[SNEAK PEEK] Yang Aneh Yang Magis

Yang Aneh Yang Magis oleh himpunan penulis

Pada keluaran Disember, majalah World Journal of Science yang berpangkalan di Oklahoma, Amerika Syarikat, memaparkan gambar Profesor Tua itu sebagai cover – dengan berita kejayaan menciptakan mesin transaksi nyawa berbetuk manusia serta sebuah akuarium ajaib. Mesin nyawa itu pula, mampu menghidupkan segala macam objek binatang daripada leburan besi dengan kaedah peralihan nyawa ikan. Dan ikan itu, menurut Profesor Tua, hasil peliharaan dalam sebuah akuarium magnetik ciptaannya. Sejak kenyataan itu tersiar, dia jadi buruan media seluruh dunia.

“Tidak sekarang,” kata Profesor Tua itu pada seorang wartawan televisyen tempatan. “Saya akan panggil media antarabangsa, dan pada hari demonstrasi

mesin

berbentuk

manusia

dan

akuarium ajaib ciptaan saya itu, media yang berminat mendapatkan gambar

secara live,

dikenakan bayaran, dua ratus lima puluh ribu ringgit.”

Setelah penat mengejar sekeliling bilik, biawak itu ditangkap lalu dilemparkan keluar jendela hotel.

Profesor Tua merenung tajam pada Tukang Sihir yang terbongkang melentang di atas katil. Mukanya merah pada apabila melihat senyuman sinis Tukang Sihir itu. Tapi sebentar kemudian, setelah menghela nafas yang panjang, Profesor Tua tersenyum, lalu duduk di birai katil.

“Jangan buat begini depan orang lain. Kau akan merosakkan rancangan kita,” katanya sambil menggoyangkan jari telunjuk kanannya. “Aku tak mahu orang tahu, akuarium ajaib itu hanya tembelangku.”

Tukang Sihir bingkas bangun – dengan mata

terjegil, dia berkata, “Aku buat apa aku mau. Aku buat apa aku suka!”

“Ciptaan ini akan menjadikan saya sebagai tuhan kecil – ciptaan ini berkait dengan nyawa. Saya memberikan nyawa kepada burung besi dan saya mematikan ikan-ikan yang bernyawa,” kata Profesor Tua.

Ratusan wartawan di dewan mewah itu terbius

– udara dingin dan silau lampu kamera terus berkilauan. Profesor Tua tersenyum dan seakan-akan menanti soalan daripada wartawan. Melihat seluruh

dewan

benar-benar

terbius

dengan

ucapannya, dia bangun – berdiri tegap sambil mendepa kedua-dua tangan. “Tidakkah saya saintis penting? Kenapa saya diketepikan lagi, apabila berjaya membuktikan dunia kelak, bahawa saya adalah tuhan kecil?”

Seluruh dewan diam terpaku; benar-benar terbius.

Satu malam, tatkala asmanya menyerang lagi dek kurang rehat – Profesor Tua itu terjaga dari tidur. Dadanya terasa sendat dan pedih sekali –

nafasnya

tercungap-cungap.

Hampir

sejam

terlentang lesu dan beberapa kali terserempak dengan bayangan maut yang muncul bak lembaga hitam berkuku tajam – dalam hati kecilnya itu, timbul semacam satu kekesalan – betapa dirinya, sekalipun bergelar tuhan kecil yang memiliki mesin transaksi nyawa, akhirnya masih menderita asma.

Malah, kini hampir-hampir tumbang digertak sang maut. Jauh dalam hatinya, Profesor Tua semakin bimbang, kalau-kalau malam itu, maut benar-benar datang dan merampas pergi segala kegilaannya untuk bergelar emeritus.

Agak lama bergulat-gulat dengan ketakutan, dan setelah yakin, maut hanya menyongsang saja di atas ubun-bun, dan tidak sedikit pun berhajat merosakkan impiannya bergelar tuhan kecil, Profesor Tua itu menarik nafas lega. Kini, yang tinggal dalam lubuk hatinya hanyalah satu kebimbangan

yang

mutlak:

Mampukah

dia

menguasai Tukang Sihir yang selayaknya – sebagai sebuah mesin ciptaan agungnya? Apakah benar, Tukang Sihir yang nanar dan selama ini hanya hidup dalam kongkongan wap gelap yang busuk di bawah jambatan Sungai Bonus itu, akan mengerti harga taat setia; sekurang-kurang, mengenang jasanya membawa keluar si gampang itu dari kehidupan hodoh di bawah jambatan.

