Isu pengangguran telah menjadi satu isu sensitif kepada masyarakat terutamanya bagi para graduan. Pengangguran merupakan satu penyakit era globalisasi yang semakin menular ke negara ini. Saban tahun negara kita dikejutkan dengan isu kegagalan para graduan untuk memperoleh pekerjaan. Lagi menghampakan, seramai 32, 000 graduan gagal mendaptkan perkerjaan selepas enam bulan menamatkan pengajian daripada institusi pengajian tinggi (IPT) di negara ini.
Buku Panduan Ringkas Graduan Mencari Kerja ini dapat dijadikan garis panduan bagi graduan yang baru sahaja menamatkan pengajian mereka daripada institusi pengajian tinggi. Ia serba sedikit dapat memberikankan gambaran kepada graduan mengenai dunia perkerjaan. Ia juga dapat membantu para graduan bagi mengenalpasti ciri-ciri perkerja yang digemari oleh pihak majikan dan juga dapat mengenalpasti kemahiran-kemahiran lain yang digemari secara umum oleh majikan bagi meningkatkan lagi kebolehpasaran seseorang graduan itu. Dengan adanya buku panduan ini, ia dapat membuka minda graduan untuk berfikiran secara terbuka dan bertindak lebih cepat bagi melengkapkan diri mereka dengan dunia perkerjaan.
Penulis: Mohamed A’amir Dan Elzara Hariri
Kategori: Motivation
Penerbit: K Four Publishing
Harga: RM 5.00