Anugerah Citra Sahabat 2015 dari Dewan Bahasa dan Pustaka

Pada 1 Oktober (Khamis), e-Sentral telah menerima Anugerah Citra Sahabat DBP 2015 bagi kategori sektor swasta. Anugerah tersebut telah disampaikan oleh Ketua Setiausaha Kementerian Pendidikan, Tan Sri Madinah Dr. Madinah Mohamad kepada Pengarah Urusan e-Sentral iaitu Tuan Syed Muhammad Faiz. Penyampaian anugerah  ini adalah bersempena dengan Majlis Hari Inovasi DBP yang berlansung di Auditorium DBP.

IMG_8071

Penyampaian Anugerah oleh Ketua Setiausaha Kementerian Pendidikan, Tan Sri Madinah Dr. Madinah Mohamad

Dalam majlis itu, portal e-Sentral juga turut dilancarkan di dalam pameran Hari Inovasi DBP tersebut yang mana ebuku-ebuku DBP kini boleh didapati juga di portal e-Sentral, www.e-sentral.com

IMG_8040

Booth E-Sentral di Pameran Hari Inovasi 2015