[REVIEW] The Heartless Love

The Heartless Love oleh Fahizah Reena

Kerana pertemuan pertama, hati Asiah berdetak cinta untuk jejaka kacak bermata hazel itu. Cntanya bukan sembarangan, cintanya luar biasa sehingga dia nekad merampas cinta jejaka bernama Yusuff. Seperti kisah-kisah cinta lain, Yusuff sering bergandingan bersama Zulaikha. Kisah cinta mereka diagungkan sehngga menjadi retold karya-karya penulis novel.

Yusuff juga mempunyai Zulaikha, sebagai tunang kesayangannya. Dia mencintai Zulaikha dan tidak memperdulikan cinta Asiah yang dianggap sampah. Asiah keraskan hatinya, menanam benih kasih kepada Yusuff yang telah berjaya dijadikan sebagai suaminya hanya kerana peristiwa yang tidak disangka-sangkanya akan berlaku. Asiah pada mulanya bergelumang dengan duka dan sengsara, namun lama kelamaan Asiah tegar menjadi wanita yang tabah menghadapi ranjau berduri hanya untuk menjadi suri di hati Yusuff.

Namun siapa sangka dan menduga, hatinya yang keras umpama kerikil itu akhirnya hancur berkecai. Dia tersungkur dalam kancah kebencian Yusuff. Dia pasrah seandainya Yusuff tidak dimiliki. Dia juga kelelahan mengejar cinta Yusuff. Akankah dia temui kebahagiaan bersama Yusuff? Ataupun terkapai-kapai sendirian tanpa cinta dari insan bernama suami?

“Bagus. Ini yang kau nak, Asiah. Mama kau dah buang kau. After that, aku akan hancurkan hidup kau sampai kau rasa nak mati.” -Yusuff

“Ceraikan saya, Yusuff! Ceraikan saya! Saya takkan ganggu hidup awak lagi!” -Asiah


Setelah dibaca, admin boleh putuskan novel ini sesuai untuk mereka berjiwa kental kerana ada unsur keganasan sikit di dalamnya.

Yusuff memang sangat tak gembira bila dia perlu berkahwin dengan Asiah. Oleh kerana Asiah begitu degil, Yusuff banyak melukakan hati Asiah supaya dia berputus asa. Tapi Yusuff ni macam mengalami kecelaruan jugak sebenarnya. Hmmm. Kata dia tak suka/sayang dengan Asiah tapi perlakuan dia mengelirukan. Asiah keliru, admin pun keliru. Apa maunya?

Admin boleh cakap, Asiah ni ada juga jahatnya. Sebab dia berkeras nak buatkan Yusuff jadi milik dia walaupun dia dah tahu Yusuff dah ada Zulaikha. Kemudian, keadaan bertukar bila Yusuff yang jadi jahat. Sebab dia nak pertahankan apa yang dia ada dengan Zulaikha. Time ni nampak Asiah macam innocent sangat. Lama-lama baru nampak belang si Yusuff ni. Realiti tak seindah yang disangkakan oleh Asiah. Yusuff bukan berbudi pekerti lembut, tetapi yang sebaliknya. Memang dia kasar. Dia kasar dengan orang sekelilingnya.

Dan menariknya, ada plot twist juga di dalam ni. Rupanya… Anda kena baca sendiri hahahaha. Tahniah author kerana ini karya sulung di e-sentral. Teruskan berkarya.

Nak baca ebook penuh? Klik link di bawah:

https://www.e-sentral.com/book/info/341787/THE-HEARTLESS-LOVE