[SNEAK PEEK] HEART SHOOTER

Heart Shooter Oleh Naurah Hazwany

PENERBANGAN panjang yang memakan masa kira-kira satu hari, sepuluh jam dan 40 minit dari Kuala ke Vilnius International Airport dengan dua kali berhenti di airport akhirnya tamat. Akira, Amsyar, Qaid dan ditemani dengan seorang professor sudah pun berjaya periksa masuk ke dalam hotel yang berdekatan dengan ISM University of Management and Economics, tempat penganjur pertandingan ini.

“Kamu bertiga berehat dahulu, esok pagi lepas sarapan kita akan bertolak ke sana,” pesan Professor Andrea.

“Baik prof,” ucap mereka bertiga serentak.

Rezeki, dapat tempah bilik sebelah menyebelah di hotel ini yang menjadi pilihan, mungkin esok pun boleh terjumpa dengan pasukan dari negara lain.

Qaid cepat-cepat masuk ke dalam bilik sebab sudah kepenatan!

“Akira, you okey?” soal Amsyar selepas professor dan Qaid sudah masuk ke dalam bilik masing-masing.

Akira tahu yang Amsyar ingin bercakap dengannya sebab itu dia pun tunggu.

“Okey, kenapa tanya?” jawabnya hairan.

Amsyar tergelak kecil. “Mana tahu you gementar, empat hari kita akan ulang-alik ke universiti ISM.”

Akira mengecilkan matanya. “I ke, you yang tak okey? Amsyar you sakit?” dia terasa seperti ada benda yang tak kena.

Senyuman Amsyar mati. “I sihat je, pergilah rehat. Selamat malam.”

“Amsyar, jangan tipu I. Meski tidak rasmi, I rasa you lebih dari tahu apa hubungan kita berdua, kan?” Akira semakin tidak tenang.

“Akira, jangan fikir yang bukan-bukan.” Amsyar hilang kata-kata.

“Amsyar dengar ni, hubungan cinta kita bukan seperti barang yang boleh berdagang, hati I untuk dicintai bukan untuk dibeli. Selepas dah tak mahu, buang begitu sahaja. You lamar I sebelum ni, I tak beri jawapan lagi. You nak jawapan sekarang?” Akira semakin serius.

Dia sedar, ini bukan masanya untuk bercakap soal hati. Akan tetapi hatinya berteriak ingin cepat-cepat ada hubungan halal dengan Amsyar.

Riak Amsyar berubah serta-merta. “Akira, I ikhlas dengan you. Kalau tak I takkan melamar you! I pun sudah bersedia untuk menyiapkan keperluan masa depan kita bersama.”

“Baiklah, selepas kita selesai dengan semester enam, sebelum intern I akan berikan jawapan pada ketika itu. Semalam malam,” ucap Akira selepas bertukar fikiran. Lebih baik dia fikirkan masak-masak dan buat masa ini fokus dengan pengajiannya.

eBook penuh boleh didapati di E-Sentral.com

https://www.e-sentral.com/book/info/348949