[REVIEW] UNTUK KITA

Untuk Kita Oleh Aliahnawal

Keluar bermusafir wahai penghuni bumi

Jelajahi setiap pelosok dunia

Mengembara mencari hikmah

Berdagang dengan setiap hamba

Pelajari ilmu dan rahsia alam

Sampai bila engkau harus berada pada tempat yang sama?

Aku tahu tak mudah

Untuk kau pasak dan tekadkan hati

Untuk keluar dari zon yang kau selesa

Untuk berjalan dengan langkah pertama

Namun percayalah, ia berbaloi

Dan kau akan kenang bagaimana

Indahnya menjadi berani.

Berhijrah ke arah kebaikan

Tinggalkan yang duka

Kau akan terus menjadi kuat

Malah sebaik-baik manusia apabila

dia memberi manfaat kepada orang lain.


Okay harini min nak buat review lain sikit. Selalu min review novel cintan cintun kan, harini min nak review novel yang bahasanya begitu puitis. Hahaha taktahu la tiba tiba je nak mood puitis. Novel Untuk Kita karya aliahnawal ni banyak menceritakan atau membicarakan tentang hal yang berkaitan islam atau lebih tepat motivasi cara islamik. 

Buku ini mempunyai 20 bab kesemuanya dan penulis menggunakan bahasa yang sangat indah dan puitis. Min baca buku ni dengan gaya sekali tau haa hahaha. Apa yang min dapat simpulkan, terlalu banyak pengajaran yang penulis ingin tonjolkan dengan cara kiasan. Yang paling terkesan kepada min adalah ada satu bab ni yang ingin menyampaikan mesej supaya kita bersyukur dengan apa yang kita ada dengan tidak membandingkan diri kita dengan orang yang ada lebih daripada kita. Sebaliknya, pandanglah yang ada dibawah kita. Sebak min baca.

Selain itu, ada juga pengajaran seperti sebagai hamba di muka bumi ini, kita digalakkan mengembara. Macam min, min suka frasa “jauh berjalan, luas pemandangan”. Buku ni menggalakkan kita untuk menerokai dunia ciptaan Tuhan supaya kita sentiasa mengucapkan syukur kepada Tuhan. 

Bagi min, buku ni memang amat sesuai dibaca semua lapisan umur kerana pengajaran yang banyak boleh diterapkan dalam diri setiap individu. 

eBook penuh boleh didapati di E-Sentral.com

https://www.e-sentral.com/book/info/349120