AKU kurang mengerti soal rindu yang sebenarnya. Ramai yang kata rindu itu fitrah. Dan rindu juga bisa menarik kita ke dalam fitnah.
Aku sekadar tahu bahawa rindu itu akan membawa kita kepada dua cabang. Pertama, cabang rindu yang membawa ke arah kebaikan. Kedua, cabang rindu yang membawa ke arah zina hati.
Pertama, rindu itu membawa ke arah kebaikan bilamana kita letak seseorang itu dalam doa. Maksudnya, kita berharap dan bergantung pada Tuhan kita, Allah Yang Maha Kuasa melakukan segala perkara dengan hanya berkata, “Kun fayakun!” Rindu inilah yang kebanyakannya akan menambahkan setitis demi setitis keimanan dalam diri seseorang bernama hamba.
Kedua, rindu itu membawa ke arah zina hati bilamana perasaan rindu itu melanggar zarah-zarah fitrah sebagai seorang manusia. Dalam kata lain ‘ter-over’. Rindu, rindu, rindu and then ‘dush!’. Ya, syaitan berjaya membawa anda ke arah zina hati. Jaga-jaga!
Kita kadang tak perasan. Hati ni sebenarnya dah dikotori dek kotornya zina hati. Sungguh, “Janganlah kamu mendekati zina!”
Perkataan ‘mendekati’ itu sudah jelas ia dilarang. Apatah lagi, kita ‘menjamah’ zina.
Lebih indah, andai rindu itu kita gunakan untuk merindui Rasulullah SAW. Kerana Bagindalah yang senantiasa menangis kerana risaukan kita.
Sedangkan kita sekarang, bergelak tawa dengan hiburan.
Jelas, rindu itu kita bawa ke ‘pintu’ yang salah.

eBook penuh boleh didapati di E-Sentral.com
https://www.e-sentral.com/book/info/277335/Iman-Biar-Legend