[SNEAK PEEK] MAKHLUK

Makhluk Oleh Jo Haq

 

Dalam mimpi yang indah aku terjaga kerana terdengar suara budak menjerit, “Daddy! Daddy! Daddy! Wake up! Nak pergi sekolah dah ni. Hari ni first day Standard Two.”

Err… macam mana baby setahun setengah ni boleh bercakap? Kalau ikutkan manusia hanya boleh bertutur lebih kurang umur dua ke tiga tahun. Lepas tu, dengan pantas aku reboot memori aku ni. Ada sorang lagi anak rupanya. Abang Aidan Zariff. Apa nama budak 8 tahun ni? Oh, ya! Zuhayr Daniel. Banyak cakap budak ni. Muka macam muka Sabrina. Diharapkan muka baby Zariff tu muka macam Riziad. Kalau tak, sia-sia saja Riziad ni mati.

“Zuhayr Daniel! Mana mummy? Bukan mummy ke kena hantar awak pergi sekolah?”

“Huh?! Why you use ‘awak’, ‘awak’, ni? Macam budak sekolah.” Ah! Aku tepuk dahi. Mana aku tahu apa Riziad panggil budak kecik ni apa.

“Err.. so daddy nak panggil you apa?”

“Huh?! Now you pakai ‘you’, ‘you’ pulak. Macam cakap dengan mummy.”

“Eii! Budak! What do I call you?”

“Zack lah! Daddy ni bengong. Tulah makan nasi banyak sangat.” Gulp! Biadap ek budak ni. Salah Riziad tak ajar.

“So?”

“So, what?” jawab Zack sambil membuat muka monyet kembung mulut dan ditariknya telinga dengan tangan.

“So, err… daddy kena hantar Zack ke? Mana mummy?”

“Mummy dah pergi kerja. Tapi you don’t worry, daddy. All my bags are done and I can handle myself. All you need to do is to ask your driver Syaiful to send me.”

“Driver?”

“Ya! Uncle Syaiful.”

“But yesterday I drove alone.”

“Kan semalam 1 Januari. Cutilah, daddy. Uncle Syaiful mana kerja masa Public Holiday. Nanti kena bayar triple overtime.”

“Okey, nanti daddy turun. You… err… Zack turun dulu, okey?”

“Whatever McDonald’s Worker,” ejek Zack sambil membuat huruf W menggunakan keempat-empat jari telunjuk dan ibu jari tangannya.

Ceh! Celakoi betoi Sabrina ni tinggal aku sorang-sorang handle anak. Ni yang aku tak faham ni. Anak aku dekat Planet P yang jadi akitek tu tak pernah pulak aku jaga. Ada lah jugak aku pergi menjenguk dia dekat pusat pembesaran awal kaum Planet P, tapi tak dak pulak kena hantar anak pergi sekolah macam ni. So far, apa yang dapat aku rumuskan ialah manusia di planet Bumi ni memang tak efektif dan tak efisyen. Segala-galanya sukar dan panjang lebar. Kenapa nak kena complicatedkan keadaan duh? Tak ada cara yang pantas dan berkesan. Walau bagaimanapun, aku masih tertarik dengan hidup Riziad ni. Entah kenapa. Interaksi dengan Sabrina dan Zuhayr Daniel sungguh menarik perhatian. Seolah-olah ada suatu kuasa yang unik yang membuat mereka bahagia bersama. Nama kuasa ini ‘Cinta’, atau ‘Love’ dalam bahasa pembuat Gibson Les Paul, manusia-manusia putih.

Aku terus ke bilik air membasuh muka yang nampaknya macam kena lenyek lori. Aku sarungkan jeans biru tua Levi’s dan baju hitam ala nusantara buatan British India. Mata aku rasanya agak kabur. Kenapa ye? Hmm… oh ya. Kena pakai cermin mata sebenarnya. Mana pergi cermin mata Riziad ni? Semalam masa aku serap masuk, tak pulak aku nampak cermin mata. Mungkin tertinggal di atas padang Stadium Merdeka. Terus aku teringat insiden jatuhnya aku ke Bumi. Aku terus ke laptop di atas meja yang telah pun dipasang dan terus menaip ‘Stadium Merdeka Tahi Bintang’ ke dalam kotak Google. Dengan serta merta keluar pelbagai cerita. Aku pilih satu artikel untuk aku baca.

