Novel uda dan dara merupakan novel melayu yang banyak unsur keagamaan dan gaya penulisan yan menarik. Bertempiaran senyuman ketika membacanya. Tidak kurang juga terhambur air mata menjiwai kesedihannya. Penceritaan yang kemas dan padat. Plot yang kuat. Satu demi satu permainan perasaan wujud. Seperti menyaksikan lamunan cinta yang berganda-ganda indahnya. Kerana desakan Izzat Hilman mereka menjalin hubungan tetapi Siti Mariam sudah meletakkan syarat bahawa perhubungan itu hanya sementara. Rasa tidak logik pula bila ada istilah bercinta tetapi bersedia untuk berpisah. Tetapi peluang Izzat Hilman bagaikan terhidang di depan mata saat abah Siti Mariam yang bertahun menghilangkan diri tanpa kisah akan darah daging sendiri muncul bersama beban yang menyesakkan seluruh keluarga. Dan Izzat Hilman menawarkan bantuan tetapi dengan cagaran yang lain pula diminta. Mampukah Siti Mariam meletakkan kemahuannya di atas berbanding nyawa orang tuanya? Karya yang ada sesuatu yang boleh dijadikan teladan.
eBook penuh boleh didapati di E-Sentral.com
https://www.e-sentral.com/book/info/75690/Uda-Dara