“Dia mesin yang harus kukuasai jiwanya,”

kata hati Profesor Tua itu, dan dia yakin, Tukang Sihir itu sekadar memiliki ilmu sihir, tapi polos akalnya.

Tilam hotel yang empuk, makanan lazat yang mahal-mahal serta wanita yang tidak pernah lengkap dengan pakaian, yang dikirim ke biliknya saban malam, ternyata amat mengasyikkan Tukang Sihir.

Dia

tiba-tiba

lupa

pada

keasyikan

menghidupkan objek-objek leburan besi daripada nyawa ikan. Malah lebih menghargai kehidupan sibuknya menguruskan setiap rasa debar dalam dada, terutama kala melihat tetamu malamnya menanggalkan pakaian. Dan tiap kali tubuhnya dipeluk, dan kulitnya yang hitam legam itu bersentuhan dengan kehalusan tubuh tamunya, dia berasa semacam tenggelam dalam dunia lamunan yang sangat luar biasa. Hingga akhirnya, selepas seluruh tubuhnya basah – terasalah dia akan satu kenikmatan amat dahsyat, melampaui keasyikan

dari sekadar bermain burung-burung besi. Tetapi dirinya selalu sedar, semua kenikmatan luar biasa itu bukan datang dari kasih sayang Profesor Tua itu, tetapi tumbuh daripada bakat ajaibnya sebagai penyihir muda.

“Akulah tuan… dan akulah raja, kerana aku Tukang Sihir luar biasa,” katanya sendirian setelah penat digomol tamunya.

Pada hari persembahan, ketika tiga perempat penduduk dunia bakal menyaksikan kelebihan dirinya sebagai tuhan kecil, Profesor Tua mula menduga-duga segala yang bakal terjadi apabila Tukang Sihir kini menjadi mesin transaksi nyawa membuktikan kepada dunia, akan satu penemuan paling tragik dalam sejarah. Semalaman, dia sedikit gusar memikirkan reaksi daripada alim ulama, cendekiawan, budayawan dan seniman terhadap kegilaan barunya itu.

“Aku tak pernah peduli, apa pandangan orang,” kata Tukang Sihir sambil meludah ke luar jendela.

Mendengarkan

saja

kata-kata

mesin

ciptaannya

itu,

maka

lumpuhlah

segala

ketakutannya. “Pendapat orang lain,” sambung Tukang Sihir lagi, “kalau diambil kira, akan menjadi tembok khayalan kita sendiri.”

Profesor Tua semakin yakin – ternyata mesin ajaibnya itu, tidak sekadar milik tubuh seorang anak bangsat dari bawah jambatan, tetapi juga hero anarkis yang sanggup menerajang apa saja jenis cabaran hidup. Maka kerana itu, dia yakin, Tukang Sihir bakal menjadi sebahagian daripada senjatanya untuk menyihir seluruh kehidupan manusia

di sekelilingnya.

Di atas pentas, lampu-lampu berkuasa tinggi menyilaukan haba agak panas ke seluruh ruang dewan utama universiti. Kamera televisyen dan foto, di mana-mana dengan ratusan tenaga kerja yang nampak sangat yakin untuk menerbitkan satu rancangan paling mengejutkan tamadun manusia moden – mengirim visual sihir paling abadi abad ini.

Di tengah-tengah pentas, kelihatan sebuah akuarium separuh daripadanya terisi air. Tidak jauh dari akuarium itu, di atas sebuah platform yang tingginya kira-kira tiga kaki, tersergam patung seekor burung yang tingginya kira-kira empat kaki.

Bentuk patung daripada leburan besi itu menyerupai kasawari; burung Benua Afrika yang terkenal dengan kaki dan leher yang panjang, bersayap keras tetapi tidak mampu terbang.

Akhirnya, selepas lampu dipadamkan kira-kira tiga minit, tanda tuhan kecil akan muncul di atas pentas, dalam keadaan agak samar-samar, Profesor Tua amat terperanjat.

“Kenapa dalam akuarium tak ada ikan?”

Tukang

Sihir

tersenyum,

“Aku

akan

melakukan kejutan lebih besar, supaya kau dianggap lebih

dari

sekadar

tuhan

kecil.”

Profesor Tua tersenyum lega, lalu berjalan masuk mengekor Tukang Sihir. Sebuah saja lampu dinyalakan dan muzik pengenalan bergema, terdengar suara tepukan bergema bagai bunyi halilintar musim tengkujuh. Profesor Tua naik ke platform utama manakala Tukang Sihir hanya berdiri agak terkebelakang menghampiri patung burung kasawari. Sebaik sahaja lampu limpah

menyuluh ke arah kedua-dua mereka, Tukang Sihir mengisyaratkan

sesuatu

sambil

tersenyum.