Kuala Lumpur, 2 Jan 2013: Ahli sains menjumpai tahi bintang sebesar bola kriket di padang Stadium Merdeka. Penyiasatan sedang dijalankan di mana, seorang peniaga Yong Tau Foo, Encik Lau Hut Yee, menceritakan kisah apa yang beliau nampak. Kononnya tahi bintang berapi-api turun menembus bumi dan adanya makhluk bercahaya ungu kemerah-merahan keluar berpusar-pusar di padang. Kemudian makhluk itu terus masuk ke badan seorang yang berpakaian professional yang sedang tertidur di tepi tangga stadium. Apabila ditanya, pegawai polis penyiasat, Tuan Haji Zoolhilmi, berkata, “Memang ada tanda-tanda tahi bintang jatuh menembus bumi tetapi elemen yang dijumpai adalah unsur-unsur logam yang seakan serupa dengan timah. Kita tidak menjumpai kehidupan aneh seperti yang dilapurkan oleh penjaja di stadium. Rasa-rasanya pihak polis akan menghantar penjaja tersebut ke rumah gila di Tanjung Rambutan.”
Selagi Lau Hut Yee duduk di Tanjung Rambutan, selagi itu rahsia aku selamat. Kononnya orang yang duduk dekat Tanjung Rambutan tak dihiraukan. Apa yang mereka tuturkan dianggap sampah yang busuk, elok dibuang ke tong. Nanti bila tiba masanya, akan aku minta maaf dari Lau Hut Yee.

“Daaaaaaaaaddddyyyyyyy! I am late!”

“Okey, nak turun dah ni.” Jawabku sambil mengambil Blackberry dan handfon Sony Ericsson Riziad yang ada di atas meja. Tiba-tiba aku patah balik ke katil untuk mengambil cermin mata di atas meja tepi katil yang agaknya kepunyaan Riziad. Aku seterusnya mengeluarkan kasut Converse hitam baru dari kotak di bawah katil. Ada nota yang berbunyi “I know you have been looking for these, especially in Black! So I found it! Well, mummy found it actually. She paid for it. Happy Birthday, daddy! Luv, Zack & Baby Aidan. Date: 29 August 2012.” Aku pakai jam tangan Rolex yang dihadiahkan oleh bapak Riziad dan memasukkan pen Mont Blanc hadiah hantaran Sabrina kepadaku ke dalam poket. Eh, bukan pada aku. Tapi, pada Riziad.

Lantas aku turun tangga menghala ke Zack. “Okey! Daddy is ready. What should I do now?”

“Go and have coffee. I will wait in the car.”

“Thank you for the birthday pressie!”

“Huh? Daddy, your birthday dah 4 bulan sudah. Zack beli Converse hitam kan?”

“Yup! Ni daddy nak pakai ni Converse hitam.”

Aku terus ke dapur untuk menghirup air kopi. Sama macam semalam. Kopi Hang Tuah. Pahit tapi enak. Ada sepinggan karipap panas di atas meja. Lantas aku membaham tiga biji karipap. Tiba-tiba perut terasa lapar nak mampos. Mungkin sebab aku tak makan KFC Original yang Sabrina belikan semalam.

Telefon bordering. Keluar pulak nama ‘Sab Baby’. Aku mengangkat dan menjawab, “Hello.”

