Ulasan Buku: Licik

Licik itu sahaja mampu diungkapkan. Alias duda yang kematian isteri, hidup penuh dengan penipuan. Mempunyai seorang anak gadis yang sangat cantik yang bernama Fira. Fira telah diajar oleh ayahnya untuk menjadi con artis yang sempurna. Mereka memperolehi kemewahan hasil daripada kerja kotor mereka. Namun disebabkan salah percaturan mereka anak-beranak harus bermula dari bawah semula.
Fira membesar sebagai seorang gadis yang cantik. Darah penipu mengalir dalam pembuluh darahnya dan dia meneruskan ‘pekerjaann’ayahnya setelah bertemu dengan Sadik lelaki kacak yang jugak seorang penipu. Target mereka adalah golongan kaya yang tamak. Bagi Fira dan Sadik golongan kaya yang tamak ini lebih mudah untuk dijerat. Seorang demi seorang mangsa yang berjaya mereka umpan dan keuntungan dibahagi sebanyak 60-40.Bagi saya novel licik ini hasil karya yang amat berbeza jika hendak dibandingkan dengan novel yang lain. Ia mengabungkan unsur penipuan, dendam dan cinta di dalam satu novel. Garapan yang telah direka dari Sham Hashim dan Julie Anne ini amat berbeza dari penulis novel biasa. Jalan cerita yang menarik membuatkan saya ingin cepat-cepat menghabiskan novel ini dan mengetahui kesudahan jalan cerita novel ini. Kesudahan jalan cerita yang menarik membuatkan saya terfikir jika novel ini di filemkan, mungkin ia mampu untuk mengaut keuntungan yang banyak.

Penulis: Sham Hashim/Julie Ann

Kategori: Teen Novel

Penerbit: Buku Fixi

Harga: RM 9.00

URLhttp://www.e-sentral.com/search/byid/1479