Dengan kesempatan yang ada, Armand berkenalan dengan Yara dan mereka mula menjadi rakan. Masing-masing sangat teruja apatah lagi bila Armand mengetahui yang Yara sebenarnya berasal dari Malaysia tetapi telah menetap lama di New York bersama neneknya setelah kedua-dua ibu bapanya meninggal dunia.

Semakin lama hubungan mereka semakin akrab. Walaupun mereka terpisah beribu batu jauhnya, hubungan mereka tetap utuh, lebih-lebih lagi setelah hubungan persahabatan mereka telah bertukar menjadi kekasih. Armand juga semakin kerap ke New York semata-mata untuk berjumpa dengan Yara. Mulai saat itu, semua yang terjadi dalam hidup Yara indah belaka dan yang paling indah adalah bila Armand menjadikan dia sebagai isterinya yang sah.

Selama tiga tahun mereka bergelar suami isteri, Yara tetap bahagia walaupun Armand tidak selalu berada di sisinya. Kesungguhan dan komitmen Armand terhadap perkahwinan mereka membuatkan Yara terlalu percaya kepada suaminya itu. Tapi sayang, kepercayaan dia akhirnya Armand khianati dan kini dia terpaksa berhadapan dengan realiti yang kemungkinan perkahwinan mereka akan berakhir tidak lama lagi.

Mata yang tertutup kembali terbuka dan terpampang wajah Armand di hadapannya. Suaminya itu sedang merenung wajahnya dalam diam. Yara membalas pandangan mata Armand yang kelihatan redup dan perlahan-lahan tangan kanan Yara naik melekap ke pipi Armand.

“What is wrong with our marriage Armand?”

“Sayang…”

“Do you still love me or not?”

“Sayang, please…”

“I love you so much, tahu tak?” Suara Yara berubah serak dan matanya mula berkaca-kaca. Bila berbicara tentang cinta mereka, pantas saja matanya berkaca-kaca. Rasa sebak mula menyesak di dada.

Tangan yang melekap di pipi Armand dilarikan dan jatuh ke wajah sendiri. Mukanya ditutup dengan kedua-dua belah tangan dan tangisannya yang tertahan terus dihamburkan sekuat hati. Terhinggut-hinggut bahu Yara akibat tangisannya yang menggila.

“Yara sayang…”

Mata Armand turut berkaca-kaca bila mendengar tangisan si isteri yang tidak berpenghujung. Perlahan-lahan kepalanya dijatuhkan ke bahu Yara dan dia turut menangis di situ. Tiada apa yang mampu dia katakan bila semuanya berpunca daripada dia. Dia yang bersalah dan dia jugalah yang harus menerima akibat daripada perbuatannya itu.

YARA DUDUK bersandar pada arm-rest dengan tangan yang menongkat kepala. Masih tidak berganjak dari sofa L shape yang didudukinya tadi. Armand tetap setia di sisi Yara, bersandar pada belakang sofa dengan mata yang memandang lurus ke hadapan. Masing-masing hanya diam setelah puas melampiaskan tangisan.

Perlahan-lahan tangan Armand merayap ke lengan Yara, cuba menarik perhatian isterinya itu. Namun pantas dikuis Yara. Tidak sudi disentuh oleh Armand ketika ini.

“Sayang…”

“Why, Armand? Apa yang tak kena dengan perkahwinan kita sebenarnya?” Yara memuntahkan persoalan yang bermain dalam mindanya sejak beberapa minggu yang lalu. Armand yang diam dijeling sekilas. Itulah Armand suaminya, sangat susah untuk berterus terang.

“I need your answer, Armand.” Yara mula bertegas. Bosan bila soalannya hanya dibiarkan sepi. Kalau begitu sampai bila-bila pun masalah dia dan Armand tak akan selesai.

Armand mengeluh perlahan.

“Nothing is wrong with our marriage, Yara. Everything is perfect for me.”

“So why cheat on me?” Marah. Itu yang dia rasakan sekarang. Siapa saja yang tidak marah bila si suami bermain kayu tiga di belakang?

“I tak sengaja, sayang. Rasa cinta mana kita boleh kontrol.”

“Tak boleh kontrol sebab dalam diri you tak ada iman, Armand.”

Armand terdiam. Merah mukanya menerima sindiran Yara.

“Now tell me, kenapa you sukakan Inara tu? Apa lebihnya dia, apa kurangnya I?”

“I tak nak cakap.”

“Kenapa?”

“Sebab I tak nak lukakan you.”

“But I’m already hurt, Armand.” Mata Yara kembali berkaca-kaca namun sedaya upaya ditahan agar air matanya tidak jatuh.

Sekali lagi Armand terdiam. Menyesal, itu yang dia rasakan sekarang. Melihat Yara yang diam kaku, langsung tidak sudi memandang ke arahnya. Armand bergerak menghampiri isterinya itu. Tangan melekap ke paha isterinya bagi mencuri sedikit perhatian.

“Look at me, sayang.”

Yara mengeraskan badan, tidak mahu mengalah dengan permintaan Armand.

“Yara please… I tak suka nak bercakap dengan you dalam keadaan macam ni,” pujuk Armand lagi.

Yara menunduk.

“Sometimes I wonder, all this while, cinta, kasih dan sayang I tak memberi makna langsung ke pada you, Armand? You anggap I siapa sebenarnya? Isteri atau sekadar perempuan simpanan you?”

“Yara!” Bahu Yara ditarik kasar. “Don’t ever say that. You…” Kedua-dua belah pipi Yara dipegang dengan kemas dan matanya menusuk tajam ke dalam anak mata Yara.

“You are my wife, Yara. My wife!” Armand bersuara tegas. Rahangnya bergerak-gerak menahan marah.

Tidak dia sangka yang Yara sanggup berkata begitu. Kalaupun marah sangat dengan dia, janganlah sampai tuduh dia macam tu. Mendengar perkataan perempuan simpanan saja sudah membuatkan hatinya terhiris, inikan pula menganggap Yara begitu. Memang langsung tidak terlintas di dalam fikiran dia tentang menjadikan Yara perempuan simpanan.

“Kenapa marah? Kenapa marah, Armand? Bila you buat I macam ni ibarat seperti I bukan isteri you. You chose her over me. You nak kahwin dengan dia sedangkan you dah ada isteri. Apa maknanya semua tu? Apa maknanya, Armand?” Tangisan Yara kembali pecah. Tidak tahan lagi menanggung rasa bila pandangan mata Armand menusuk ke dalam matanya.

“No, I tak pilih dia! Who said I chose her over you? Who said so? I tak pernah cakap pun yang I pilih dia over you, Yara. Never!”

“Tapi tadi… I saw you and I heard everything, Armand. You cakap yang you dengan dia tak pernah putus. I dengar, Armand!”

“Damn it!”

Armand bangun berdiri dengan tangan naik menarik rambutnya sendiri. Serabut. Dia sayang dan cintakan Yara sangat-sangat. Tapi entah kenapa hati dia tidak mampu untuk melepaskan Cempaka.

“I dah penat, Armand. I tak nak hidup macam ni. Hidup dalam kesedihan dan kesengsaraan. I love you so much. You dah lupa ke macam mana kita jatuh cinta dulu? You were my first love Armand, dan I tak nak kehilangan you. Tapi sayang, I tak mampu untuk hidup lebih lama dengan you. When you have someone else behind my back, it means our love is gone. There is no more love left for me. If you had really loved me, there would have been no other woman after me, Armand.” Laju Yara menghamburkan kata-katanya dengan air mata yang masih membasahi pipi.

“No, no, no… I still love you, sayang. I really really do.” Armand mula berlutut di hadapan Yara. Tangan isterinya itu digenggam dan dikucup bertalu-talu.

“I sayang you. I tahu I salah bila jatuh cinta dengan Inara dan sekarang I menyesal. I want you Yara, I nak you aje dalam hidup I. You isteri I dunia akhirat sayang, tolong maafkan I, Yara. Jangan tinggalkan I sayang, please…”

Kepalanya dijatuhkan ke lutut si isteri dan dia menangis di situ. Hati dia sakit bila isterinya berkata begitu dan tiba-tiba ada satu perasaan halus yang menyelinap ke dalam hatinya. Tidak tahu bagaimana untuk menjelaskannya, tapi perasaan itu membuatkan dia rasa sangat takut. Takut kehilangan dan kosong. Ya, terasa ada satu ruang kosong yang mula menghuni hatinya.

Yara mendongak, cuba menghalang air matanya dari terus mengalir. Dia sayangkan Armand, sungguh-sungguh sayang. Tapi rasa sakit di dalam hati akibat perbuatan Armand lebih lagi. Dia juga tidak ingin berpisah dengan suaminya itu tetapi jika itu saja jalannya, dia pasrah.