“Hello, Sayang! Don’t forget you have to send Zack to school. I have an important meeting as we have discussed. Nanti I promise I will take leave later this week to send Baby Aidan to Montesori pulak, O.K? Muahhhh! Love you! I have to run now…” tuuuutttttt

Apa kejadah ni? Aku tak sempat cakap selamat pagi. Macam ni ke manusia hidup? Semuanya gopoh-gapah. Tak ada perancangan. Parah ni. Macam mana aku nak hidup jadi Riziad ni. Entah-entah lagi sebulan, aku join Lau Hut Yee dekat Tanjung Rambutan.

“Daaaaaaddddyy! Dah lambatlah!”

“Oh, okey! Sorry! Sorry!”

Aku menelan terus karipap dan kopi Hang Tuah dan terus berlari ke arah kereta. Ehh? Kenapa driver ni tak drive Honda Civic? Kenapa dia drive BMW 5 Series ni?

“Err… Syaiful, kenapa tak pakai Honda?”

“Err… Boss, ni kan kereta syarikat. Buat apa pakai Honda tu? Honda tu kan Boss cakap memang kena hantar repair. Absorber dan suspension semua dah out. Nak buat macam mana, kan jalan-jalan dekat Malaysia ni macam haram.”

“Err…. Okey! Jom hantar aku dan anak aku ni pergi sekolah di…. Err di…”

“Daddy! I go to Sri KL lah daddy. Tulah, selalu mummy yang uruskan. You don’t even know which school I go to.”

“Okey! Jom ke K.L.”

“No! No! the name is Sri KL but it is in Subang Jaya.”

“Bos, saya tau. Kan selalu pagi saya hantar. Bos sakit ke? Bos duduk rumah dulu makan pil sinus Rinafort tu.”

“Ehh… tak, tak. Aku okey. Jom kita pergi sekolah dekat Subang Jaya, Sri KL.”

Sambil BMW 5 Series bewarna hitam itu menggelungsur di atas jalan raya yang penuh dengan lubang-lubang laknat, aku mengambil Blackberry untuk melihat apa maklumat yang ada. Ada 2 Facebook update. Satu ada lahabau mana nak jadi Friend. Nama dia Boden. Entah mana mari punya kreko. Aku ignore saja. Lagi satu ada Like dari Sabrina untuk foto buah apple yang diarcakan menjadi muka.

“Ahh! So, daddy uploaded my sculpture.”

“Sculpture?”

“Tu sculpture buah apple. I did it all by myself. I carved the apple with my teeth so that it looks like Jack-O-Lantern but instead of pumpkin, I used apple. Do you like it? Looks like you have made some photo effects to it. It looks cool! Like an alien from out of space.”

“Very nice. It does look like an alien. Maybe next time Zack cuma perlu letak satu mata sahaja. Barulah nampak macam alien. Lepas tu cat apple jadi warna purple. Ok? Now, you are very creative but you must listen to teachers at school O.K?”

“O.K”

Sampai sahaja di Sri KL, aku dan Zack turun menuju ke arah banner ‘Registration’. Apabila sampai, seorang guru menyambut, “Ahh! Daniel.”

“Errrr… Daniel? I thought people call him Zack?”

“In school somehow, most kids call him Daniel.”

“Okey.”

“Sir, you don’t have to register. Zuhayr Daniel is in Standard 2, Classroom 2 Duku. You can just leave him with me. We will take care of him.”

“Err… Okey! You are?”

“You forgot my name? I am Ms Wong. Call me Siew Fern. Don’t call me Madam Wong like the students. I am still single.”

“Okey, Madam Woo… ehh… sorry, Ms Wong. Please do take good care of Zack… err… Daniel… Zuhayr Daniel for me.”

Aku ucapkan selamat tinggal kepada Zack dan terus masuk kereta bersama Syaiful menuju ofis. Di dalam kereta aku tidak bertutur dengan Syaiful langsung. Dia seolah-olah suka tidak diganggu. Malah dia tergelak-gelak mendengar radio apabila DJ Seelan Paul membuat lawak. Entah apa yang lawaknya. Si Seelan Paul ni adik-beradik Les Paul kot. Bak kata Zack, “Whatever McDonald’s Worker.”

