Ada Apa Dengan… Aulia Iman

Antara karya dari Aulia Iman

Hello readers.

Sudah lama kita tidak bertemu. Bagi sesi temu bual bersama penulis kali ini kami telah memilih seorang penulis yang karyanya pernah diadaptasi ke drama. Beliau merupakan penulis bagi novel Pujaan Hati Kanda dan Pengantin Lelaki untuk Cik Gadis. Dah dapat dapat agak siapa penulis ini? Penulis yang kami maksudkan ialah Aulia Iman. Jom kenali beliau dengan lebih lanjut.

1. Siapa yang memberi inspirasi untuk Aulia Iman menulis?

Minat pada bidang penulisan tu sendiri. Daripada minat, ia bertukar menjadi kerjaya sampingan selain menjadi suri rumah sepenuh masa.

2.Apa makanan kegemaran anda?

Nasi lemak sambal ikan bilis, timun lebih tanpa kacang menjadi kegemaran

3.Siapakah penulis kegemaran anda? (tak kisah luar negara or dalam negara)

Fauziah Ashaari

4.Apakah novel kegemaran Aulia Iman? (tak kisah luar negara or dalam negara)

Kemelut kasih by Manera Muhammad

5.Ada haiwan peliharaan tak di rumah?

Tiada pet.

6.Jika anda diberi peluang untuk melancong secara percuma, ke manakah anda mahu pergi dan mengapa?

Turki. Nak tengok sejarah perkembangan Islam di sana. Tapi belum berkesempatan. Insya-Allah moga satu hari nanti ada rezeki untuk ke sana.

eBook Terbaharu Aulia Iman

7.Apakah Aulia Iman merancang untuk menulis dan produce novel terbaru? 

Yes. Dalam perancangan. Tajuknya Noda Cinta Semalam & Married Mr. Charming.

8.Apakah pesanan Aulia Iman kepada pembaca di luar? 

Selamat membaca dan manfaatkan masa terluang dengan bacaan. Bangsa berjaya adalah bangsa yang membaca. Teruskan sokongan anda terhadap industri buku di negara kita. 😊

9.Pada pandangan Aulia Iman, apa istimewanya novel Aulia Iman berbanding novel lain di pasaran?

Novel penulis lain juga bagus dan ada pengisiannya. Masing-masing ada kelebihan tersendiri. Begitu juga dengan novel tulisan saya. Sudah tentunya diselitkan dengan nilai-nilai murni dan serba sedikit info semasa.  Sambil membaca sambil beroleh ilmu dan pengetahuan.
10.Dari mana Aulia Iman selalu dapatkan ilham untuk menulis? Ada yang dari pengalaman sendiri ke?

Pengalaman sendiri memang tiada. Tapi pengalaman dan pemerhatian sekitar. Isu-isu semasa dan kisah-kisah viral.

11.Apa rutin harian Aulia Iman? Ada yang rare tak?

Tiada yang rare. Tapi biasanya suka habiskan masa dengan membaca dan  layan movie. (Jarang ada masa sebab kekangan waktu)

12.Describe diri Aulia Iman dalam 3 patah perkataan?

Pemalu. Manis dan unik. Hahaha…. 🤣🤣🤣🤣

13.Selain Bahasa Melayu, Bahasa Inggeris, Apa lagi bahasa lain yang Aulia Iman kuasai?

Hanya itu sahaja. Bahasa arab pernah  belajar tapi dah lupa. 

 

Okey itu sahaja slot temu bual kita bersama Aulia Iman. Kami mendoakan semoga karya cik akan terus mewarnai industri buku negara dan terus sukses menjadi penulis tersohor!

https://www.e-sentral.com/author/filter/au_47181_aulia-iman/~

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *