[SNEAK PEEK] AWAK, JOM CINTA SAMPAI SYURGA

9789670707396-medium

EBUKU Awak, Jom Cinta Sampai Syurga Oleh Ashany

SERONOK juga ya ada kawan yang kita boleh berkawan tanpa kenal rupa paras yang kita boleh ceritakan apa sahaja. Macam Rain inilah, beberapa bulan ini memang aku selesa begini. Tak ada pengharapan, sekadar kawan. Aku dan Rain boleh bercerita dan berkongsi apa sahaja cerita antara kami tanpa mengharapkan balasan.

Mata kembali menatap skrin dengan senyuman tak lekang di bibir. Mujurlah Illi sedang khusyuk mengadap notanya. Kalau tidak, tentu sahaja Illi menyibuk di sebelahku sekarang ini.

Subject : Your story light me up

From : Rain

To : Me

Your e-mail makes me smile all the way! I was in

bad mood but when I read your e-mail just now, it

makes me fly to the moon. Terus teringat pada

cerita-cerita lama zaman purbakala dulu.

Regards,

Rain.

Amboi, manis betul kan ayat dia? Pandai sungguhlah dia ambil hati aku dengan ayat-ayat dia tu. Romeo ke apa mamat ni?

Jadi, apa harus aku balas pada Rain ini?

Subject : Sweet talker

From : Me

To : Rain

Cerita saya yang entah apa-apa tu pun mampu

buat awak sampai ke bulan ke? Such a sweet talker

la awak ni, Rain. Awak nak suruh saya cepat dapat

diabetes ke?

Sincerely,

Hayfa.

Boleh kan kalau aku balas macam tu? Lagipun memang betul aku rasakan si Rain ini bermulut manis. Cepat-cepat aku tekan butang hantar sebaik saja terdengar bunyi telefon bimbit yang berbunyi minta dijawab. Siapalah yang kacau malam-malam ni?

Aku dikejutkan dengan panggilan Illi yang mengingatkan aku tentang janji temu kami untuk keluar bersama hujung minggu ini. Bosan katanya duduk di rumah tanpa melakukan apa-apa. Kalau boleh setiap hari dia nak ajak aku keluar.

“Kau jangan buat-buat lupa ya?”

“Taklah. Aku ingat.”

“Aku ambil pukul sembilan pagi.”

“Mak ai… awalnya?!”

“Tak ada. Tak ada. Aku drive, ikut jadual aku!”

Cisss, tak ada kompromi sungguh Illi ni. Sudahlah hari-hari aku bangun awal untuk ke pejabat. Dia boleh suruh aku bangun awal juga waktu cuti begini. Hesy, tak patut sungguhlah!

“Ala, pukul sepuluh ke atas tak boleh ke?”

“Sejam aje pun bezanya.”

“Dua belaslah.” Aku cuba berdolak dalik.

“No! S.E.M.B.I.L.A.N pagi!” tegas Illi bersuara siap mengeja.

Kalau aku lambat siap esok ni, mesti kena bebel berbakul dengan Illi nanti. Kawan baik aku tu memang pandai membebel tau.

“Yalah. Yalah. Eh, tapi kalau aku drive, ikut jadual aku, kan? So, aku ambil kau pukul 12 la kalau macam tu.”

“Yasmeen Hayfa!”

Terkekeh-kekeh aku ketawa mendengar Illi menyebut nama penuhku. Suka benar mengusik Illi tu sampai terjerit-jerit macam tu.
“MA… jom!” Untuk kesekian kalinya aku memujuk mama untuk turut serta dalam janji temu aku dan Illi.

“Tak apa. Hayfa pergilah dengan Illi.”

“Ala ma… jomlah.”

“Mama nak kena go through documents ni. Alhamdulillah lepas sain dengan Global Bina, banyak projek yang masuk. Kecil-kecil pun projek juga, kan sayang?” Tangan mama mengusap pipiku.