BMW 5 Series tiba di hadapan Bangunan Bata, PJ Trade Centre dan lamunan aku tiba-tiba terhenti apabila Syaiful berkata-kata, “Bos, nanti saya nak ke kantin. Bos nak nasi lemak?”

“Err… tak payah. Riziad… ehh… aku… dah mula No Rice Diet ni. Perut dah buncit. Kena kontrol makan. Nanti Sabrina lari susah pulak. Sapa nak jaga Zuhayr dan Aidan tu?” jawabku sambil keluar menuju lif bangunan. Rasa nak hagulkan kepala dekat pintu kereta. Asyik tersasul aje dari pagi tadi. Urgh!

“Okey, bos.”

Entah macam mana jari aku pandai pulak tekan butang lif Aras 6. Bila sampai, terus aku ke pejabat. Belum ada orang di ofis. Cuma ada Encik Ahmad, kerani akaun.

“Eh, bos! Awai mai ofis hari ni. Ingatkan cuti. Bebudak lain semua cuti. Kononnya semua nak hantaq anak pi sekolah. Sekolah mula hari ni. Ehh… anak Boss bukan start sekolah hari ni jugak ka?” tanya si Ahmad dengan loghat utara.

Aku tak menyahut. Malas pulak nak melayan manusia yang banyak soalan ni. Terus saja aku ke bilik yang ada label ‘CEO’. Bilik ni tak berkunci pulak. “Ehh.. Mat! Kenapa pintu bilik aku ni tak berkunci?”

“Oh! Tadi Anis tu buat kopi untuk bos. Agaknya si Syaiful tu call Anis suruh buat kopi. Dia memang selalu buat macam tu.”

“Sapa yang selalu buat macam tu? Anis ke? Syaiful?”

“Syaiful lah. Dia memang laju bab-bab nak menyenangkan hidup bos. Bos jangan risau. Hari tu baju bos bekaih lipstick pun Syaiful dah buang.”

“Err… Hmm…” terus aku masuk ke bilik balik. Aku terpandang lukisan minyak di dinding. Amat menggerunkan. Lukisan hutan yang terbakar. Seolah-olah api itu menyala-nyala apabila sinar lampu bilik itu melantun. Sungguh menakutkan. Lantas aku turunkan lukisan tersebut membiarkan dinding itu kosong.

“Mat, so sekarang ni tak ada orang dekat ofis, ye? Kau buat apa dekat sini?” jerit aku dari dalam bilik.

“Bos, saya tak dak anak kecik dah. Semua dah besaq panjang.”

“Apa diorang buat sekarang ni?”

“Sorang dekat Ostrolia belajaq akaun. Sorang dekat London belajaq valuation. Dua-dua dapat scholarship. Ada sorang lagi yang bongsu dekat KL ni bukak bisness internet café.”

“Hmm… bagus.”

Aku melihat kalendar di atas meja yang menunjukkan perkataan “AL” dari 25 Disember 2017 ke 3 Januari 2013. AL? Hmm… oh ya! Annual Leave. Hmm… aku patut cuti sekarang ni. Tak pasti kerja apa Riziad ni, tapi memang ala-ala akauntan lah jugak.

Atas meja ni ada surat untuk aku rasanya.

Encik Riziad Azrem bin Tan Sri Dr. Hj. Khairul Sazman
Chief Executive Officer
Buanawang Consultancy Sdn Bhd
B2.06.03A, PJ Trade Centre
Damansara Perdana 42580 Selangor
Oh! Itu sebenarnya nama penuh aku… eh… aku pulak, nama penuh Riziad ni. Syarikat perunding rupanya. Perunding apa? Kewangan kot. It’s okay. Nanti bila ofis buka balik, boleh aku panggil meeting tergempar.

Tiba-tiba telefon bordering. Laju aje tangan aku nak menjawab, “Hello, Riziad di sini.”

