[SNEAK PEEK] Ya Allah, Bersama-Mu Aku Bahagia

Ya Allah, Bersama-Mu Aku Bahagia oleh Ustazah Asma Harun, Dwi Suwiknyo

Inilah adalah buku terbaru Ustazah Asma Harun bersama seorang penulis terkenal di Indonesia iaitu Dwi Suwiknyo. Beliau seorang puitis dan mendalam tulisannya. Buku ini mengandungi monolog-monolog hati, kisah-kisah yang menjadi iktibar, bingkisan firman Allah s.w.t. & hadis Rasulullah s.a.w. Buku Ya Allah Bersama-Mu Aku Bahagia, dipakejkan secara bersiri, dan ia adalah buku yang ketiga daripada 4 buah buku dalam siri ini. Ya Allah Bersama-Mu Aku Bahagia, mengumpulkan 14 topik berkenaan sifat pergantungan dan tawakal yang perlu disemai dalam jiwa setiap hamba Allah yang dikupas dengan santai oleh Ustazah Asma Harun dan Ustaz Dwi Suwiknyo. Diselitkan juga dengan ‘Ustazah nak cerita’ daripada Ustazah Asma Harun yang membongkar kisah-kisah benar dan memberikan impak luar biasa kepada pembaca. “Ya Allah, tiada yang mampu membahagiakan diriku kecuali Engkau. Pada saat aku bersedih dan cemas, pada saat aku menderita dan lemah, hanya kasih sayang-Mu yang dapat mengubatiku.” “Tiada lagi yang ku inginkan selain selalu bersama dan dekat dengan-Mu. Ya Allah, bersama-mu, aku bahagia.”


Mari kita renung kisah Khalifah Umar bin Khattab yang marah ketika mendapat pujian daripada seseorang.

Ketika itu, ada seseorang yang berkata kepada beliau,

“Wahai Khalifah, engkau adalah manusia yang paling berani dan tegas yang pernah aku temui.”

Mendengar pujian itu, Sang Khalifah terus marah dengan menjawab, “Demi Allah, tutuplah mulutmu. Aku tidak mahu syaitan mencerobohi hatiku. Jika kau memuji, berikanlah kalimatmu itu hanya kepada Allah s.w.t. semata-mata. Kerana hanya Dia sahaja yang paling layak menerima setiap pujian.”

Sunggguh benar kata Khalifah Umar al-Khattab, Jika diandaikan kalimat pujian daripada manusia itu seumpama “syaitan” yang sedang mencerobohi hati kita, menjadikan kita terbuai dan hanyut terlena.

Selepas itu, kita juga terpedaya dengannya. Salah satunya, kita menjadi individu yang sangat bangga dengan diri sendiri.

Salah satu cirinya, kita menganggap orang lain lebih rendah dan lebih bodoh daripada kita.

Pada saat itu, kita berasa kitalah yang paling hebat.

Kemudian lebih parah lagi, kita tidak menganggap lagi bahawa semua itu adalah anugerah daripada Allah.

Astaghfirullah ….

Maka pilihan kita sekarang sudah jelas. Ketika kita mendapat pujian dari orang lain, kita akan menjawab, “Terima kasih, namun semuanya ini kerana Allah. Maka Allah yang paling layak dipuji atas kebaikan di dalam diri kita dan apa pun kebaikan yang kita kerjakan.”

Ataupun, kita ingin menjawab, “Doakan aku selalu, semoga Allah sentiasa menolong dan melindungiku. Sebabnya, aku tidak akan mampu menjadi seperti ini seandainya Allah s.w.t. tidak redha mengizinkannya.”

Tetapi, terkadang tidakkah kita terfikir, apakah pujian mereka itu bermanfaat buat kita ataupun sangat berbahaya?

1. Pujian itu bermanfaat apabila ia menjadikan kita semakin bersyukur kepada-Nya atas segala nikmat yang kita peroleh, dan membuatkan kita semakin yakin untuk tampil menjadi peribadi yang lebih baik lagi.

2. Pujian itu kelihatannya berbahaya kepada kita saat ia menjadi dadah yang mewujudkan ketagihan dalam hati sekaligus mematikan nurani kita. Kita suka apabila berasa diri kita hebat, walhal hanya Dia yang layak mendapat pujian.

Maka, selepas kita berfikir dan merenung, kita menghasilkan rumus mudah ini tentang pujian dari orang lain yang ditujukan kepada kita

Maka ya Allah, berikanlah hidayah kepada kami, jangan sampai hati kami terlena ataupun bahkan “terbunuh” oleh pujian daripada manusia.

Meskipun pada mata mereka, kami memang layak dipuji, sesungguhnya Engkaulah yang paling layak mendapat pujian itu.

“Tidak ada satu manusia pun yang dapat berbangga atas pujian akibat kelebihan yang dimilikinya. Kerana semua yang ada pada diri manusia itu hakikatnya berasal dari Allah dan milik-Nya.

Nak lebih lagi? Boleh dapatkan di :

https://www.e-sentral.com/book/info/332409/Ya-Allah-Kepada-Mu-Aku-Kembali’