“I love you, Yara. My love for you is still there, it’s as strong as ever. Yara, trust me please.”

“But you hurt me so bad, Armand. Give me some space Armand, I need time to think about us.” Tangan Yara mengusap lembut rambut Armand.

Pantas Armand mendongak.

“Apa maknanya tu? Are you leaving me? Please, Yara…”

“I need time. I need my own time, alone.”

“No!” Armand kembali berdiri dengan tangan naik mencekak pinggang. “You nak tinggalkan I, kan?”

Yara turut bangun berdiri berhadapan dengan Armand.

“I nak balik New York.”

“No, I tak izinkan.”

“I tak nak tinggal kat sini and seeing you with her.”

“No, you won’t see me with her again. I tak akan jumpa dia lagi lepas ni sebab I dengan dia dah tak ada apa-apa. I ada you seorang saja dan you akan tetap jadi isteri I sampai bila-bila,” kata Armand dengan tegas.

Terkebil-kebil Yara memandang Armand dengan mata yang basah.

“Seriuslah, Armand…”

“I am damn serious, Yara.” Nafas ditarik dalam dan kedua-dua belah tangannya ditekap ke wajah. Kemudian Armand bergerak mendekati Yara dan pinggang isterinya itu dipaut rapat.

“I menyesal dengan apa yang telah terjadi Yara, sangat menyesal. Please give me a second chance walaupun I tahu I don’t deserve it. Tapi I lebih rela merayu untuk mendapatkan peluang itu daripada melepaskan you pergi begitu saja. I tak sanggup kehilangan you sayang because I love you so much. So much to the point I could die if I don’t have you near me.”

Dahi bertemu dan mata terpejam. Kata-kata Armand menyerap masuk ke dalam sanubari dan bergerak bebas ke dalam salur darahnya membuatkan jantung dia berdegup kencang. Armand dan ayat-ayat manisnya memang tak boleh dipisahkan.

“Honestly, I’m not sure if I could ever trust you again, Armand.”

Armand tersentak namun sedaya upaya cuba dikawal riak wajahnya.

“I’ll prove it to you.”

“How?” Pandangan mata Yara memanah ke dalam mata Armand. Cuba mencari sinar kejujuran di dalam mata suaminya itu.

Tangan naik menarik rambut sendiri.

“I don’t know but trust me, I’ll prove it you. Just give me a chance to do so, okay sayang?” Lengan Yara dipegang dengan kemas bagi meyakinkan isterinya itu.

Yara menelan air liur yang terasa kelat. Sukar untuk dia membuat keputusan namun pilihan apa lagi yang dia ada sedangkan dia sendiri pun tidak rela dan belum bersedia untuk kehilangan Armand.

“Okey…” jawab Yara perlahan dengan anggukan kecil. “This is the last, Armand. If you screw this, we are done,” sambung Yara dengan tegas.

Armand terharu dengan kata-kata isterinya walaupun ada sedikit ugutan di situ. Lalu tangan Yara dikucup bertalu-talu.

“Thank you sayang, thank you so much!” Yara ditarik ke dalam pelukan.

 

 

eBook penuh boleh didapati di E-Sentral.com
https://www.e-sentral.com/book/info/271742/Kesayangan-Rais

[REVIEW] RASA

RASA oleh ​Nuril Basri

Umurnya hampir mencecah 30 tahun tetapi Maya, seorang gadis perasa, masih belum tahu apa yang dia inginkan dalam hidupnya. Untuk mencari dirinya, dia menerima tawaran kerja sebagai seorang pelayan di atas sebuah kapal persiaran. Di sana dia bertemu dengan Kanompang si dada melon, Oleksii dengan totem bersaiz Eropah, dan Maroje, kekasih pertamanya yang mungkin adalah putera raja dari Croatia. Namun pengembaraan Maya tidak berakhir di tengah lautan. Dia berangkat ke London dan bekerja sebagai seseorang yang kalian tidak pernah bayangkan sebelumnya!


Rasa antara 9 novel baharu yang diperkenalkan oleh Fixi Malaysia sempena PABKL 2019. Terdapat 7 bahagian di dalam ini yang menceritakan kisah kehidupan Maya, seorang gadis kurus dan polos. Bermula daripada kisah Maya bekerja di lautan dan mengelilingi dunia. Maya bekerja sebagai seorang pelayan di atas sebuah kapal. Walaupun keputusannya dibantah oleh ibunya, Maya tetap teruskan perancangannya. Kerap kali Maya disalah anggap sebagai lelaki di atas kapal persiaran itu kerana bentuk badannya yang kurus dan rambutnya yang pendek. Disana juga dia bertemu dengan Maroje tetapi malangnya terpaksa pulang ke tanah air kerana kapal persiaran itu telah rosak. Setelah pulang ke Indonesia, Maya menganggur selama beberapa bulan dan kemudian diajak datang ke London oleh rakannya Linda. Maya ditawarkan bekerja sebagai seorang pelayan tetapi akhirnya ditipu oleh Linda. Selepas kecewa kerana ditipu oleh Linda, Maya mula mencari pekerjaan lain untuk menampung kehidupannya di London. Maya kemudiannya telah ditawarkan pekerjaan yang tidak terjangkau dek akalnya. Novel ini mengandungi kandungan yang sesuai untuk pembaca yang matang. Penulis juga bijak melakarkan situasi debar/tegang/pilu/desah hati dalam skala sederhana. Sesekali hanya dalam sebarisan ayat sahaja bagi menggambarkan perasaan watak utama Maya. 

 

eBook penuh boleh didapati di E-Sentral.com
https://www.e-sentral.com/book/info/271736/rasa

[SNEAK PEEK] NIKINA

NIKINA oleh Nadia
Khan

Aku pertama kali nampak dia bila dia masuk kelas, pertengahan tahun. Budak baru yang masuk sekolah tengah-tengah tahun ni, mak bapak dia mesti jenis selalu pindah-randah. Macamana agaknya perasaan tu – selalu pindah-randah? Sebagai seorang yang duduk kat rumah flat yang sama selama 13 tahun (ketika tu) dan berkongsi dengan lebih sepuluh orang (ketika tu), aku lebih ingin tahu tentang keadaan rumah dia daripada dia sendiri. Aku pernah bagitau ni kat dia dan dia usik aku – dia kata kalau budak lelaki lain takkan fikir benda macam tu. Semua akan tengok dia dan mula buat macam-macam tanggapan pasal diri dia.

Perkara pertama yang aku yakin budak lelaki lain tak lepas pandang – dia lawa. Bukan sejenis stereotaip macam budak perempuan lain yang bersembunyi di sebalik rambut panjang. Rambut dia pendek – pendek yang tak sekata. Macam awek dalam cerita Aeon Flux tu. Tak semua budak perempuan boleh cukup konfiden untuk buat rambut macam tu. Rambut tu seolah-olah mengatakan “Gi mampus” dengan cara yang paling halus. Kalau aku betul-betul jujur, waktu aku mula-mula nampak dia sebenarnya aku takut dengan dia.

Perkara kedua (dan perkara ni yang membuatkan dia sedikit kecundang di sekolah baru) yang jelas ketika dia perkenalkan diri di depan kelas – dia cakap omputih. Tak salah, cuma stigma terhadap budak yang cakap omputih kat sekolah macam ni… biasalah. Budak berlagak la, perasan mat salleh la. Budak-budak lelaki yang rasa tercabar dengan dia akan terus fokus kat benda ni, sementara budak-budak perempuan yang tak sukakan persaingan baru akan setuju je dengan budak-budak lelaki.

Jadi, untuk minggu pertama dia kat sekolah tu, aku selalu nampak dia makan sorang-sorang kat kantin. Sekali-sekala ada la yang duduk sebelah, tapi dia akan bangun kalau dia dah habis makan dan takkan duduk-duduk dan borak kosong. Ramai jugak yang ejek-ejek dia, tapi belakang-belakang la. Budak-budak sekolah ni memang macam tu. Depan-depan tak berani.

Dalam kelas pun dia tak banyak cakap. Tapi aku tahu dia genius sebab bila cikgu suruh jawab soalan kat papan hitam, power je dia boleh jawab. Kelas Bahasa Inggeris toksah cerita la; dia berdebat sakan dengan cikgu.
Aku sendiri tak tahu kenapa aku ambik masa sebulan sebelum aku betul-betul bercakap dengan dia. Aku ni bukanlah jenis pemalu sangat pun. Mungkin ni berbalik kepada perasaan takut yang aku cakap tadi tu. Tapi aku buang perasaan takut tu sebab aku tak berapa tahan bila tengok dia dok menyendiri macam kera sumbang tu. Rasa kesian. Tapi ni tak jugak bermaksud yang aku merapati dia atas dasar simpati. Entahlah, susah aku nak jelaskan. Tapi macam ada satu magnet yang menarik aku kepada dia.