“Err… Ahahahaha apa yang kau jawab macam telefonis Maxis ni? Kau nak main Knock! Knock! Who’s there ke dengan aku?”

Aku melihat cermin atas telefon. Johan? Siapa pulak lahabau Johan ni?

“Wei! Jadi tak jamming malam ni? Wife aku Lina kena fly pergi Bangkok. Anak-anak aku Daniel dan Ian semua aku hantar pergi Bangi. So, aku free. Hari tu kau cakap nak jamming kan?”

“Err… sekarang? Err… Anak kau nama Daniel jugak?”

“Taklah. Malam nilah. Kita jumpa dekat Akarkarya Studios. Bebudak D’Kechewas on aje malam ni. Izham dah ready dengan chords semua. Azhar sakit dekat hospital. So, kita tak cukup guitarist, bro. Si M. Zul tuh boleh main gitar tapi dia nak concentrate vocals. Si Iesta belum balik-balik dari Istanbul lagi. Shooting apa bala entah? Tapi Eddie dengan Kamal on for Drums and Percussions. Err… Let me get this straight. My son was born first, bro. So, aku ambik nama Daniel dulu, baru kau! Itu sebab lu punya anak elok kita panggil Zack aje.”

“Bro, err… I have to take raincheck, bro. Rasa kurang sihat, bro.” Bro… bro… aku rasa macam bercakap dengan beruk!

“Aduhhhh! Bila lagi nak lenjan itu Gibson Les Paul? Kau ni kan, beli gitar banyak-banyak, mahal tak nak kalah, tapi tak pulak main. Apa hal?”

“Beli gitar banyak-banyak? Apa pulak?” Peninglah aku dengan semua orang ni. Tak, peninglah aku dengan Riziad ni. Macam-macam hal dia nak buat.

“Dahlah. Baru hari tu adik kau si Iznan tu bagi tahu yang kau baru beli Epiphone Les Paul warna biru. Belum masuk Fender Strat hitam yang berkarat dalam store kau tu. Ibanez dulu tu dah jual?”

“Mana kau tau semua ni?”

“Adik kau tu, Iznanlah yang bagi tahu. Siapa lagi? Kan selalu dia minum teh tarik dengan adik aku, Kusyairi dekat Seksyen 11. Diorang jamming selalu. So, adalah borak-borak pasal perangai kau yang rajin beli gitar tapi tak rajin langsung main.”

“Bro… nantilah bila sihat, O.K?”

“Okey, bro. Sleep well! Kalau nak ubat sinus, aku ada tapi Rinafort dah stop production. Yang bagus sekarang ni apa nama? Err… Yes! Piriton. Entah kenapa diorang stop production Rinafort. Dulu elok-elok ada Drixoral, ada ingredient babi pulaklah kan. Anyway bro, kau ni cakap banyaklah. Aku lambat ni nak kena meeting dekat Putrajaya. Menteri panggil. Chowwlus!”

What the… Bukan dia ke yang cakap banyak? Hairan sungguh. Aku tutup telefon dan terus ke lobi. Syaiful menunggu seperti biasa dengan rokok jenama apa entah dekat tangannya tu.

“Syaiful! Jom! Kita pergi.”

“Pergi mana, bos?”

“Pergi Hard Rock Café.”

“Huh? Okay, set! Tapi buat apa pergi siang-siang ni?”

“Oh, betul jugak! Aku nak belajar main gitar ni.”

“Eh, bukan bos dah pandai main ke?”

“Ye ke aku pandai main?” aku angkat kening double jack. Keliru dengan Riziad tapi berbangga jugak. Aku mencebik. Not bad mamat ni.

“Dah berapa kali bos perform dekat open ceremony. Siap masuk paper lagi. Kononnya bos ni akauntan berjiwa seni.”

“Konon?”

“Aku memang berjiwa seni! Okey, jom kita pergi makan pagi. Kita pergi… Err… KLCC. Aku nak makan dekat Dome.”

