Demi Masa karya Dr. Zulkifli Mohamad Al-Bakri menekankan betapa pentingnya memelihara masa kepada kita semua. Masa adalah sesuatu yang tidak dapat dinilai dan sangat berharga.
Allah s.w.t telah menyebut betapa pentingnya masa di dalam surah Al-‘Asr: “Demi Masa. Sesungguhnya manusia di dalam kerugian”. Manusia akan berada didalam kerugian sekiranya masa yang ada tidak digunakan sebaiknya untuk beramal soleh. Mereka yang mengikut hawa nafsu akan terjurumus ke lembah kebinasaan.
Para ulama banyak menggunakan masa untuk pembelajaran, pengajaran, pembacaan, mengarang, berkarya dan amal ibadah. Justeru, cara mereka membahagikan masa wajar dijadikan panduan kita. Sebagai contoh 1/3 daripada 24 jam (8 jam) digunakan untuk tidur kerana kurang tidur akan memudaratkan kesihatan. Imam As-Syafi’i pula membahagikan 1/3 malamnya untuk beribadah.
Penulis banyak mengingatkan pembaca akan masa-masa terbazir yang telah kita gunakan untuk perkara-perkara duniawi. Semoga kita bersama-sama memahami erti masa dan menggunakannya dengan baik kerana kebahagian hakiki dan abadi tidak dapai diperoleh oleh mereka yang lalai dan alpa akan suruhanNya.
Dapatkan juga karya-karya lain Dr. Zulkifli Mohamad Al-Bakri di sini: https://www.e-sentral.com/book/author/14129/dr_zulkifli_mohamad_al-bakri
Penulis: Dr. Zulkifli Mohamad Al-Bakri
Penerbit: PTS Publications
Url: https://www.e-sentral.com/search/byid/16866/demi-masa