Jadi satu hari, waktu dia makan sorang-sorang kat kantin, aku tunggu je untuk tempat duduk sebelah dia tu kosong. Ish, lama pulak lah budak sebelah dia tu melahap nasi lemak bungkus. Sampai dua bungkus pulak tu. Aku menunggu dengan penuh tekun. Sekali, dia bangun! Ah, dem! Nampaknya taktik duduk sebelah tak menjadi. Habis tu, nak buat apa ni? Takkan nak ikut dia macam stalker? Lain macam pulak. Aku pernah dengar yang dia ni ada black belt judo ke, karate ke apa entah. Dia lipatnya aku kang, naya gak. Malu pun malu kalau orang nampak.
Bila dia melangkah keluar dari kawasan kantin, dalam keadaan panik mulut aku hilang kawalan dan menegur,

“Hai.”

Dia berpaling. Mungkin dia tak pasti kalau teguran tu ditujukan pada dia. Itulah kali pertama aku nampak ekspresi muka dia yang kini aku panggil “serut” – senyum sambil dahi berkerut. Masa tu aku tak berapa paham apa maksud ekspresi ni, tapi lama kelamaan korang pun akan tahu maksudnya.
“Yes?” katanya. Ah sudah, dia akan cakap omputih ke dengan aku? English aku (masa tu) boleh tahan kongkang.
Tiba-tiba, aku terfikir sesuatu…

“I want to ask. Can you teach me English?” (Jangan tanya aku dari mana datang idea bernas ni.)
Dia pandang aku. Masih dengan serut dia. Setiap kali bila kitorang mengenang balik kisah ni, dia akan cerita kat aku yang dia ingat aku bahan dia – sama macam budak-budak lelaki yang lain. Tapi dia juga cakap yang dia dapat rasa sejenis keikhlasan datang dari raut wajah aku yang kiut lagi innocent (ni dia yang cakap, bukan aku yang menambah ye. Setiap kali dia cakap, mesti aku blushing. Makin galak la dia mengusik. Siot betul).
“Your English sounds fine to me,” balasnya.

“Err… only simple English. And writing English, okay. Speaking English not so good.” (Jangan gelak! Aku dah cakap English aku kongkang kan masa tu.)

“Spoken English.”

“Hah?”

“Spoken English, not speaking English. And written English,” dia membetulkan.

“Yes. See? Not good.” (Dah bunyi macam mamat Bangla baru turun kapal je ni.)

“How do you want me to teach you? Tuition after class?”

Menarik gak tu. Boleh aku selalu jumpa dia. Tapi nak buat kat mana? Buat kat sekolah kang, kena bahan. Nak buat kat rumah aku? Memang taklah. Rumah aku tu nak berdiri pun takleh sebarang tempat, punya la takde ruang. Inikan pulak nak duduk bersila buat tuisyen bagai. Lagipun aku segan nak ajak sesiapa datang rumah aku.

“Why don’t you talk to me in English? Every rehat.”

“Recess.”

“Yes, recess. Like this.”

Dia senyum. Tanpa dahi berkerut. Senyum yang buat aku berjaga malam tu, nak mengenalpasti ada apa dengan senyuman tu yang buat aku jadi tak tentu arah.

“Sounds like a plan,” katanya.

And what a wonderful plan it was.
(Nampak kan? English aku dah tak kongkang.)

 

 

eBook penuh boleh didapati di E-Sentral.com
https://www.e-sentral.com/book/info/271735/NIKINA

[SNEAK PEEK] FANTASTIK

FANTASTIK oleh Hasrul Rizwan

 

Alma di kerusi pemandu, memainkan lagu Seek and Destroy daripada Metallica pada pemain kaset. Dia memakai jaket kulit (yang entah mana dia dapat) yang turut sama berlogo Metallica tertampal di belakang. Lagu yang menjadi semboyan itu membuatkan bulu romaku meremang.
Kami menunggu dengan sabar di persimpangan jalan di hadapan rumah, menantikan Abraham sampai ke situ agar kami boleh dikejar tanpa nenek perlu diganggu. Aku percayakan Amin, dia akan membawa nenek ke tempat selamat sehinggalah semuanya selesai.
Alma melihat pada cermin sisi dengan mata yang memicing, menggigit batang lollipop (pun entah macam mana dia dapat) sambil menekan-nekan pendikit minyak. Sebelah tangannya memegang stereng, manakala sebelahnya lagi memegang erat brek tangan. Cahaya lampu kereta terlihat memancar di balik selekoh menuju ke arah kami.
“Mereka dah sampai,” kataku.
Alma mengangguk. Pendikit minyak ditekannya tanpa henti. Bunyi ekzos meredam-redam. AE86 bergoyang dan bergegar memutarkan tayar belakang dengan hebatnya, memberi isyarat kami sedang menunggu di situ. Kami hanya perlu menunggu sehingga mereka begitu hampir. Asap tayar berkelun naik ke udara malam yang hitam.
Abraham akhirnya melihat kami dari keretanya. Dia memecut, cuba untuk melanggar dan saat itu juga, Alma melepaskan brek tangan dan meluncur laju dengan sekelip mata. Alma adalah Alma. Dia boleh menukar dua personaliti apabila duduk di belakang stereng. Kecekapannya memandu dan membuat drift kini lebih terserlah apabila mendapat kereta yang selayaknya.
Alma membuat kilasan demi kilasan melalui lorong-lorong yang sempit di kampung dengan tenang dan kemas. Dan kali ini aku lebih bersedia —memakai tali pinggang keledar dan mengikut ayunan kereta tanpa tunggang-terbalik. Aku sudah tau segala selokan yang akan diambilnya sehinggalah kami menembusi ke jalan besar dan membiarkan Abraham mengejar. Aku memandang ke bangunan di sisi tingkap yang hanya terlihat seperti jejalur neon dan bintang di angkasa. Walaupun sedang dikejar, entah mengapa aku merasakan kedamaian. Lapang seperti sedang terbang bebas di awangan.
Malam aksi terakhir. Dan esoknya, ketika aku mencelikkan mata, segalanya akan berkesudahan dengan kemanisan paling sempurna. Ini adventure yang paling gila pernah aku hadapi.
Aku memandang ke papan tanda di bahu jalan dan mengingati sebuah tempat yang pernah aku singgah dahulu. “Awak masuk di selekoh depan tu,” kataku.
Alma berpaling dan melihat ke arah yang dituding. “Tapi sana bukan laluan kita.”
“Kita perlu hentikan mereka.”
Alma memandangku tanpa minta penjelasan, namun di matanya seakan tidak percaya pada apa yang bakal aku lakukan. Dia tetap menurut dan membelok masuk, meneruskan perjalanan pada laluan gelap dan sempit. Di kiri dan kanan hanya tertegak pokok-pokok tua yang besar dan berjangkang sebelum terlihat sebatang sungai di sebelah kanan kami. “Berhenti di situ.”
Aku menuding pada tapak lapang. Sekali lagi Alma merasa ragu-ragu, namun dia terpaksa akur apabila tiada pilihan. “Apa pun yang saya buat, awak jangan panik. Percayalah… kita boleh keluar dari tempat ni.” Aku membentangkan rancangan. Alma mendengar dengan teliti, namun terbeliak sebelum dahinya berkerut. “Awak yakin?”
Aku mengangguk dan mengambil beg duffel di kerusi belakang dan berjalan ke tengah-tengah lapangan. Tidak lama, kereta Abraham berhenti tepat di hadapanku yang menunggu. Lampu kereta menyuluh dan menyilaukan pandanganku yang sedang berdiri dengan tangan yang menjunjung beg di atas kepala.
Abraham muncul bersama bosnya Ayubi yang bertongkat keluar dari dalam kereta. Wajah mereka betul-betul marah dan menyinga. Abraham mengeluarkan pistolnya dan membidik ke arahku.
“Saya menyerah kalah. Tolong dengar dulu.”
“Hari ni sahaja kau menyusahkan aku banyak kali. Aku tak tau kalau ada alasan yang lebih bagus dari tak membunuh kau. Tapi aku rasa, membunuh kau sekarang adalah benda yang paling membahagiakan aku,” kata Ayubi yang turut mengeluarkan pistol dan mengacukannya ke arahku.
“Okey… okey… sekurang-kurangnya bagi saya cakap.” Aku menoleh ke belakang dan melihat arus air yang deras di bawah. Pada tebing yang tinggi itu, air sungai terlihat menakutkan seperti makhluk buas yang bersedia untuk membaham. “Saya mengandungkan anak pakcik. Sebab tu saya rompak pakcik. Dengan duit ni, saya harap boleh menyara hidup saya dan…”
“Jap… jap… apa kau kata? Anak aku?” Ayubi berkerut dahi memandang Abraham di sebelahnya. Bibirnya cuba untuk ketawa, namun belum sempat ketawanya itu meledak, Alma muncul keluar dari dalam kereta dan berjalan merapat ke arah kami bertiga.
Ayubi terbeliak besar. Air wajahnya bertukar keruh.
“Alma minta maaf, ayah. Alma terpaksa. Bukan salah Ali, Alma yang rancang semua ni.”
“Alma…”
Berhati-hati Alma cuba berjalan menuju ke arah ayah tirinya. Namun baru saja setapak melangkah, bunyi tembakan kedengaran kuat dan bergema. Alma menekup telinga dan terketar melihat tubuhnya sendiri yang menggigil. Matanya jatuh ke bawah memerhatikan tangan dan dada, perut dan kakinya yang masih utuh tidak terkesan oleh palitan darah dan lohong peluru. Perlahan-lahan wajahnya ditoleh ke belakang pada tanah kosong. Tubuhku telah hilang di tebing sungai. Mata Alma terbeliak dan berbening. Kakinya terasa lemah sebelum tubuhnya itu jatuh terkulai ke tanah. Dia melaungkan namaku dan cuba untuk bangkit dan berlari, namun cepat ditangkap ayah tirinya dan diheret keras. Abraham pula berkejaran di tebing sungai dan cemas melihat beg berisi wang yang hilang bersama-sama ke dalam arus sungai. “Duit… duit tu dah hilang.”
“Cari sampai dapat, bodoh!” Ayubi menjerkah dan mengheret Alma masuk ke dalam kereta untuk dibawa pulang. Abraham masih bingung di tebing sungai yang tinggi. Kepalanya pening, otaknya bercelaru dan sumpah-seranah bertitip di bibirnya apabila tidak dapat melihat apa-apa melainkan air sungai yang bergulungan deras dan berkeladak tanah. Air seganas itu membuatkan dia menjadi kecut. Abraham kembali ke kereta semula.
Pintu kereta dibuka. Abraham terpempan melihat Ayubi yang bersandar di kerusi belakang dengan hidung berdarah. Baru sebentar tadi dia mendengar orang tua itu memaki hamunnya dan kini dia terkulai tidak sedarkan diri. Matanya menerawang melihat ke dalam, namun kelibat Alma tidak kelihatan. Abraham berpaling semula ke belakang dan dalam waktu sama, dia melihat Alma berdiri memegang pengunci stereng dengan wajah menyinga. Baru sempat mulutnya terbuka, pengunci stereng menyinggah tepat ke kepalanya.