“Saya dah makan. Bos makan sorang ye. Ni surat khabar hari ni.”

Aku masuk ke dalam kereta sementara Syaiful menghidupkan enjin. Sepanjang perjalanan aku membaca surat khabar the New Straits Times dengan penuh teliti. Macam-macam karenah manusia di Malaysia ni. Politik yang paling menggerunkan. Manusia seolah-olah hidup di atas pentas labunan. Macam mimpi pulak. Mereka seolah-olahh tertipu dengan ahli politik yang menjanjikan segala-galanya. Hairan sungguh.

Banyak yang perlu aku pelajari. Contohnya, kenapa perlu ada pilihanraya? Bukan kita tahu ahli politik tu berwibawa atau tidak. Kalau di Planet P senang aje. Siapa yang mampu mengeluarkan cahaya yang paling terang dari telapak tangan akan diangkat menjadi pemimpin. Kenapa? Kalau elemen-elemen di dalam badan dapat disatukan untuk mewujudkan tenaga cahaya yang kuat, itu bermakna otak telah digunakan ke tahap yang paling efektif. Dengan adanya kekuatan penggunaan otak, itu bermakna si pemimpin adalah yang paling hebat dari segi kepandaian dan juga fizikal. Tidak ada yang dapat menandingi kekuatan tenaga cahaya dan kepandaian pemimpin tersebut.

Setakat ini kami hanya tahu tiga pemimpin sepanjang sejarah Planet P. Yang dua terdahulu hidup beribu-ribu tahun lamanya. Yang ada sekarang ini, Raja Plokijuhygt, baru hidup selama 2,398 tahun Planet P. Kalau ikutkan sistem di Bumi ni, aku pun boleh jadi pemimpin. Persetankan Obama. Aku pun boleh uruskan Amerika Syarikat tu. Bukan susah. Bunuh saja semua yang tak masuk akal macam di Planet P. Kalau ada makhluk yang wujud tanpa sebab-musabab, terus dipancungnya General M. Kata General, “Alam perlu imbangan. Apa yang tak perlu, harus dinyahkan. Walaupun kejam tetapi efektif dan efisyen.”

Apabila sampai di KLCC aku turun dan menjenguk ke atas. Fuhh! Tingginya bangunan manusia. Di Planet P semuanya kecil-kecil. Buat apa buang ruang tak tentu hala macam ni? Apa dapat kalau tinggi-tinggi macam ni? Dahlah manusia tak boleh terbang. Aku terus masuk ke dalam mencari Dome.

“Waiter! Bagi saya Latte.”

“Yes, sir.”

“… and chicken pie.”

“Yes, sir.”

Aku seolah-olah tahu nak minta apa. Tak perlu menu. Mungkin ini yang Riziad selalu minta. Kenapa aku datang ke sini? Mesti ada sebab Riziad suka sangat dengan Dome KLCC ni. Kenapa? Aku mengambil semula Blackberry untuk melihat apa lagi maklumat yang ada. Ada orang mention aku dekat Twitter pulak. Kali ini dari Johan.

“Yo, bro @riziad jomlah jamming dgn @dkechewas hari ni.”

Ada mesej dari Sabrina, “Sayang, you balik lambat ke hari ni?”

Aku cuma membalas, “Lambat. Banyak kerja.”

Terus aku mendapat mesej lagi, “Okey, sayang. I will come home to buy dinner.”

Aku balas lagi, “Okey.”

