[SNEAK PEEK] PROJEK SERAM: BAS

Projek Seram: Bas Oleh Afieyza Isahak, Fitri Hussin, Helmi Effendy

“Bila Pian ajak kamu ke Batu 20?” Imam Hasan mengerutkan dahi.

“Lepas saya kemalangan dengan isteri saya dulu. Pian ajak saya ke sana sebab nak cari perlindungan untuk basnya.

Tapi masa tu saya menolak sebab tahu perkara tu salah.

Kemudian, masa kami terjumpa kat pasar malam sebelum Pian ke rumah mentuanya di Redang Panjang.”

“Maknanya lepas pertemuan di pasar malam tu, kamu ada berjumpa dengan dia selepas tu?”

Sidek pelik. Apa punya soalan ni?

“Mestilah jumpa, imam. Dia kan kawan saya. Masa saya kembali bekerja kira-kira seminggu selepas kami berjumpa kat pasar malam, Pian pujuk saya untuk ke sana sekali lagi.

Dia ada bermimpi pasal mantera untuk masuk ke hutan di Batu 20 tu. Pian kata, kat situ ada sebuah kolam. Kalau kita baca mantera kat kolam tu, akan muncul seorang puteri.

Puteri tu akan tunaikan segala permintaan kita.”

“Astaghfirullahalazim! Kamu sedar tak apa yang kamu dah buat ni?” Suara Imam Hasan meninggi sambil menggeleng beberapa kali.

“Tahu imam, tapi Pian yang beria pujuk saya. Saya jadi tak sampai hati. Pian merayu sebab bimbang akan dibuang kerja. Imam tahulah Pian tu, selalu tertidur masa tengah bawa bas.” Sidek membela diri.

“Masa kamu pergi sana, apa yang terjadi?” Imam Hasan mula mencungkil rahsia.

Dia tahu, ada lagi yang lebih rumit telah berlaku. Pasti berlaku sesuatu yang di luar jangkaan sehinggakan Sidek kelihatan marah benar pada Pian.

“Lepas Pian ajak saya baca mantera tu, ada seekor beruk besar muncul. Beruk tulah yang bawa kami berdua BATU 20 • 83 masuk jauh ke dalam hutan. Beruk tu jugaklah yang ambil bayi yang sampai sekarang masih tak dijumpai tu, imam!”

Imam Hasan mengangguk. Dia tahu pasal kehilangan bayi itu suatu masa dulu.

“Lepas tu, apa yang terjadi?”

eBook penuh boleh didapati di E-Sentral.com

https://www.e-sentral.com/book/info/351832