──●──

Suara Alma memecah memanggil-manggil namaku di tebing sungai tanpa henti. Suaranya yang disertai tangisan itu terdengar mendayu sehingga telinganya menangkap suaraku yang menyahut sayup. Alma segera bangkit mengesat air matanya dan berlari mendapatkanku yang terbaring lemah di tebing sungai jauh dari tanah lapangan. Alma berteleku merangkulku di atas ribanya dan jemarinya yang hangat meraba tubuhku yang terkena tembakan. Matanya melilau mencari namun tiada kesan yang melohong apatah lagi darah yang membasahi di tubuhku. Alma merentap butang kemejaku dan melihat plat besi yang tertambat. Besi itu berlekuk namun kesan tembakan jelas membuatkan dadaku menjadi senak. Aku terbatuk-batuk kerana hampir lemas apabila arus air terlalu deras. Pada akar pohon berembang, aku berpaut sehinggalah mendengar suara Alma yang memanggil menandakan segalanya telah berakhir. Rancangan kami telah pun berhasil.
Air mata Alma jatuh berjuraian namun dia menggagahi untuk ketawa melihatku yang tidak mendapat cedera parah. “Awak punya plan teruk gila,” katanya sambil menumbuk ke dadaku dengan tawa dan tangisan. Aku mengaduh dan tertawa bersamanya.
“Ehh… mana beg?” Alma mula perasan yang beg itu tidak kelihatan.
Aku menoleh dengan kecewa ke arah sungai yang bergulungan. “Hanyut. Saya tak sempat pegang bila terjatuh tadi.”
Alma memegang pipiku yang dingin. “Hey…. sekurang-kurangnya awak selamat, bukan?”
“Tapi… duit tu…”
“Tak apa. Duit boleh dicari. Nyawa awak yang lebih penting.”
Mendengarkan ayat yang terluah dari mulut Alma membuatkan aku gembira, dan dalam waktu yang sama, aku merasakan penyatuan dua hati telah pun termeterai. Aku tersengih hingga ke telinga dan terlalu ingin menangis. Namun Alma menukarkan emosinya menjadi ganas kembali. Dia mengetis bahuku dan memimpin untukku bangkit kembali. “Kita masih ada satu kerja yang perlu diselesaikan,” jelasnya. Dia merapikan rambutku yang kebasahan dan kami berjalan ke arah kereta kembali.
Kami meninggalkan tebing sungai itu dengan Abraham dan Ayubi yang diikat bersama di sebatang pokok. Keesokan pagi orang akan melalui jalan itu dan polis akan mengutip mereka berdua di situ. Bersama nota yang ditinggalkan: segala jenayah yang telah ayah tirinya lakukan disisipkan ke pakaian mereka. Siapa tahu mungkin akan masuk TV atau terpampang di halaman depan suratkhabar dan YouTube. Namun sesuatu yang Alma pasti, ayah tirinya takkan mencarinya lagi selepas ini. Hubungan mereka terputus setelah apa yang dia lakukan. Mungkin ibunya akan jadi gila atau diceraikan, entah-entah merempat di kaki lima menghisap gam sekalipun dia tidak peduli. Jika ayah tirinya datang mencari, Alma akan lebih bersedia. Menunggu hari itu dengan tentangan yang lebih berat dan hebat.
Sepanjang perjalanan, kami senyap. Alma tidak lagi memandu segila tadi apabila membawa kereta dengan tenang dan perlahan menuju ke hentian terakhir kami. Tahun baru bakal berlabuh. Ia tahun baru yang paling gila pernah aku alami sepanjang hidupku dan perasaan ini dikongsi bersama Alma yang turut sama menghela nafas kelegaan. Aku memulas punat radio yang berkumandang lagu balad yang mendayu membuatkan aku terasa ingin bernyanyi. Alma tersenyum dan kali ini dia turut sama menyanyikannya. Suara kami bergema mengisi keheningan malam yang bersejarah.

 

 

eBook penuh boleh didapati di E-Sentral.com
https://www.e-sentral.com/book/info/271734/FANTASTIK

[REVIEW] JEJAK

​JEJAK oleh Rozlan Mohd Noor

Namaku Abdul Wahid bin Abdullah. Nama ibuku seperti yang tercatat dalam surat beranak adalah Mastura binti Jusuh. Siapa Abdullah, aku tak tahu. Sejak lahir lagi aku sudah dicampakkan ke rumah anak yatim. Aku tiada identiti lain selain namaku dan nama ibu. Aku tak tahu apa yang akan aku hadapi, tetapi ini misi jejak yang paling penting dalam hidupku. Siapa aku, siapa ibu bapaku dan kenapa aku dibuang. Ini kisah aku. Dengar baik-baik.


Novel JEJAK, karya penulis Rozlan Mohd Noor merupakan sebuah novel yang menceritakan kisah hidup seorang lelaki bernama Abdul Wahid bin Abdullah. Wahid merupakan seorang anak buangan yang dibesarkan di sebuah rumah anak yatim sejak bayi lagi. Setelah tamat SPM, Wahid telah keluar dari rumah anak yatim itu dan mula berdikari. Wahid kemudian menjadi seorang polis dan mulakan jejak untuk mencari latar belakang dirinya. Dia ingin mengetahui siapakah dirinya yang sebenar, mengapakah dia telah dibuang dan siapakah ibubapanya? Mengapakah seorang anggota polis seperti Wahid kemudiannya menjadi seorang banduan? Dapatkah Wahid mencari kebenaran? Apakah yang telah dilakukan setelah Wahid dia mengetahui kebenaran? Novel ini terdapat banyak unsur suspens yang amat menarik minat pembaca. Terdapat juga ilmu mengenai undang-undang dan kepolisan diselit di dalam novel. 