Aku melihat manusia-manusia yang pelbagai rupa dan pakaian lalu-lalang di hadapanku sambil menjamah chicken pie dan menghirup latte. Sungguh pelik dunia manusia. Pakaian pelbagai rupa dan warna dari kain pelbagai jenis. Makhluk di Planet P tidak perlu berpakaian. Kuasa tenaga magnetik yang kami hasilkan dari kulit kami sudah cukup untuk memberi perlindungan. Kami tak pernah rasa malu pun dengan badan kami. Tapi dengan manusia, lain. Aku pun terasa-rasa malu untuk terlanjang. Tak tahu kenapa. Manusia malu dengan badan mereka sendiri ke? Kalau manusia percaya tuhan mencipta badan mereka dengan tujuan yang murni, kenapa perlu sembunyi? Bukankah ini keindahan alam ciptaan tuhan? Baru semalam aku rasa jiwa bergelonjak apabila melihat tubuh Sabrina. Suatu perasaan yang positif. Yang enak. Yang suci. Yang baik bagi aku. Kenapa manusia tidak mahu berasa demikian setiap masa? Kalaulah di Planet P makhluk semua ada perasaan demikian, bahagialah hidup. Apakan daya, kami sudah beribu-ribu tahun melihat badan sesama makhluk Planet P, tak pulak rasa ghairah.

Ada beberapa manusia berjubah hitam tutup sampai ke muka. Itu pun pelik. Sampai tutup muka. Macam mana nak tahu siapa orangnya? Ada nametag ke? Hairan. Manusia-manusia itu bertutur di dalam bahasa yang aku… err… Riziad selalu gunakan semasa sembahyang di atas tikar yang bergambarkan bangunan berkubah. Bahasa Arab. Hmm… Agama Riziad ini berasal dari Arab. Mungkin aku harus belajar Bahasa Arab, walaupun Riziad tidak ada inisiatif untuk belajar bahasa tersebut. Tak apa. Akan aku usahakan demi kerjaya aku sebagai seorang spy di Bumi.

Ada lagi bangsa-bangsa lain yang berlegar-legar di KLCC ni. Orang berkulit putih pun ada. Taklah putih sangat. Warna pink adalah. Macam warna babi. Apa yang segak sangat aku pun tak tau. Tapi kira hebatlah kot kalau orang putih ni boleh buat gitar Gibson Les Paul. Itu sajalah kot yang baiknya.

Satu hari aku duduk di Dome KLCC. Aku makan macam-macam. Pasta, chocolate cake, jus buah dan sebagainya. Enak makanan ni semua. Dua kali aku terpaksa ke tandas untuk keluarkan air kuning yang baunya busuk macam… entahlah. Banyak sangat latte agaknya. Kalau aku makan tembikai banyak-banyak, air busuk tu merah ke tidak? Lantas aku meminta waiter untuk membawa satu mangkuk tembikai. Waiter cuma mampu berkata, “Sir, kita tak serve tembikai di sini.”

Aku menjawab, “Whatever McDonald’s Worker.”

“Sir, walaupun saya kerjanya sebagai waiter, saya syukur kerana pokoknya, duitnya halal.”

“Ehh… sorry. Saya tak bermaksud macam tu. Anak saya dekat rumah selalu cakap macam tu. Itu sebab saya pun terikut-ikut.” Waiter itu hanya menoleh dan terus pergi. Nametag di dadanya berbunyi, ‘Darsono’. Aku nak minta maaf dekat Darsono tapi Darsono ni merajuk pulak. Perangai macam perempuan. Sikit-sikit merajuk. Hmm… maaflah. Tak ada niat pun nak bias, tapi you know… perempuan… ahh whatever McDonald’s worker.

Lama betul aku duduk di situ untuk melihat gelagat orang. Dah habis satu kotak rokok Marlboro. Sedap pulak hisap rokok ni tapi dada dah rasa semput tak boleh bernafas. Ada lagi sekotak aku nampak dekat dalam tandas pagi tadi, tapi Gudang Garam. Perancangan perlu dibuat. Terlampau banyak sangat aktiviti dan interaksi ni. Aku bagai naik biol. Baca surat khabar hari ini pun sudah cukup membuat kepala aku gila. Aku tak dapat faham kenapa adanya konsep jual beli pelbagai komoditi di Bumi ini. Masa di Planet P dulu kita semua kerja tak perlu gaji. Semua diberi makanan yang cukup dan perlindungan yang kuat. Semua berkhidmat untuk satu tujuan yang murni, iaitu mempertahankan Planet P. Bukan kita tak berteknologi. Kita ada teknologi jauh lebih baik berbanding manusia di Bumi sehinggakan aku pun boleh sampai di Bumi ni. Cuma konsep perasaan ni yang aku hairan kenapa di Planet P tidak ada. Orang-orang di Bumi sungguh penuh dengan perasaan, tak kira apa perasaan tersebut. Marah. Riang. Cinta. Berani. Takut. Sepi. Rindu. Semuanya berpaksikan kemahuan dan nafsu. Rasanya macam negative, tetapi apa yang aku rasa melalui otak Riziad ni memang sedap walau marah sekali pun. Perasaan adalah satu elemen yang perlu aku kaji selidik dengan penuh teliti.

