Sneak Peek – Aku Playboy, Dia Ustazah

. . .

Tuhanku, aku mencintai salah seorang hamba-Mu. Aku jatuh hati padanya.
Maka aku mohon, jika dia jodohku dekatkanlah kami. Jika dia bukan, jauhkanlah dia dariku dan gantikan dengan yang lebih baik.
Kerana sesungguhnya Engkau paling mengetahui apapun yang terbaik untuk hamba-Mu.

NADJA terdiam. Hatinya tersentuh mendengar puisi daripada Bedcover di YouTube ini. Kena betul dengan situasi dia sekarang. Saat mata dia berlabuh pada raut wajah lelaki itu, dada dia terus berdebar hebat.

Argh! Sesungguhnya itu lelaki idaman Nadja. Sama seperti gambar hero-hero novel yang sentiasa jadi santapan mata ketika dia mengikuti penulis-penulis novel yang dia minati di Facebook.

Nadja, kau memang gilakan dia! Tapi nak buat macam mana kalau hati dah suka. Masih dia ingat lagi pertanyaan kawan-kawan ketika di sekolah menengah dulu.

“Jaja, ciri-ciri lelaki idaman kau apa?”

Nadja dengan bangga akan cakap…

“Kulit tak kisah. Kalau dark pun aku suka. Maco habis! Badan kena ada ketulan bongkah coklat. Muka kena ada jambang. Perangai kena sempoi. Nakal-nakal sikit ala playboy. Ke…”

“Woi, Nadja! Setan mana yang merasuk kau ni, hah!” Tak sedar diri bertudung labuh. Taste Nadja tak agak-agak, serupa langit dan bumi.

Tergelak-gelak Nadja bila kawan kelasnya membangkang pilihan dia. Dia bukan main-main. Memang itu yang dia cari.

“Patut la abang senior minat dia tak layan. Sebab bersongkok! Kahkahkah. Nadja, kau ni memang tak ikut ajaran nabi betul la.”

“Ala… apa ni sentuh hal agama ni. Itu apa yang aku impikan aje. Semua orang ada cita rasa masing-masing. Tapi jodoh kan milik Allah. Jodoh kita adalah biasan diri kita.”

Siang tadi, sementara menunggu kereta siap di bengkel dia isi perut sekejap di kafe sebelah. Tak sangka Ean ada juga di situ. Paling tak sangka, Ean tegur dia macam dah jadi kawan!

“Hai…”

Hish! Kenapa suara Ean macam berlegar-legar dalam bilik dia ni. Nadja ketuk-ketuk kepala sendiri. Jangan ingat dia, Nad! Jangan!

Macam nak tertanggal mata dan tercabut rahang dia ternganga melihat lelaki itu segak berdiri depan dia serupa buat iklan model pakaian kerja. Dah la dengan tangan yang dimasukkan ke dalam poket. Nadja macam nak cair dekat tempat duduk dia, tapi mujur Ean cepat berlalu.

“Tak boleh jadi ni.”

Nadja mendesis perlahan. Cepat-cepat dia berlalu menuju ke bilik air untuk mengambil wuduk. Solat isyak ditunaikan dengan khusyuk kemudian bersambung dengan solat sunat taubat dan hajat.

“Ya Allah, anugerahkanlah kepada aku jodoh dan keturunan sebagai penyenang hati kami. Dan jadikanlah kami di kalangan orang yang bertaqwa.” Tangan naik mengaminkan doa.

Nadja meraup wajah. Dia terlalu mengikut rasa suka sampai dalam doanya tadi, diam-diam dia menyeru nama Dayyan. Allahu. Kuatkanlah hati aku.

Telefon yang dalam mode silent menyala-nyala. Nadja bingkas bangun mendapatkan telefon yang berada di atas katil sebelum kembali duduk di tempatnya. Ada pesanan WhatsApp daripada nombor yang tidak dikenali.

Hai, Nad. Awak buat apa. By the way ni Ean.

“Hah?” Nadja tenyeh mata dia berkali-kali. Serius la! Baru aje sebut-sebut mamat ni dah muncul. Jodoh ke ni, ya Allah?

Nadja yang sedang duduk di atas sejadah itu pantas berdiri dan bermundar-mandir. Dia nak jawab apa ni? Aduhai, jantung dia buat tarian Agogo pulak dah. Tak terkawal!

Kain telekung dibuka lalu dicampak ke katil. Rambut panjangnya diikat tinggi di atas kepala. Nadja hempas tubuh atas katil. Berkira-kira mahu membalas pesanan Ean.

. . .

Baca versi penuh di e-sentral.com

Karya: Cik Bawang