“Antara Hakim dan Hazim, yang mana Cik Muda berkenan? Yang Cik Muda suka?” – ROZITA
INDAH FARADILA BINTI KAZIM gadis yang takut untuk menerima huluran cinta sesiapa. Baik Hakim mahupun Hazim. Pada masa yang sama dia tak mampu nak menolak rasa yang mengetuk hati remajanya.
“Saya ni… ada Skizofrenia, tahu tak? Awak rasa, Hakim atau Hazim nak ke dekat saya ni?” INDAH
“Cinta itu indah, Cik Muda. Macam kisah cinta mama dan papa Cik Muda.” – ROZITA
Benarkah kata Rozita yang cinta itu indah? Atau sememangnya dia tak ditakdirkan untuk memiliki rasa cinta yang indah?
Review kita harini dari Ai Indah yang bertemakan watak budak sekolah. Indah, Hakim dan Hazim yang merupakan kawan rapat. Manakala Rozita pula adalah kawan dan penjaga kepada Indah. Hubungan antara ketiga-tiga mereka agak rumit. Jadi dalam 1 ebook ni ada 2 penamat. Satu penamat Indah dengan Hakim dan cerita satu lagi penamat Indah dan Hazim. Dua-dua cerita berbeza.
Admin terusik baca cerita kalini dari Ai Indah. Apa itu erti persahabatan, perngorbanan, cinta dan kasih sayang. Ditambah pula dengan Indah yang ‘sakit jiwa’ membuatkan dia sangat insecure. Admin suka karya Yang Kutahu, Cinta Itu Indah. Selamat membaca pada yang mahu membeli ebook ringkas ini!
Nak baca ebook penuh? Klik link di bawah:
https://www.e-sentral.com/book/info/340630/Yang-Kutahu-Cinta-Itu-Indah