Jam Rolex di tangan aku menunjukkan pukul 6.20 petang, tetapi otak membacanya sebagai 6 petang sebab Riziad ni suka cepatkan jam selama 20 minit. Apa punya perangai? Dia ni rasanya ada Obsessive Compulsive Disorder (OCD) kot. Takut sangat dengan masa, tapi tak takut bunuh sel-sel paru-paru dengan rokok. Papelah. Aku harus kembali ke rumah. Oh, tidak! Tidak perlu. Baru tadi aku bagi tahu Sabrina yang aku balik lambat. Hmm… mungkin aku boleh ke Hard Rock Café. Untung-untung ada orang main lagu yang aku dengar masa aku sampai dulu. Lagu apa? Smoke on the Water oleh Deep Purple. Nanti boleh aku pakai otak Planet P aku meresap cara main gitar. Bila jam dengan D’kechewas taklah nampak bongok sangatkan?

Aku memanggil Syaiful melalui telefon, “Syaiful, jom jumpa dekat depan Twin Tower tadi. Ambik aku. Aku nak pergi ke Hard Rock Café.”

“Nak jumpa Ms Frieda ke?”

What the… Who the hell is she? “Huh? Sapa?”

“Maaf bos, jangan marah. Saya tak berniat menyibuk. Dah ramai orang berkata-kata di belakang bos yang bos selalu jumpa Ms Frieda, penyanyi dekat Concorde KL tu. So, selalu bila bos nak ke Hard Rock Café, saya fikir bos nak jumpa Ms Frieda.”

“Hmm… Tak. Aku tak kenal sapa Ms Frieda ni. Kau ni mengarutlah. Datang sajalah ambik aku. Kita pergi Hard Rock Café.”

“Okey, boss.”

Sapa pulak si Frieda ni. Kenapa dalam kepala otak aku… err… kepala otak Riziad ni tidak ada nama Ms Frieda ni? Ada yang tak kena. Riziad ni ada perempuan simpanan ke? Tak cukup ke kawin dengan Sabrina tu? Dahlah vogue nak mampus! Nak simpan perempuan lain pulak dah. Mungkin Riziad ni tak dapat kawal benda yang terjuntai celah kangkang dia ni kot. Itulah yang aku dah cakap. Manusia ni lemah. Mahu hidup dengan apa yang lebih dari kemampuan. Asal boleh. Siapa aku nak tanya pasal Ms Frieda ni? Mungkin Johan tau. Hmm… mari kita try test tengok dengan mesej, “Johan. Kau ada phone number si Ms Frieda?”

Tak ada reply. Mungkin dia tengah sibuk. Takapa. Nanti dia balaslah kot mesej aku ni. Buat masa ni, jom kita pergi ke Hard Rock Café.

Haih! Mana pulak Syaiful ni. Tengah gumam-gumam sendiri, aku nampak dia. Dengan rasa tak reti sabar, aku terus berjalan ke arah kereta dan membuka pintu sebelum kereta berhenti dan terus masuk. Berdesum BMW 5 Series pergi menghala ke Hard Rock Café.

 

eBook penuh boleh didapati di E-Sentral.com
https://www.e-sentral.com/book/info/278471/makhluk