“Alamak! Sorry ma, adik tak dapat tolong. Belum fasih lagi dengan all those legal terms dalam kontrak.”

“Tak apa. Belajar perlahan-lahan.”

“Betul ni mama tak nak ikut?”

Puan Haslina senyum dan menggeleng. “Pergilah. Go have fun and enjoy yourself with Illi.”

“Okey mama! Thank you.” Pantas aku hadiahkan ciuman di pipi mama sebaik saja mendengar bunyi hon di hadapan rumah.

Mama menghantar aku hingga di pintu. Illi keluar dari perut kereta seketika untuk bertemu mama. Menyalami dan mengucup tangan mama sebelum meminta izin untuk keluar bersama denganku. Sikap Illi yang tahu menghormati orang tua membuatkan mama senang aku berkawan dengannya.

Illi memandu keretanya menuju ke destinasi yang telah kami rancangkan. Kata Illi hari ini dia nak lepak sepuas-puasnya di dalam MPH, lepaskan geram dengan menonton wayang dan makan selagi boleh. Aku ketawa sahaja mendengar perancangan Illi. Hebat sangat ke dia nak makan selagi boleh tu? Selalunya tu mesti suku pinggan yang dia buang begitu sahaja.

“Aku nak pergi ATM CIMB depan MPH,” ujarku sebaik saja kaki melangkah masuk ke dalam pusat membeli-belah Alamanda ini.

“MPH? Jom!” Bersinar mata Illi mendengar perkataan MPH.

Aku ketawa melihat reaksi Illi yang sememangnya gila buku tu. Cepat sahaja dia menarik tanganku. Terpaksalah aku menurut langkahnya walaupun asalnya yang mahu ke ATM itu ialah aku.

“Panjangnya…” luahku.

“Panjang?”

“Haah. Mesti lama nak tunggu.”

“Meen, tiga orang aje kut?”

Illi pandang aku dengan matanya membulat besar. Macam tak percaya aku cakap yang tiga orang yang sedang beratur tu panjang. Saja nak drama dengan Illi, bukan selalu pun aku buat perangai macam ni.

“Lebih daripada satu, panjanglah…”

“Macam-macam. Dah, aku masuk MPH dululah.” Dia tepuk bahuku perlahan dan meninggalkan aku sendirian beratur.

“Okay. Don’t miss me!”

“Tak pun!” Illi menjelirkan lidahnya. Aku sekadar ketawa melihat reaksi Illi.

Sebaik saja selesai mengeluarkan duit, aku berjalan sambil cuba memasukkan kad dan duit ke dalam dompet tanpa memberi tumpuan pada suasana di hadapanku. Ketat pula kad ni nak masuk. Tadi masa nak keluarkan, okey aje. Dalam kalut cuba memasukkan kad ATM kembali ke dalam dompetku, tiba-tiba terasa seperti ada suara menjerit kemudian, tau-tau sahaja tubuhku sudah melayang.

“Dani! Don’t run.”

Aku dengar suara gemeresik memarahi anak kecil yang menyebabkan tubuhku melayang hingga hampir terjatuh. Salah sendiri juga sebab ralit dengan dompet, kad ATM dan duit. Langsung tak toleh kiri dan kanan dan berwaspada dengan keadaan sekeliling. Nasib baiklah aku sempat berpaut pada tiang di sisiku ini.

“Alamak! Maaf ya dik, akak kena kejar anak akak tadi. Nanti jauh pula dia lari. Maaf sangat-sangat!” ujar wanita itu sambil memegang bahuku dengan riak wajah bersalah teramat sangat.

“Tak apa, kak. Saya okey aje ni. Pergilah kejar anak akak tu.” Aku balas dengan senyuman.

Yalah, budak-budak macam itulah. Lagipun aku kesian tengok dia yang kelam-kabut dengan barang di tangan dan anak yang lari entah ke mana.

“Ok, terima kasih. Akak pergi dulu. Maaf sekali lagi ya, dik. Nasib baik encik sempat sambut dia.”

Errr… Apa akak tu cakap tadi? Nasib baik encik sempat sambut dia? Encik? Sambut? Bukan aku paut pada tiang ke tadi? Cepat-cepat aku lepaskan pegangan tanganku setelah merasakan diriku stabil.

“Ehem…”

Tubuhku tegak serta-merta. Meremang bulu roma di lengan dan tengkukku. Encik maksudnya lelakilah, kan? Ada perempuan yang bergelar encik ke, Yasmeen Hayfa? Eh, manalah tahu kan, kot-kot dah tukar ke? Melalutlah kau, Hayfa!

“Assalamualaikum.”

Dia cuit bahu aku. Aku diam tak bergerak-gerak mendengar suara garau yang memberi salam. Alamak, nak cakap apa ya? Hai, terima kasih? Ke nak cakap nama? Hai, saya Yasmeen. Terima kasih sebab tolong saya. Macam tu ke? Eh, tapi apa fasal pula nak kena bagi tau nama?

Tiba-tiba aku jadi blur dengan tindakan seterusnya. Padahal mamat tu bagi salam aje kut yang sampai nak jadi patung ni apa fasal? Jawab ajelah salam yang dia bagi, senang.

“Tak jawab berdosa.”

“Dah jawab dalam hati,” balasku.

“Nama siapa?”

“Haah…”

“Saya…”

“Luq!”

Aku dengar suara garau lelaki memanggil nama Luq kemudian terdengar lelaki di sebelahku ini menyahut. Oooo, Luq nama dia. Eh, ke Luke? Alamak, mana satu ya?

“Meen!”

Gliran aku angkat muka. Illi sedang berjalan ke arahku dengan membimbit beg plastik dari MPH dan yang pastinya mesti berisi dengan novel-novel terkini yang ada di pasaran.

“Kenapa?” Illi pandang aku dengan kening berkerut.

Pelik agaknya bila aku tiba-tiba kaku. Macam mana tak kaku bila mamat kat belakang aku ni tak gerak-gerak dari tadi. Boleh dengar kut dia orang berbual dalam bahasa Inggeris. Okay, definitely Luke!

“Tak ada apa. Jom.”

“Mana?”

“Makan. Lapar.”

Cepat-cepat aku tarik tangan Illi untuk mengikut jejak langkahku. Tak boleh jadi, kena pergi sekarang juga. Lagi lama aku berdiri kat situ, nanti lagi panjang pula cerita. Biarkan sahaja lelaki itu dengan temannya yang memanggil dia dengan panggilan Luq tadi.

Tapi, kalau Luke, hmmm… nama macam mat salih, cakap dengan kawan dia bahasa Inggeris. Tapi, elok aje dia menggunakan bahasa Melayunya dengan fasih bila cakap dengan aku tadi. Aku garu kepala. Hmmm, agaknya Luq la kut.

Eh, orangnya pula macam mana ya rupanya? Apabila jarak kami sudah sedikit jauh, aku toleh semula pada dia yang masih berdiri di tempat tadi. Pandangan mata kami bertemu, masing-masing terpaku. Wajah lelaki itu seperti pernah aku lihat, tapi kat mana ya?

Seketika kemudian, lelaki itu tersenyum dengan lesung pipit di kedua-dua belah pipinya jelas kelihatan. Aku petik jari dengan tiba-tiba.

Yes! Mamat yang tolong aku lintas jalan beberapa bulan yang lalu dan mamat tu juga yang sambut aku dekat The Mines tempoh hari. Mamat yang cakap aku ini perfectly fit in his arms!

AKU ajak pergi ke Rasa Foodcourt, Illi tolak mentah-mentah cadanganku itu. Dia kata pilihan yang ada kurang menarik padanya. Aku cadangkan ke Secret Recipe, dia cakap dah jemu. Aku suakan Noodles Station, dia tak mahu. Peninglah aku dengan Illi ni. Tak tahulah dia nak makan apa sebenarnya.

“Illi, kau nak makan apa ni?” rengekku.

“Entah, tengah fikir lagi ni.”

Perut aku ni dah bunyi-bunyi minta diisi. Dah hampir setengah jam berlalu sejak kami keluar dari panggung, Illi masih belum memberikan kata putus untuk makan di mana. Aku dah penat ukur jalan di dalam Alamanda ni. Jangan sampai aku mogok dan putuskan ikut selera aku.

“Illi, cepatlah!”

Illi jongket bahu. “Rambang mata.”

“Ya Allah!”

Boleh macam tu? Tak senonoh betul kawan aku yang seorang inilah.

“Okey. Okey. Hmmm, kita makan kat… The Manhattan Fish Market, nak?” balas Illi dengan riak wajah ceria.

“Jom!”

Cepat-cepat aku tarik tangan Illi sebelum dia tukar fikiran lagi.

Sampai di restoran itu, kami memilih untuk duduk di luar. Mengadap air pancut di ruang hadapan restoran. Santai sahaja duduk begini pada waktu petang dengan pemandangan yang menarik.

“Hai!” tegur satu suara ketika aku dan Illi sedang menunggu makanan kami tiba di meja.

Illi menendang kakiku di bawah meja. Aku yang terkejut dengan tindakan Illi, membalasnya semula. Mamat lesung pipit berdiri di hadapan meja kami. Rasa seram sejuk pula nak menatap wajahnya secara berdepan. Haila… nak bagi reaksi macam mana ya? Eh, aku belum ucap terima kasih lagi, kan?

“Ada orang kat sini?”

Aku dan Illi masing-masing pandang keliling. Rasanya masih banyak lagi meja dan kerusi kosong di The Manhattan Fish Market. Tapi, kenapa meja ini juga yang jadi sasarannya? Akhirnya kami sama-sama menggeleng.

“May I?”

Aku angguk. Begitu juga Illi.

“You ni Meen, kan?” soalnya yang duduk di kerusi sebelah sambil posisi tubuhnya mengadapku.

Aku angguk. Mestilah dia tahu dan ingat sebab masa Illi keluar dari MPH, minah tu terus panggil nama aku.

“Kenapa ya?”

“You owe me a ‘thank you’.”

“Oh, thank you Mister…”

“Luq.” Lesung pipit lelaki itu terpamer di kedua-dua belah pipinya.

Okey. Betullah nama dia Luq seperti yang kawannya panggil tadi tu.

“By the way, this is my card.” Lelaki itu menghulurkan kad perniagaannya kepadaku.

“For?” Berkerut dahiku memandangnya.

Aku teragak-agak untuk menyambut huluran itu. Manalah tau kot-kot mamat gigolo ke lelaki ni, kan?

“In case kalau you rasa perlukan perkhidmatan lintas jalan atau sambut you dari jatuh, just call me.” Matanya dikenyitkan.

Amboi! Baru sekali tolong aku lintas jalan dan sekali sambut aku jatuh, dah tawarkan perkhidmatan terus? Hebat! Laris perniagaan macam ni ya? Agak-agak dah berapa ramai pelanggan dia ya?

“Dah berapa ramai pelanggan? Ada testimonial?” Aku tutup mulut dengan jari, tak sengaja!

Alahai, kenapalah mulut aku lancar betul hari ini? Hesy, buat malu sungguh! Illi di hadapan pandang aku dengan mata yang membulat besar seakan tidak percaya dengan kata-kata yang keluar dari mulutku.

Luq senyum lagi dengan kenyitan nakal. “You are my first.”

Eh?

eBook penuh boleh didapati di E-Sentral.com
https://www.e-sentral.com/search/byid/79538/awak-jom-cinta-sampai-syurga