 

eBook penuh boleh didapati di E-Sentral.com
https://www.e-sentral.com/book/info/271737/jejak

[SNEAK PEEK] FAMILI TUAN IHSAN

Famili Tuan Ihsan by Sara Kyoko

 

“MACAM mana dia balik semalam?”

“Entahlah. Mahu makan berjam-jam jugak dia menunggu kereta. Rasanya, kawan dia yang jemput. Lelaki muda. Badan sedap-sedap. Bukan main lagi diaorang berpelukan tau.”

“Aik? Pulak? Bukan perempuan tu isteri Tan Sri Hasnan ke?” tanya Kak Maznah dengan suara naik seoktaf.

“Sepatutnyalah. Tapi, kalau memang dah jahat tu, apa nak dihairankan? Takkan korang tak dengar semalam apa yang dia cakap kat meja makan? Nasib baik aku masih sabar, kalau tak…”

“Kalau tak, apa?” tanya Haziq dengan nada mengejek. Tahu sangat dengan auta Yusri.

“Takde apa-apa sangatlah. Tuan kan ada kat situ. Takkan aku nak buat onar depan tuan? Haih! Kalau bukan tuan arahkan aku supaya tunggu, aku biarkan aje minah tu. Tak kisahlah kalau dia kena culik kat jalan sunyi tu. Apa barang aku yang kena tunggu perempuan tu, suami dia sendiri pun dah bagi dia telan asap BMW dia.” Tegas Yusri.

Tak seronok langsung apabila Tuan Ihsan arahkan dia untuk menunggu sampailah perempuan jahat itu selamat menaiki kenderaannya. Apabila Yusri beri tanda hendak protes, Tuan Ihsan dengan gaya machonya selamba berkata.

‘Kalau ada apa-apa berlaku kat dia, saya yang akan kena, Yusri. Sebab dia masih lagi berada di atas tanah milik saya. Faham?’
Terpaksalah Yusri akur. Faham sangat maksud Tuan Ihsan tu. Kalau perempuan jahat tu kena culik ke, rogol ke, bunuh ke, mestilah akan menjejaskan nama baik Tuan Ihsan. Ini kan tanahnya? Dan, kalau kedudukan Tuan Ihsan terjejas, apa jadi dengan diaorang semua? Pastilah terkena tempiasnya. Mahu tidak mahu, terpaksa juga Yusri menunggu sampailah perempuan tu berhambus.

“Aku dengar Farid kata, Tan Sri Hasnan dah ceraikan perempuan tu, betul ke?” tanya Haziq pula.

“Haah, Ziq. On the spot. Padan dengan muka dia. Kurang ajar sangat. Bayangkan ajelah apa perasaan tuan bila air mukanya dibuat main-mainan oleh perempuan tu. Tak reti nak hormat orang. Jangankan orang luar, dengan suami dia sendiri pun dia biadab.”

“Mujur ada Farid semalam, kan? Kalau tidak, perempuan tu dah selamat tangankan Ilyas. Aku tak berani nak fikir apa yang tuan akan buat kalau benda tu berlaku.”

“Betullah, Ziq. Aku kira lepas ni, habislah karier Tan Sri Hasnan. Aku dengar, Tan Sri tu dah banyak terhutang budi dengan tuan. Lepas apa yang berlaku, tak tahulah kalau tuan cukup berbesar hati untuk lupakan semuanya. Kalau aku, minta maaf banyak-banyaklah.”

“Berani betul perempuan tu angkat tangan kat Ilyas kesayangan aku. Kalau ikut hati, nak aje aku ajar muka perempuan tu. Nasib baik aku sibuk kat dapur,” marah Kak Maznah pula. Muka berkeriut menahan rasa. Memanglah Kak Maznah tu, sayang benar dekat Ilyas.

Seroja yang dari tadi cuma menjadi pemerhati, termenung memandang ke hadapan. Kenapa hatinya rasa tak sedap? Sejak subuh tadi, asyik berdebar-debar aje. Seroja menepuk-nepuk dada, dengan harapan, debaran halus menghilang begitu sahaja.

“Senak ke? Nak akak buatkan susu suam?” tanya Kak Maznah tiba-tiba, mematahkan lamunan Seroja.

Seroja menggelengkan kepala.

“Tak naklah kak. Hati orang rasa tak sedaplah kak. Kenapa agaknya, eh?”

“Pembawaan budak agaknya.” Sampuk Haziq.

“Takkanlah. Ini rasa lain macam. Bukan macam morning sickness, Abang Haziq.”

“Atau kau tak sedap hati sebab perasaan kau terbawa-bawa dengan kes semalam, kut? Marah tak habis dikeluarkan. Tu yang dada jadi bungkam tu.” Teka Yusri pula.

“Mungkinlah agaknya. Eh? Budak-budak dah siap ke kak?”

“Dah. Tuan cakap nak bawak jalan-jalan aje, bukan main happy semua. Akak pun terlebih happy. Tak pernah-pernah tuan ajak kita semua keluar beramai-ramai macam ni. Macam rombongan meminanglah pulak.” Seloroh Kak Maznah, sempat memeriksa gincu di bibirnya pada belakang buntut periuk steel yang berkilat serupa cermin.

“Pak cik rasa bersalah tu, kak. Sepatutnya, lepas aje makan malam semalam, pak cik nak buat gathering untuk kita-kita aje. Sempena mother’s day. Tapi, pasal si hidung serombong kapal tu, semua pun dah hilang mood. Tu yang dia nak gantikan dengan hari ni.”

“Sebenarnya, tuan tak perlu buat begini. Tapi, kalau dah terlanjur nak buat, bagus jugak. Hehehe…” ujar Yusri sambil menayang sengihnya.

“Patutlah beria-ia tuan suruh Logan telefon Hawa semalam, minta cuti untuk budak berlima tu, termasuk Hakeem dengan Shamil. Rupanya sebab nak bawak jalan-jalan.” Haziq ukir senyuman gembira. Rasa terharu sebenarnya.

Tuan Ihsan tidak lupa anak-anaknya. Hari jadi Hakeem pun disambut serentak dengan Iman, Iqram dan Ilyas semalam. Tuan Ihsan sebenarnya tidak perlu berbuat begitu. Dia cuma pekerja yang makan gaji. Tapi, Tuan Ihsan layan mereka semua seperti keluarga.

“Vi dengan Ratnah mana Abang Yus? Abang Haziq?”

“Ratnah nanti datang menyusul. Dia hantar Hareez kat rumah mentua abang dulu. Fathin mana? Semalam dia tak datang pun. Shafiq dan Tok Din pun tak jadi datang, kenapa?”

“Tok tak sihat semalam. Pak Su Shafiq tak nak tinggalkan tok sendiri. Tu yang diaorang tak jadi nak datang tu.” Jelas Seroja dengan suara yang perlahan.

“Vi pulak tak dapat nak ikutlah Seroja. Dah sarat sangat tu. Dia rehat kat rumah mak mentua abang. Kalau ikutkan hati, dia nak sangat lepak dengan kau. Tapi, abang takut dia terberanak kat atas jalan. Naya!”

Seroja mengangguk perlahan. Soalan tadi cuma salah satu untuk menutup gementar yang bertandang lagi. Kenapa ni? Ada apa yang tak baik nak berlaku ke? Atau ini semua perasaan aje? Dia jadi sangat-sangat terganggu, sehingga segala urusan untuk menyiapkan anak-anaknya diserahkan saja kepada Gia dan Mona bulat-bulat.

Mujur Tuan Ihsan tidak banyak tanya. Sangkanya, mungkin mood Seroja tidak bagus kerana pembawaan budak. Kalau tidak, jenuh juga nak bersoal jawab. Buat masa sekarang, dia malas hendak bercakap tentang perasaannya yang ganjil itu.

“Kau okey tak ni, Seroja? Blur semacam aje?” Yusri gawang kedua tangan di hadapan Seroja. Risau juga dia melihat muka Seroja yang monyok saja. Trauma pasal semalam ke? Takkanlah kut? Budak Ilyas tu okey aje. Takkan Seroja pulak yang trauma?

“Orang okey aje, Abang Yus.”

Kak Maznah, Haziq, dan Yusri saling bertukar pandangan. Apa kena dengan Seroja?

“Semua dah siap?” Berpasang-pasang mata tertumpu kepada Tuan Ihsan yang berdiri tegak, sambil mendukung kedua puterinya di pinggang kiri dan kanan. Kedua-duanya masih lagi dengan muka yang sedikit mamai dan masih mengantuk. Tak habis-habis belakang tangan menggosok kelopak mata.

Beberapa langkah di belakang, Iman, Iqram dan Ilyas datang menyusul dengan pakaian yang sedondon.

