Sneak Peek – Pendidikan Sosial dan Potensi Diri


Pendidikan Sosial dan Potensi Diri
-karya: Dr. Abdullah Nasih Ulwan, Ustazah Isfadiah Mohd Dasuki


. . .


TANGGUNGJAWAB MEMBERI PENDIDIKAN SEKS


Pendidikan seks ialah mengajar, memberi kesedaran, dan berterus terang dengan anak tentang perkara-perkara yang berkaitan dengan seks, nafsu, dan perkahwinan. Hal ini supaya apabila anak-anak menjengah usia remaja dan mula mengenali kehidupan, mereka tahu apa yang halal dan apa yang haram. Justeru itu, mereka akan menjadikan akhlak Islam sebagai panduan dan tidak mengejar syahwat serta tidak tenggelam di bawa arus kemaksiatan.

Penulis berpendapat, pendidikan seks yang perlu dititkberatkan oleh ibu bapa dan pendidik ini mempunyai beberapa peringkat:

  • Umur antara 7-10 tahun. Peringkat ini dinamakan usia tamyiz. Pada peringkat ini anak-anak diajar adab-adab meminta izin dan menjaga pandangan.
  • Umur antara 10-14 tahun. Peringkat ini dinamakan usia remaja. Pada peringkat ini anak-anak perlu dijauhkan daripada segala unsur yang dapat merangsang kemahuan seksual.
  • Umur antara 14-16. Peringkat ini dinamakan usia baligh. Pada peringkat ini anak-anak perlu diajar adab-adab hubungan seks sekiranya mereka sudah bersedia untuk berkahwin.
  • Selepas peringkat baligh, ataupun yang dinamakan usia belia, anak-anak diajarkan adab-adab menjaga kehormatan diri sekiranya mereka masih belum mampu berkahwin.

Persoalannya, adakah diharuskan berterus terang dengan anak-anak tentang seks pada usia tamyiz?

Dalam bab ini, pembaca didedahkan secara terperinci dan tersusun berkenaan perkara ini supaya para pembaca tahu kaedah mengajar dan membimbing anak perihal hubungan seks. Selain itu, ia bertujuan supaya pembaca tahu dan sedar bahawa Islam memperincikan segenap perkara yang berkaitan dengan pendidikan tanpa meninggalkannya sedikit pun. Mudah-mudahan melalui pencerahan ini ibu bapa dan pendidik dapat menjalankan tanggungjawab mendidik dan membimbing anak-anak yang menjadi amanah daripada Allah s.w.t.

. . .

Baca versi e-book penuh di e-sentral.com

Penerbit: PTS
Penulis: Dr. Abdullah Nasih Ulwan, Ustazah Isfadiah Mohd Dasuki