Sneak Peek – Isyarat Jiwa Yang Sempurna

Isyarat Jiwa Yang Sempurna
-karya Sara Hezra


. . .

“Abang mungkin terima video yang tak sepatutnya dari lelaki itu, tapi percayalah itu semua lakonan. Nifa ada sekali waktu Helen rakam video tu. Dia boleh jadi saksi. Helen buat semua tu untuk buat abang tinggalkan Helen tapi setelah Helen sedar, Helen akui Helen perempuan paling bodoh kerana sanggup menduakan lelaki sebaik abang!”

“Saya ni apa Helen? Sandaran awak ketika hubungan meruncing? Dan kini, awak ulang perkara yang sama. Hanya mencari saya saat lelaki itu menyakitkan awak.”

Helena tertunduk. Suasana diraih sepi. Tidak tega dibadai gelisah, dia atur juga langkah mendekati Qhais yang berdiri di jenang pintu. Qhais menghindar. Dia duduk di kerusi dengan kepala menunduk menekur lantai. Jari jemari bertaut sesama sendiri.

“Lin minta maaf atas segala yang terjadi. Kalau lima tahun lalu, ya Lin akui itu kehendak Lin tapi Lin kembali kepada abang hari ini adalah kerana Lin sedar, tak ada cinta lain yang terbaik untuk Lin.”

Kepala Qhai yang tertunduk terdongak laju. ‘Lin’ itu panggilannya untuk Helena ketika dia mencium tulus wanita yang dinikahi nya lewat lima tahun lalu. Jika Helena sengaja membahasakan dirinya sebagai ‘Lin’, adakah Helena sudah tahu dia adalah Qhais Ibrahim yang pernah ditinggalkan suatu masa dahulu?

“Baliklah Helena.”

“Abang sendiri pernah cakap, abang boleh memilih untuk berdendam dan melunaskannya tapi abang memilih untuk tidak. Jika kata-kata itu tidak benar, adakah bang menikahi semula Lin kerana abang mahu melunas dendam abang atas perbuatan Lin lima tahun lalu?”

Qhais terjeda sebentar sebelum menghela nafas panjang. Wajah diraup sebelum melepas keluhan berat. Hatinya tidak terneraca saat ini. Rasa rindu dan luka berbaur, membuatkan dia tidak tega berhadapan dengan Helena saat ini. Dia memaafkan, namun dia juga memerlukan masa untuk berlapang dada atas takdir hubungan mereka ini.

. . .

Dapatkan versi e-book penuh di e-sentral.com

Penerbit: Rafidah Ismail
Penulis: Sara Hezra