[SNEAK PEEK] NURIA SAYANG

Nuria Sayang Oleh Muna Mahira

Baru hari ketiga mereka bersama, lelaki itu sudah mahu keluar mencari betina di luar. Sudah tidak sabar agaknya.

“You sound like a jealous wife, darling,” ucap Hayqal tersenyum lebar. Pinggang sang isteri dipaut lalu tubuh yang duduk berhadapan dengan cermin meja solek ditarik ke dalam dakapan hangat.

“You bergurau, huh? I’m just curious. Senang I nak jawab kalau umi atau abah you tanya you ke mana,” balas Nuria bersahaja.

“Really?” soal Hayqal menduga. Dia lebih suka jika sang isteri dibelit cemburu. Bukan terlalu bersahaja bila menyebut soal perempuan lain.

“What? You mungkin suami I. Tak bermakna I nak halang you dari berjumpa perempuan lain. I takkan ganggu privasi you.”

Meledak tawa sinis sang suami mendengar bicara sang isteri. Patutkah dia menganggap diri cukup bertuah memiliki isteri yang begitu sporting? Tidak kisah dia bersama perempuan lain.

Baru hari ketiga tinggal bersama, isterinya sudah ingin menyerahkannya ke tangan perempuan yang tidak wujud. Sporting sangat!

“Privasi… tak wujud dalam rumah tangga kita, sayang,” ucap Hayqal memadamkan keinginan yang baru bertunas di hati sang isteri.

Mahukan privasi? Isterinya nampak benar bermimpi di siang hari. Kala menjadi tunangan, dia tidak kisah dengan apa yang mahu dilakukan Nuria.

Bila sudah menjadi isteri, dia akan memastikan setiap gerak-geri sang isteri perlu diambil tahu.

Mana mungkin dia melepaskan Nuria bebas seperti dulu. Berpasangan dengan lelaki lain. Curang di belakangnya. Itu tidak mungkin berlaku.

Menjejakkan kaki ke kelab malam juga sama sekali tidak dibenarkan. Isterinya wajib menjaga kelakuan. Perlu tahu menjaga nama baik suami dan keluarga mentua.

“You tak boleh…”

eBook penuh boleh didapati di E-Sentral.com

https://www.e-sentral.com/book/info/345216