“Mommy! Dah siap?” jerit the triplets serentak.

“Dah.” Jawab Seroja perlahan.

“Yeah! Lets go!!!”

“Mana Ratnah dengan Hakeem?”

“Nanti Ratnah menyusul tuan.”

“Kenapa tak jemput saja Ratnah dengan Hakeem, Haziq? Bawak mana aje kereta kat luar tu. Jumpa kat restoran Dato’ Sayf. Saya dah buat tempahan untuk makan tengah hari kat sana. Logan dan Hawa pun akan tunggu kita di sana.”

“Baik, tuan.”

“Kita nak bawak kereta mana ni, tuan?”

“Bawak aje mana-mana, Yusri. Biarkan Gia dan Mona satu kereta dengan anak-anak saya. Kamu jaga mereka. Saya akan bawa kereta sendiri. Maznah nak ikut kereta mana? Dengan saya dan Seroja?”

“Err… takpelah, tuan. Biar tuan dengan puan berdua. Saya boleh naik kereta dengan anak-anak. Boleh tolong Gia dengan Mona.” Jawab Kak Maznah tersipu-sipu.

“Okey, jom baby.” Tuan Ihsan mengerutkan dahinya. Pelik dia melihat Seroja yang masih lagi termenung panjang. Morning sickness ke? Takkanlah. Dua kali Seroja mengandung, waktu morning sicknessnya hanya bermula pada bulan kedua kehamilan. Kalau bukan pasal morning sickness, pasal apa?

Mata memberikan isyarat kepada Gia dan Mona untuk mengambil Ibtisam dan Imtihal dari dukungannya. Bila semua orang sudah hilang dari pandangan, dan akhirnya cuma dia dengan Seroja yang tinggal, Tuan Ihsan mendekati Seroja.

“Baby…”

Senyap.

Apa saja yang Seroja fikirkan sampaikan nama dipanggil pun tidak dengar?

“Baby…” Bahu Seroja disentuh perlahan.

“Hah???” Seroja tersentak.

Tuan Ihsan mengerutkan keningnya. Macam ada yang tak kena dengan isterinya itu. Dia perasan sejak solat subuh tadi, Seroja asyik termenung saja.

“Kenapa ni?”

Seroja cuma menggelengkan kepala.

“Rasa tak sedap badan.”

Tapak tangan Tuan Ihsan melebar ke atas dahi Seroja.

“Tak demam. You okey tak ni, baby? Nak jumpa doktor tak?”

“Tak perlu. Jomlah. Budak-budak dah excited tu. You should see muka Ilyas bila I kata kita nak bawak semua orang jalan-jalan hari ni. Over the moon!” cerita Seroja dengan nada dan wajah yang dibuat-buat ceria.

“Kalau you tak sihat, kita singgah ke klinik Doktor Hasnah, okey?”

“Tak perlu. Kita pergi sekarang, daddy. Jom!” Seroja berlalu, namun pergelangan tangannya dilelar oleh Tuan Ihsan. Seroja perhatikan tangannya.

“Ada sesuatu yang tak kena. I boleh rasakan. Kenapa? Apa dia yang mengganggu fikiran you?” lembut saja nada suara Tuan Ihsan bertanya. Seperti memujuk lagaknya.

Seroja mengeluh kecil. Tangan melingkar di pinggang, dan muka disembamkan ke dada Tuan Ihsan. Terasa tapak tangan Tuan Ihsan yang panas, mengusap-usap kepala dan belakangnya. Seroja memejamkan mata. Rasa selesa sangat. Buat seketika, dia lupa tentang perasaan yang tidak enak itu.

“Kenapa ni, hmm?”

“I tak tahu kenapa. Hati I rasa tak sedap sejak subuh tadi. You rasa kenapa, ya?”

“You masih terfikir pasal semalam, kut?”

“No. Ini bukan pasal semalam. I sangat-sangat pasti.”

“Habis tu?”

Seroja mendongakkan kepalanya. Matanya bertaut dengan mata Tuan Ihsan. “I fikir, kita batalkan sajalah rancangan hari ni, daddy. I betul-betul rasa tak sedap hati.”

“Batalkan? Kesian dengan anak-anak. Dah bersiap. Yang lain pun tinggal menunggu kita saja. Tak baik kecewakan orang, baby.” Pujuk Tuan Ihsan.

“Hmm…”

“I tell you what, kita jangan batalkan. But, kita boleh pendekkan masanya. Sekurang-kurangnya untuk kita dan anak-anak. Biarkan saja pembantu semua bercuti. Semalaman diaorang bekerja untuk makan malam semalam. Mesti penat. Lagipun, I nak diaorang tak rasa terkongkong sangat kat banglo ni.”

Seroja mengangguk kecil. Betul jugak. Bukan main merah gincu Kak Maznah. Kalau tak jadi jalan, kesian pulak. Sudahlah Kak Maznah berusaha satu pagi memujuk Chef Kahfi ikut serta, tapi ditolak.

Seroja koyak senyuman kecil.

“Hey! Is that a smile I see?” Tuan Ihsan mengetatkan lagi pelukannya. “Jadi, semua dah okey tak ni?” sambung Tuan Ihsan lagi. Kepala Seroja yang berbungkus tudung dicium berkali-kali.

“Selagi I ada you, semua yang tak okey pun boleh jadi okey, daddy.”

“Cheesy… but I like it.” Tuan Ihsan menundukkan sedikit kepalanya untuk menuntut bibir Seroja.

“Daddyyy! Mommyyy! Cepatlah. Iyas nak catch pokemon ni!” jerit Ilyas di muka pintu.

Seroja dengan Tuan Ihsan bertukar pandangan. Senyuman nipis terkoyak di mulut masing-masing.

“Baik kita keluar sekarang sebelum semua tentera kecil datang.”

“Jom!”

 

eBook penuh boleh didapati di E-Sentral.com
https://www.e-sentral.com/book/info/271740/Famili-Tuan-Ihsan

[SNEAK PEEK] AKU

AKU oleh Shaz Johar

Aku, 45 tahun.

Dua hari selepas itu, Danial terus hilang tanpa khabar berita. Setiap panggilan yang aku buat, jika dihitung tentu sudah lebih 100 kali jumlahnya, tidak satu pun yang berjawab. Aku juga telah pergi ke rumahnya. Pintu pagarnya bermangga, pintu depannya berkunci. Jika benar dia telah diserang dan diikat di dalam rumah, penyerang kali ini lebih bijak menyempurnakan tugasan yang dilakukan.
Hatiku bimbang dan dalam masa yang sama sakit. Ingin menghubungi tuan rumah dan meminta untuk memeriksa di dalamnya, aku tidak tahu rumah itu milik siapa. Ingin menghubungi pihak polis, aku kira polis juga tidak mahu membantu memandangkan tiada sebab untuk mereka mengesyaki apa-apa selain beranggapan yang mungkin dia telah melarikan diri.
Wajah Anna yang sedang mentertawakanku sambil menyalakan sebatang rokok di bibirnya terbayang-bayang. Tentu berkepul-kepul asap yang keluar dari mulutnya bak awan di udara saat dia ketawa berdekah-dekah. Tentu dia akan memadankan mukaku kerana tidak mendengar pesannya berkali-kali supaya melupakan lelaki itu. Tentu dia senang juga bila melihat cintaku kecundang sekali lagi di kala dia sedang bergembira dengan kekasih barunya.
Untuk mengalihkan perhatianku daripada berfikir yang bukan-bukan, aku luangkan masa yang ada dengan mengemas rumah. Lama juga aku menyapu, mengemop dan menyental lantai, dari ruang tamu ke bilik ke bilik air sehingga aku benar-benar kepenatan. Biasanya aku lebih rela mengupah pekerja Nepal yang juga membersihkan dua tiga buah rumah jiran yang lain untuk lakukan kerja-kerja buruh itu.
Tubuh yang berpeluh-peluh aku campakkan ke sofa setelah semuanya selesai. Telefon bimbit yang masih sunyi tidak menerima sebarang balasan daripada Danial, aku hanya lirik dengan tepi mata. Hajat di hati mahu keluar tetapi aku tidak tahu ke mana mahu dituju. Aku perlu tenangkan fikiran.
Perut berbunyi. Dari terbaring, aku bangun dan berjalan ke dapur untuk membuka peti sejuk yang kosong. Sudah lama aku tidak membeli-belah. Yang tinggal cuma beberapa keping roti yang sudah dekat dengan tarikh luput dan mentega kacang yang tinggal separuh botol. Mungkin itu boleh dijadikan alasan kenapa aku harus keluar rumah. Mungkin aku perlu ke kedai runcit atau ke pasaraya atau setidak-tidaknya ke kedai mamak untuk mengalas perut. Mungkin aku perlu kisahkan Sari juga, kesian sudah lama aku tidak memasak untuknya.

