“Ary, masuk bilik saya.” Intercom di atas meja Aryana berbunyi. Dengan langkah berat, Aryana menuju ke bilik Norman.
“Apa ni?” Norman campak surat perletakan jawatan Aryana ke atas meja.
“Saya nak berhenti.”
“Nonsense! Saya tak boleh terima perletakan jawatan awak. We need to talk!”
“Man, keputusan ni tak ada kena mengena dengan apa yang terjadi. Sudah tiba masanya untuk saya melakukan apa yang saya nak dan inilah masa yang paling sesuai.” Aryana cuba bertenang dengan sikap Norman.
“Ary, awak tak tau apa yang terjadi pada malam tu,” ujar Norman tiba-tiba.
“Dan saya tak nak ambil tahu,” tegas Aryana.
“Memang saya bersalah ikut Aqila tapi apa yang berlaku bukan atas kehendak saya. Aqila yang goda saya. Saya…”
“Sudahlah! Saya tak nak dengar semua tu. Apa yang berlaku, bukan urusan saya dan saya tak nak tahu. Saya tak perlu sebarang penjelasan daripada awak. Kalau awak nak rasa bersalah, bukan pada saya tapi pada Allah. Awak tak perlu minta maaf pada saya pun tapi pada Dia.” Sempat lagi Aryana beri tazkirah.
“Maafkan saya, Ary. Saya tersilap Langkah. Saya keliru. Saya sayangkan awak dan masih cintakan awak!”
“Kenapa awak nak minta maaf dengan saya? Awak tak buat salah apa pun pada saya. Tolonglah jangan macam ni. Awak tunang kakak saya. Untuk pengetahuan awak, selama ni saya anggap awak kawan baik saya aje. Tak lebih dari tu. Eloklah kalau ia kekal macam tu sampai bila-bila.”
“Kalau awak masih anggap saya kawan baik awak, kenapa awak nak tinggalkan saya macam ni?”
“Kerana keadaan sudah berbeza. Kita dah tak boleh macam dulu lagi. Awak tau macam mana hubungan saya dengan Qila. Awak fikir, dia boleh terima saya bekerja dengan awak lagi? Saya pun tak suka buat semua ni tapi saya tak ada pilihan.” Aryana jeda sebentar. Dia sedikit penat. Nafas ditarik lalu dihembus perlahan sebelum menyambung kata-katanya.
“Lebih baik kita berpisah sekarang daripada kita saling bermusuhan kemudian hari. Saya akan siapkan projek rumah Datin Liza. Lepas tu, saya akan mula hidup baru, jauh dari sini. Walau di mana pun saya berada, saya akan sentiasa mendoakan kebahagiaan awak dan kawan-kawan yang lain.”
“Tapi…”
eBook penuh boleh didapati di E-Sentral.com