Boleh jadi tanpa sedar kau dengan angkuhnya menganggap dirimu maha mengetahui – menjadikan kau manusia separa tuhan – menjatuhkan hukum benar dan wujud hanya pada apa yang kau lihat dan tahu, sedang selainnya semata-mata tipu dan palsu. Sedarlah kau tidak diciptakan tuhan yang separa dirimu itu dengan satu mata di hadapan dan satu lagi di belakang untuk melihat seluruhnya, bahkan akal pemberiannya yang membezakan kau dengan binatang itu juga punya daerah terlarang.
Jadi untuk ulasan buku kali ini bagi tajuk Untuk Separa Tuhan. Dinasihatkan kepada pembaca yang cepat loya JANGAN BACA kerana ada beberapa cerpen yang sedikit ganas dan akan membuatkan anda betul- betul mual. Gabungan beberapa kisah dalam satu buku mampu membuat anda terfikir sejenak mengenai siapa Tuhan? Dan manusia yang berlagak menjadi tuhan. Pada pandangan saya, novel ini saya klasifikasikan sebagai buku ketuhanan dari sisi gelap. Perkara yang membuatkan kita terfikir betapa manusia sangat menggilai watak tuhan. Kuasa dan darjat yang ada disalahguna. Harta yang ada dibuang begitu sahaja. Akal yang dikurniakan tuhan letak di lutut. Begitulah jalan cerita yang bakal mencabar darjah ketertinggian ilmu anda.
eBook penuh boleh didapati di E-Sentral.com
https://www.e-sentral.com/search/byid/58212/untuk-separa-tuhan