──●──

Aku letakkan telefon ke bawah. Mata memberi tumpuan kepada keadaan di dalam kafe yang sunyi itu. Silingnya rendah dan lampunya sentiasa malap, memang lokasi strategik untukku duduk berteleku dan berfikir. Kopinya tidak berapa enak dan mahal. Pertama kali aku datang ke situ dulu hanya kerana mahu mencuri wifi percumanya. Kali kedua aku datang pula kerana baristanya masih muda, bergetah dan kacak.
Mungkin Danial telah dibelasah teruk oleh kekasih baru Anna, si Hashim Muhammad itu, fikirku. Mungkin lelaki itu telah membalas dendam dan mencampak tubuh Danial ke mana-mana. Mungkin Danial telah dipukul hingga hilang ingatan dan merayau-rayau tanpa hala tuju seperti gelandangan. Atau mungkin juga dia telah mati.
“Kenapa you suka fikir yang bukan-bukan?” tanya Julia yang tiba-tiba muncul dengan secawan kopi di tangan. Dia duduk di depanku, wajahku dipandangnya semacam.
“Dah lama tak nampak. Mana you pergi?” soalku semula.
Dia menghidu aroma kopi itu sebelum memasukkan dua bungkus gula perang dan mengacaunya perlahan. “I takkan datang kalau you yang tak panggil I, Ghaz.”
“Bila I panggil you?”
Dia tersenyum. “Bila you dah lupa diri macam ni?”
Aku mencebik, tidak percaya.
“Sari apa kabar?”
“Bahagia. Lebih bahagia daripada I.”
“Hm?”
“Hm. Dia dah ada girlfriend. I dah tau dah selama ni kenapa dia jauhkan diri dia daripada I, dia malu nak ngaku depan I dia tu siapa sebenarnya.” Aku menggulingkan mata. “Tapi kita orang OK dah sekarang ni. You support apa juga pilihan dia, kan?”
Julia hanya tersenyum sambil menopang wajahnya dengan kedua-dua belah tangan.
“You support apa juga pilihan I, kan?”
“I love you both.” Itu saja jawapannya.
“Thank you. You tau tak, dulu masa I kecik, mak I selalu bagi I makan lauk kambing jantan. Dia kata biar I jadi kuat sikit. Jadi jantan. Jangan nak lembik-lembik. Nenek I marah. Dia takut I kena darah tinggi.”
Kami berdua ketawa.
“Tak lama lepas tu, mak I letak pulak poster Farrah Fawcett kat atas katil I. I terfikir, dia letak poster tu sebab dia support yang I suka gila kat Farrah Fawcett sebab nak jadi macam perempuan tu ke, atau dia nak I jadi macam lelaki lain yang suka gila kat Farrah Fawcett sebab nak main dengan perempuan tu. I is konfius.”
“You dengan Mak you sama je mengarut.”
Kami berdua ketawa lagi.
“Danial hilang lagi, Jules. Dia dah janji nak jumpa Sari tapi dia pilih untuk hilang balik,” kataku selepas keadaan kembali tenang.
Wajah Julia berubah. “Dia pernah ke serius dengan you?” soalnya lembut.
“Tapi dia janji nak sehidup semati dengan I. Tak nak lari-lari lagi. Ajak I hidup sama-sama kat Paris. Takkan dia tak maksudkan apa yang dia cakap tu? Takkan semua tu main-main?”
“Dia pernah ke serius dengan you, Ghazi…?” ulangnya.
Aku terdiam.
“Do you want more coffee, Sir?” sapa barista kacak yang sedang mengemas meja di sebelah. Di bahunya tersangkut sehelai tuala putih. Sebelah tangannya memegang dulang berisi cawan kotor, sebelah lagi mencekak pinggang. Wajahnya berjambang kemas. Rambutnya hitam lebat. Hidungnya mancung. Kulitnya licin sawo matang. Persis Hindustani.
Aku memandangnya sambil tersenyum. “No thanks,” jawabku sebelum mengalihkan pandangan ke arah kopi yang tinggal sedikit dan tempat duduk Julia yang sudah kembali kosong.
“Hot chocolate? Tea?”
“Maybe just your number,” gurauku.
Dia tersenyum. Sekeping kertas dan sebatang pen dari dalam apronnya dikeluarkan. Dia mula mencoretnya dan menghulurkannya kepadaku. “Kaisar,” dia memperkenalkan diri. “Text me,” tambahnya sebelum pergi ke dapur.
Aku terkesima.

──●──

“Uncle Danial hilang. Papa tak dapat contact dia dah dua hari. Papa tak tau dia pergi mana,” jelasku pada Sari yang kecewa aku sekali lagi tidak menepati permintaannya. “Bukan Papa saja-saja tak nak dia datang, memang Papa nak kenalkan dia dengan Sari, dengan Shi sekali, tapi Papa tak tau apa yang dah jadi kat dia.”
Sari dan Shi berpandangan.
“Uncle rasa bapak saya yang punya kerja ke?” tanya Shi.
“Papa ingat dia kena pukul dengan bapak Shi?” tanya Sari pula.
“Tak tau. Uncle tak nak tuduh sesiapa. Ayah Shi ada cakap apa-apa tak?”
“Tak. Saya dah seminggu tak jumpa dia, Uncle.”
“Outstation lagi?”
Dia mengangguk.
“Ayah Shi kerja apa?”
Dia menggeleng pula kali ini. Katanya dia sendiri tidak tahu apa pekerjaan sebenar bapanya itu. Setiap hari orang tua itu akan hilang seawal pagi dan hanya pulang setelah lewat malam. Kadang-kadang tidak pulang langsung untuk berhari-hari. “Bila tanya kat Mak, dia akan cakap Ayah buat bisnes. Bisnes apa, kita orang tak tau.”
“Bisnes import-eksport agaknya,” usikku.
“Cukup bulan dia akan bagi Mak duit dan bila kelapangan dia akan bawa kami satu family jalan-jalan,” sambung Shi lagi.
Bapanya sukakan makanan jadi percutian mereka sekeluarga biasanya ke tempat-tempat yang terkenal dengan makanan saja. Shi tidak ingat apa yang biasa mereka lakukan sewaktu bercuti selain berjalan mengikuti tangga-tangga dan lorong-lorong kecil yang membawanya ke sebuah warung makanan atau restoran terpencil entah di ceruk mana. Bapanya akan menyuruh dia dan adik-adik memesan apa saja tanpa khuatir langsung tentang harga, manakala ibunya pula akan kerap membantah.
Kemudian mereka berdua akan bertelagah di depan rezeki dan seterusnya bersambung ke bilik hotel dan mungkin berakhir dalam perjalanan pulang ke Kuala Lumpur. Mungkin. Dia dan adik-adiknya yang sudah masak dengan kerenah ibu bapa mereka itu hanya memilih untuk tidak langsung mahu peduli. Masing-masing lebih rela mengisi perut.
“Saya boleh tanya mak saya kalau dia tau apa-apa,” tambahnya lagi.
“Please. Uncle ingat nak buat report polis kalau still tak ada berita apa-apa daripada dia esok.”
“Dah tanya Auntie Anna?” tanya Sari pula.
Geleng. “Papa dah tak cakap dengan dia. Dia ingat Papa yang pukul bapak Shi.”
Sari dan Shi terdiam.
Aku hanya menghela nafas.