“Masuklah,” katanya lembut pada Profesor Tua itu.

Profesor Tua tersentak, kerana itu bukan seperti yang dirancangkan. Akuarium itu sepatutnya diisi dengan seekor ikan tapah seberat dua puluh lima kilogram. Setelah melihat senyuman manis Tukang Sihir dan kenyitan penuh makna, Profesor Tua yakin, semua itu demi kejutan lebih bermakna.

Maka akhirnya, dengan penuh semangat dan langkah yang sama, Profesor Tua segera melangkah masuk ke dalam akuarium itu. Seluruh tubuhnya terlentang, ditenggelami air, kecuali bahagian kepalanya saja yang timbul di permukaan akuarium.

Tukang Sihir segera memejamkan mata –

seluruh dewan sunyi tanda terbius. Profesor Tua ternanti-nanti akan kejutan, dan fikirannya masih digulati impian akan saat-saat dirinya diisytihar sebagai tuhan kecil. Malah dia lebih percaya, dengan kejutan mesin ciptaannya, sebentar lagi dirinya bakal bergelar emeritus agung.

Dalam dewan itu, beberapa tahun kemudian, pada setiap hari – dari awal pagi hingga larut malam, pengunjung silih berganti membeli tiket untuk menyaksikan binatang pameran yang dianggap paling ajaib pada era sejarah moden –

seekor burung kasawari berkepala manusia. Kata pemandu pelancong, burung itu dulunya seorang profesor sains yang pernah mencipta sebuah mesin transaksi nyawa dalam bentuk seorang manusia.

Malah, profesor itu juga pernah mendakwa dirinya adalah tuhan kecil.

Kata pemandu pelancong itu lagi, Profesor Tua itu tersihir mesin ciptaannya sendiri – dan mesin

ajaib itu pula melarikan diri sebaik saja berjaya memindahkan nyawa profesor itu ke dalam tubuh burung besi itu. Dan kerana leher Profesor Tua itu tidak ditenggelami air ketika berada di dalam akuarium ajaib, maka kepalanya bulat-bulat dipindahkan ke tubuh burung kasawari itu.

idah

Ketika saya kehilangan lidah, saya jadi gayat. Bagaimana saya harus meneruskan kehidupan ini tanpa lidah? Tanpa lidah maksudnya saya tidak mampu bersuara.

Saya tidak mampu menyebut perkataan demi perkataan, tidak boleh berbual jauh sekali entang L

menyanyi. Hidup tanpa lidah sangat terseksa. Setelah sekian lama hidup berlidah, melalui hari-hari tanpa lidah adalah nestapa.

Lidah sudah bersama saya sejak lahir. Saya pastikan kebersihannya terjaga. Say a memantau setiap perubahan pada sifatnya, tekstur dan bentuknya.

Seperti lidah yang tidak pernah gagal untuk menyatakan setiap puing cerita-cerita Hafizah Iszahanid kebenaran, saya juga tidak pernah gagal untuk menjaga lidah sebaiknya.

Dan seperti lidah yang menyuarakan kebenaran maka itulah yang saya buat setiap kali membuka mulut.

Lidah melengkapkan seorang saya. Lidah juga yang memastikan saya merasakan kenikmatan setiap makanan yang masuk ke mulut. Masin, manis, pahit atau payau lidahlah yang merasanya.

Kalau manis terlebih, lidah akan menyebabkan tekak saya rasa tersekat, kalau masam lidah akan membuat mata saya sepet tinggal segaris, kalau pahit lidah akan membuat air liur saya bergumpal dalam mulut dan meludah dengan sungguh-sungguh. Puih!

Lidah tidak pernah menipu dan saya mempercayai lidah saya itu 300 peratus, lebih dari saya merindui kamu.

Saya fikir lidah adalah kebenaran mutlak yang kamu secara personal akan restui. Sebab, lidah adalah otot utama dalam ruang rasa -yang tidak terkait dengan kalbu.

Tatkala otak kamu selalu akan menjadi tidak waras apabila dihadapkan dengan kalbu, otak akan bertindak balas dengan lidah, sejujurnya dan sepantasnya.

Ah bukankah lidah itu sensitif dan basah dengan siliva sentiasa, sama ada milik kamu atau milik orang lain?

eBook penuh boleh didapati di E-Sentral.com

https://www.e-sentral.com/book/info/343767