[SNEAK PEEK] SEANDAINYA CINTA

Seandainya Cinta Oleh Rasya Haikal

“Are you sure he willl come Datin?”

“Iya dia mesti datang punya, jangan risaulah,” jawab Datin Sarimah sambil melihat cermin kecil ditangan untuk meratakan merah gincu di bibirnya.

Mata Nadia masih meninjau-ninjau di luar perkarangan banglonya menanti seseorang yang diharapkan hadir di majlis hari jadinya. Datin Sarimah hanya tersenyum sambil memberi sokongan pada gadis genit di depannya. Usaha untuk memikat Amsyar bermula dengan mengadakan jamuan ringan pada hari jadinya. Harapan tinggi dipasang agar dengan kehadiran jejaka itu dia dapat mewarnai hatinya dan dapat berbual mesra dengan jejaka itu. Pelbagai juadah makanan tersedia menunggu masa untuk disantap. Tetamu jemputan mulai hadir memeriahkan majlis di banglonya.

“Happy birthday Nad,” suara ucapan hari lahirnya tidak putus-putus diterima setiap kali tetamu melangkah masuk ke dalam banglonya.

Fawwaz tiba-tiba membuat kehadiran mengejut sambil menghulurkan sekotak hadiah istimewa.

Nadia menyambut hadiah itu dengan senyuman.

“Thank you for coming Fawwaz, please help yourself, ” ujar Nadia sambil meminta Fawwaz melayan dirinya sendiri. Sementara itu matanya masih meninjau-ninjau di luar rumahnya tidak putus asa menunggu.

“Cari siapa tu?” usik Fawwaz sambil menghirup air jus oren dan memandang wajah Nadia dengan senyuman menggodanya.

“Eh tak adalah, hehe,” Nadia terkejut dengan sapaan Fawwaz.

“Kenapalah mengharap pada yang dah berpunya, yang depan mata ni kan ada?” usik Fawwaz lagi dengan sinis sambil melayangkan kerlingan mata nakal pada Nadia. Dia seolah tahu apa yang sedang ditunggu oleh gadis itu.

“Eh apa you merepek ni?” omel Nadia sedikit kasar kali ini bengang dengan gurauan Fawwaz.

“Fawwaz !”

Tiba-tiba Datin Sarimah bersuara memanggil anak buahnya setelah menyedari air muka Nadia berubah apabila didekati anak buahnya sebentar tadi.

eBook penuh boleh didapati di E-Sentral.com

https://www.e-sentral.com/book/info/348356