──●──

Telefon di atas meja berdering ketika fikiranku betul-betul sedang berserabut. Kusangkakan panggilan daripada Danial tetapi rupa-rupanya nama Anna yang tertera di skrin. Aku mengeluh kecil. Sudah berpuluh kali aku menghantar pesanan dan membuat panggilan kepada perempuan itu sebenarnya tetapi baru kali ini dia tergerak hati mahu membalas.
“Apa yang kau nak?” soal Anna sebaik aku mengucapkan hello.
“Waalaikumsalam,” balasku. “Aku nak jumpa kau. Aku nak kita berdamai. Boleh?” pintaku dengan sopan. Walaupun aku tahu dia masih marah pada benda yang tidak aku lakukan, aku kira lebih baik jika aku mengalah saja dan berusaha mencari jalan penyelesaiannya. Aku sudah penat mahu bergaduh dengannya lagi.
“Tak. Jangan call-call aku lagi, jangan cari-cari aku lagi,” balasnya kasar.
“Anna, please…”
“Kau nak apa daripada aku sebenarnya ni?”
“Aku cuma nak tanya, kau ada dengar cerita apa-apa pasal Danial tak?”
Dia ketawa terbahak-bahak. “Kenapa? Jantan puaka tu dah lari tinggalkan kau balik?”
Aku terdiam.
“Kenapa kau tanya aku? Kenapa kau tak gi balai, buat report orang hilang?”
“Esok. Esok aku buat report. Sekarang ni aku nak tanya kau dulu, kot-kot kau tau apa yang boyfriend kau, si kaki pukul tu, si laki orang tu, dah buat apa kat dia.”
“Nonsense.” Dia menamatkan talian.
Aku menekan namanya sekali lagi. Hanya sekali dering sebelum panggilan aku dijawab.
“Kau ni faham bahasa ke tidak?”
“Anna, please. Kalau kau tau apa-apa, please bagitahu aku. Tanya boyfriend kau tu, dia ada belasah Danial ke tidak.”
“Kau ni dah kenapa, Ghazi? Kau ni kenapa tak nak faham-faham? Umur kau tu dah berapa sebenarnya ni? Kenapa perangai kau sama je macam perangai anak kau tu?”
“Sari tak ada kena-mengena dalam hal ni, appreciate kalau kau tak sebut nama dia.”
Dia ketawa lagi. “Kalau dia yang tak sibuk-sibuk pasal hubungan aku, mesti kau pun tak ada kena-mengena dalam hal ni, Ghazi.”
Aku mengaduh. “Please tanya boyfriend kau tu, Anna. Aku syak dia dah buat apa-apa kat Danial. Please… aku merayu ni.”
“Tak payah! Aku suggest kau tu better buat solat ghaib. Mudah-mudahan Allah boleh tolong!” sindirnya sebelum mematikan talian sekali lagi.
Aku campak telefon di tangan ke sofa. Dari duduk, aku bangun, duduk semula, kemudian bangun sekali lagi dan berjalan ke dapur untuk bermundar-mandir di situ seketika sebelum keluar semula dan terus ke balkoni. Aku berdiri di tepi tingkap, memandang ke luar dan dalam kepala waktu itu mula memikirkan tentang rokok semula. Tidak. Jangan. Aku perlu alihkan perhatian. Lalu aku duduk ke sofa dan capai telefon dan kunci kereta.
Aku harus ke balai polis. Malam itu juga aku harus membuat aduan.

──●──

Borang yang sudah siap diisi diserahkan kepada pegawai polis itu. Segala butir lengkap tentang Danial aku beri. Nama penuhnya, nama samaran, umur, alamat rumah yang didiaminya, nombor telefon dan alamat e-mel. Begitu juga dengan penerangan fizikalnya seperti tinggi, berat, warna rambut, misai, janggut, kacamata yang kadangkala dipakainya, aksesori, pakaian dan lain-lain. Sekeping gambar juga disertakan untuk memudahkan lagi urusan mencari.
“Ni nombor telefon awak?” tunjuk pegawai polis itu pada nombor yang aku tulis di atas borang itu juga. “Ada contact number lain? Nombor family dia?”
Aku menggeleng. “Tak ada. Saya tak kenal family dia.”
Pegawai polis itu meletakkan pen. Wajahku direnung. “Awak kata awak rapat dengan dia, tapi awak tak pernah kenal family dia?”
“Ya. Saya dah lama tak jumpa dia, dia tinggal kat Paris sebelum ni. Dia sepatutnya balik next week. Tapi dah lebih 48 jam dia hilang.”
“Dia tak cakap ke dia nak pergi mana-mana? Mungkin dia bercuti ke mana-mana ke?”
“Tak. Tak pernah.”
Pegawai polis itu terus tekun membaca borang di depan matanya itu. “Apa hubungan awak dengan dia?”
“Kawan.”
“Kawan…”
“Karib.” Niat di hati mahu menyebut perkataan istimewa tetapi aku sendiri terasa malu untuk menuturkan perkataan itu.
Dia mengangguk. “Tapi tak pernah kenal family dia.”
“Yes. Tak pernah. Salah ke?”
Dia hanya menggeleng. “Dia ada amik dadah? Minum?”
“Tak tau. Saya tak pernah nampak dia amik benda-benda tu semua.”
“Kali terakhir awak nampak dia dengan siapa?”
Setahu aku dia sudah menanyakan soalan itu tadi. “Dengan saya. Saya tidur rumah dia. Dia tinggal kat Airbnb. Esoknya dia hilang. Saya pergi rumah tu, dah berkunci. Saya call, tak angkat. So saya tak tau apa sebenarnya yang dah jadi kat dia.”
“Awak tau kalau-kalau dia ada masalah kat luar? Masalah relationship ke? Masalah kewangan? Masalah kat tempat kerja? Masalah dengan orang lain?”
Geleng. Aku tidak mahu menuduh yang dia dipukul. Aku tidak mahu bercerita juga yang dia telah membelasah orang. Aku takut mahu membuka pekung sesiapa, terutama diri sendiri. “Kenapa, Encik? Awak ingat dia dah lari ke? Bukan kena culik? Bukan kena bunuh?”
“Kita fikirkan apa juga kemungkinan. Mungkin dia lari untuk cari ketenangan kat tempat lain, tak nak diganggu. Ada banyak kes macam tu. Polis tak boleh buat apa-apa kalau dia yang volunteer lari sendiri. Dia dah dewasa.”
“Mungkin polis boleh masuk rumah tu dan tengok luggage atau passport dia ada ke tidak. Kalau ada, tak mungkin dia lari sehelai sepinggang, kan?”
Pegawai polis itu terangguk-angguk.
Aku meramas jari-jemari yang kesejukan. “So?”
“Awak balik rumah dulu. Berehat. Nanti kami akan panggil kalau ada apa-apa berita.”
Pangkal hidung dipicit. “Berapa lama saya kena tunggu, Encik?”
“Kami akan cari dia sampai dapat. Awak jangan risau,” kata pegawai polis itu sambil tersenyum. “OK?”
“OK,” jawabku sambil menghela nafas.

──●──

Malam itu sebaik pulang dari balai polis, aku terus terlelap di atas sofa. Mungkin kepenatan kerana fikiranku terlalu bercelaru, mustahil aku dapat lena dengan pantas begitu saja. Dan dalam tidur, aku bermimpi sesuatu yang dahsyat.
Aku berada dalam satu perjalanan yang panjang. Tiada apa di sekeliling jadi aku tidak tahu bagaimana aku boleh berada di atas jalan itu, memandu seorang diri. Jam di dalam kereta menunjukkan pukul 3 pagi. Jam tangan 4. Manakala di telefon bimbit, pukul 11. Aku tidak pasti mana satu yang betul.
Keretaku berhenti ketika aku terlihat ada sebuah kereta lain tersadai di tepi sebuah tapak pembinaan. Mulanya aku mahu biarkan saja kereta itu. Telahanku mungkin ia rosak dan ditinggalkan oleh tuannya, menunggu orang untuk datang membaiki apabila matahari muncul kelak. Atau mungkin juga ia kepunyaan pekerja di tapak pembinaan itu sendiri yang memang sengaja meninggalkannya di situ. Tetapi apabila aku lihat pintu depannya terbuka sedikit, aku mulai berasa curiga.
Naluriku mendesak, memintaku untuk menyiasat. Mungkin ada orang yang sedang melakukan onar di dalam kereta itu. Pasangan yang sedang menongkah arus asmara. Yang sedang leka menggoncang nyiru kasih. Mengetuk, mengayak, meninting, menimbang, tanpa pedulikan mata-mata kecil yang mengintai. Mungkin aku patut sergah saja mereka agar mereka lari lintang-pukang cuba menyelamatkan diri.
Tetapi apa yang aku harapkan tidak menjadi kenyataan. Ketika aku menyuluh untuk melihat apa yang ada di dalamnya, aku temui Danial dalam keadaan separuh bogel. Dia telah mati. Mayatnya telah hampir reput, terbaring di tempat duduk belakang, dengan tangan dan kakinya terikat. Seluarnya sudah terlucut sehingga ke pangkal lutut. Baju kemejanya tertanggal. Mulutnya pula telah disumbat dengan sehelai tuala Good Morning yang sudah lusuh bercampur kesan darah lama.
Aku terus menjerit sekuat hati sehingga membuatkan aku terjaga dari tidur. Tubuhku berpeluh-peluh. Kepala terasa benar-benar pening, berputar-putar seperti mahu pitam. Nafas sesak. Dan otak mula memikirkan seburuk-buruk perkara.
Bagaimana jika Danial benar-benar ditemui mati?

 

eBook penuh boleh didapati di E-Sentral.com
https://www.e-sentral.com/book/info/271732/AKU