“Nama penuh dia… Bougainvillea.” – Raja Khalida “What?! Seriously! Biar betul? Nama dia Bougainvillea!” – Raja Awwadi “Bunga kertas! Nama dia bunga kertas. Kelakarnya. Bapak dia tak reti nak letak nama lain ke? Mesti bapak dia mat bunga. Bougainvillea!” – Raja Awwadi Nama dia Bougainvillea. Biarpun digelar bunga kertas oleh Raja Awwadi, namun dia langsung tak kisah. Pertemuan pertama tidak seindah mana bila Villa memperlekehkan dia dengan beberapa keping wang RM50. Dia bukan taraf murahan! Dia CEO GB Group yang tersohor. Dia punya duit berjuta! Bagi Villa, siapa pun Raja Awwadi, dia anggap sama sahaja dengan orang biasa. Dia tak takut atau gentar dengan lelaki itu. Setiap kata lelaki itu hanya menjadi angin lalu bagi Villa. Akhirnya bermulalah amarah Raja Awwadi. “Aaa… Apa yang encik nak dari saya?” – Bougainvillea “Okey! Kalau you dah lupa, biar I ingatkan sekali lagi. Listen, I nak you dengar baik-baik. Buka telinga you luas-luas. I takkan ulang banyak kali. I tak suka you kerja di sini. Sejak awal I dah warning you. Tapi you degil. You tetap kerja di sini juga.” – Raja Awwadi Saat hilangnya Villa dari mata, raja Awwadi gembira. Hidupnya kembali kepada rutin biasa. Begitu juga Villa. Hidupnya kembali berbunga. Sehinggalah satu peristiwa yang mematikan segala keindahan hidup mereka. Berkahwin! “I peduli apa you nak percaya atau tak? Hakikatnya I akan kahwin dengan Villa. I love her. Dia seorang wanita yang baik. Dia wanita yang sesuai untuk menjadi permaisuri hidup I. Don’t worry! I akan hantar kad jemputan kat you. You boleh jumpa Villa di sana,” – Raja Awwadi Betul ke dia akan kahwin dengan Villa? Mati segala saraf dia bila itu yang diungkapkan. Dan Villa, boleh pula bersetuju dengan lamaran dia hanya kerana satu perkara. Segalanya huru hara tetapi ia menjadi nyata. Dia mampu menutup segala hinaan orang hanya dengan rahsianya namun dia memilih untuk kekal berahsia. Dia mampu menawan hati lelaki tetapi dia memilih untuk menjadi dirinya sendiri. Dan dia adalah Bougainvillea. “She’s not an ordinary woman,” – Raja Awwadi
INTU bilik pejabat ditutup dengan kasar. Sebaik sahaja tiba di meja, Raja Awwadi mengeluarkan beberapa keping duit kertas RM50 dari poket seluarnya.
“Perempuan tak guna! Dia ingat aku nak sangat duit dia? Dia tak kenal lagi aku siapa! Ini Raja Awwadi Mukriz. Setakat duit RM800 ni, aku tak pandanglah. Kalaulah aku jumpa kau lagi, siaplah kau nanti.” Raja Awwadi mengetap bibir. Ini Raja Awwadi Mukriz la. CEO GB Group. Berpuluh-puluh buah shopping complex terkemuka di seluruh Malaysia adalah miliknya. Selain itu, Hotel GB Group adalah miliknya juga. Sekarang ini dia mula berjinak-jinak menceburi bidang hartanah. Namanya juga tersenarai antara jutawan yang terkaya dan berpengaruh di Malaysia. Dalam usia 34 tahun, dia mempunyai kekayaan sebanyak RM10 bilion.
Raja Awwadi menoleh ke arah pintu sebaik sahaja mendengar pintu diketuk. Kemudian Fairuz masuk bersama Mary Lee.
“Apa halnya?” soal Raja Awwadi dengan kasar. Dia terus melabuhkan punggung. Matanya tepat merenung pekerjanya.
“Bos, tender untuk projek taman tema air di Pahang…” Mary Lee teragak-agak untuk memberitahu. Dia kenal sangat dengan perangai Raja Awwadi. Mary Lee melirik ke arah Fairuz untuk minta pertolongan.
“Kita gagal dapat tender tu.” Fairuz bersuara bagi pihak Mary Lee.
“What?!” jerkah Raja Awwadi seraya menghempas fail yang berada di atas meja dengan kuat.
“Hei, Mary! You tak reti buat kerja ke? Dah 15 tahun you kerja di sini… task macam ni pun you tak tahu nak handle ke? I dah beritahu you, kan! Walau apa terjadi I nak projek ni. Tak kisahlah dengan apa cara sekalipun. Yang penting, I nak tender ni. Inilah perempuan! Kerja senang macam ni pun tak tahu nak handle. Menyusahkan I saja. Mary, mulai hari ni… you’re fired! Keluar! Berambus. I tak nak tengok muka you di sini!” jerkah Raja Awwadi.
Perkara yang sepatutnya jadi milik aku pasti akan jadi milik aku. Perkataan gagal tiada dalam kamus hidup aku. Lagipun projek ini akan memberi impak yang besar sekiranya aku berjaya mendapat tender projek ini. Projek tema air di Pahang akan menjadi taman tema air yang terbesar di Asia Tenggara. Kerana itulah projek ini penting. Tak kiralah jika terpaksa gunakan cara kotor. Yang penting hati aku puas.
“Bos, please! Give me one more chance. I akan dapatkan tender tu, believe me,” rayu Mary Lee. Kelopak matanya mula berair.
“Sorry, Mary! Dalam kamus hidup I, tiada peluang kedua. Lebih baik you pergi kemaskan barang you sebelum I call security heret you keluar dari sini. So pilih yang mana satu you nak. Get out!” tegas Raja Awwadi .
“Bos…”
“Get out!” jerkah Raja Awwadi sekali lagi.
Mary Lee berlalu keluar dari bilik sambil menangis teresak-esak.
“Bos… Ini first time Mary gagal dapatkan tender. Sebelum ni dah banyak tender projek Mary dapatkan untuk company ni. Rugi kalau kita kehilangan pekerja macam Mary tu.” Fairuz bersuara.
“Fairuz, you jangan nak bela Mary. Kalau you rasa tindakan I ni tak adil, you boleh resign.” Pandangannya tepat ke arah Fairuz yang sudah 10 tahun menjadi pembantu peribadinya.
Fairuz terdiam.
“Siapa yang dapat tender tu?” soal Raja Awwadi.
“Dato Yazid.”
“Ooo… Dato Yazid. I nak you siasat kelemahan Dato Yazid. Lepas tu you tahu nak buat apa kan, Fairuz?” Raja Awwadi tersengih.
“Baik bos!” Fairuz akur dengan arahan Raja Awwadi.
“You boleh keluar.”
Fairuz berlalu keluar.
Raja Awwadi bangun dan berjalan menuju ke tingkap kaca. Dia melihat ke luar. Dia tersenyum apabila melihat Hotel GB Group yang bertaraf 5 bintang tersergam megah di tengah-tengah Kuala Lumpur.
“Ara, aku akan pastikan kau menyesal kerana tinggalkan aku disebabkan lelaki tu. Kau pilih dia sebab dia lebih kaya daripada aku. Kau memang perempuan mata duitan. Argh! Semua perempuan sama saja.” Kedua-dua tangannya digenggam erat. Dia takkan lupakan apa yang Zaharah pernah lakukan. Kerana itulah dia berdendam dengan kaum wanita. Baginya mereka semua sama seperti Zaharah. Hatinya sudah tertutup untuk menerima cinta daripada insan yang bernama perempuan.