[SNEAK PEEK] MR SAKA BIRU

Mr Saka Biru Oleh A’je Fazlina

“APA yang awak menungkan tu, Am?”

“Tengah pandang masa depan dengan awak.” Balas Amsyar selamba.

Tangan Amsyar yang baru nak ambil telefon bimbit terus terhenti. Sekarang ini dalam kepalanya asyik teringatkan Shahir. Mana jantan itu nak lari. Kes cubaan membunuh dia rupa-rupanya ada kaitan dengan lelaki itu. Keji sungguh perangai Shahir. Tak dapat Alis, dia main cara kasar pula.

“Macam tengah fikir sesuatu aje?” Alis menghampiri Amsyar.

“Tak ada apa-apalah.” Amsyar kembali ke alam nyata. Lagipun urusan kerja dia sebolehnya dia tak nak Alis tahu. Semua maklumat itu adalah sulit.

“Tipu.”

“Saya tengah fikir dekat mana nak bawa isteri saya ni berbulan madu.”

Terus panjang lebar senyuman Alis.

“Phuket?”

“Tapi sekarang musim hujan. Takut awak lemas dekat lautan.” Jawab Alis.

“Saya cuma akan lemas dalam lautan gelora asmara ciptaan awak aje, Alis.”

Dah pandai sekarang nak guna pick up line yang lama terpendam. Lebih-lebih lagi sejak dah pandai ‘bunuh syaitan’ ini.

“Tapi… bukan ke awak nak pergi dengan orang lain dulu. Cancel lah.” Teringat pelawaan Shahir pada Alis dekat Bukit Bintang dulu. Terus rasa tak jadi nak ke sana. Buat sakit hati sendiri.

Alis tertawa kecil. Nampak comel bila Amsyar buat muka merajuk macam itu.

“Tapi saya tak pergi pun, kan…” Alis terus memeluk erat tubuh Amsyar. Lelaki itu mengeliat kegelian.

“Alis nak pergi dengan, Am.”

“Okey, tengoklah dulu kalau free.”

Terus sedepa muncung Alis bila mendengar jawapan dia. Amyar tolak rambut Alis yang berjuntai. Matanya jatuh pada mata yang cantik dan sentiasa dia rindukan dahulu. Senyuman manis yang sentiasa dia mimpikan suatu masa dahulu. Betapa siksanya nak teruskan hidup tanpa Alis.

“Sayang… pandang saya, sayang.” Panggil Amsyar perlahan. Jarak antara wajah mereka cuma sejengkal sahaja.

eBook penuh boleh didapati di E-Sentral.com

https://www.e-sentral.com/book/info/344460