“Kalau kau buta lagi bagus. Tak adalah nak menyemak buat masalah di sekolah lagi.” Ain Syuhada, pengawas yang sebesar anak gajah itu ingin balas dendam kerana ditolak jatuh ke dalam lumpur sawah. Racun serangga jenama Redinsect segera disembur ke muka Aidil Zafran. “Aku tak nampak apa-apalah!” Ah, sudah! Sungguh Ain Syuhada tidak menyangka racun serangga itu mampu meragut penglihatan Aidil Zafran. Kalau dia sanggup jadi hamba tebusan seumur hidup untuk membayar apa yang telah dilakukan kepada Aidil Zafran pun, dia masih tak akan mampu melunaskan hutangnya itu. “Jangan muncul di hadapan aku lagi. Aku tak mahu dengar nama kau lagi. Apa saja yang berkaitan dengan kau, aku tak mahu tahu.” – AIDIL ZAFRAN. Cuma kalau dah namanya jodoh, larilah ke penghujung dunia sekalipun, pasti akan bertemu juga. Sebelas tahun kemudian… Aidil Zafran menerima seorang pekerja baru di syarikatnya. “Errr… Saya Ain… Ain Syuhada Ismail. PA bos.” AIN SYUHADA muncul kembali dalam hidup Aidil Zafran tanpa dirancang sedangkan Aidil Zafran tidak dapat mengenal pasti siapa Ain Syuhada. Dah namanya pun mr. blind! Hati Aidil Zafran diketuk perasaan yang luar biasa sewaktu bersama PAnya yang menjaganya penuh kasih. Cinta mula datang walaupun tidak terlihat, maklumlah cinta itu buta! Pada saat pernikahan Ain Syuhada dengan Rayyan Aziz dibatalkan, Aidil Zafran datang dengan rela menjadi galang ganti. Namun, saat lafaz akad dilafazkan, masih relakah dia apabila identiti Ain Syuhada terbongkar? “Kau sengaja nak perangkap aku, kan? Kau jangan ingat bila aku dah kahwin dengan kau, aku dapat maafkan kau. Aku akan pastikan kau hidup merana, Ain.” Benarkah cinta itu hilang saat dendam merajainya?
Admin suka dengan cerita ini!! Serius! Sebuah novel yang berbeza. Memang hero dia buta. Admin tak nak bagi spoiler macam mana Aidil Zafran boleh buta sebab cerita dia berlaku sebelum dia mengenali Ain Syuhada.
Dan yang menarik dalam novel ini, ada plot twist kenapa Ain Syuhada tak jadi bernikah dengan Rayyan Aziz. Admin yang baca cerita ni pun macam tak boleh terima plot twist. Sebab dasyat sangat! (Tiba- tiba geram!). Ada part yang sedih dan berjaya membuatkan admin menitiskan air mata. Part Aidil ZAfran tidak mahu bersama Ain Syuhada selepas dia bersalin. Sedih part tu.
Kesimpulan bagi novel ini admin bagi 4 bintang sebab berjaya membuatkan admin terkesima dengan plot twist, climax, jalan cerita dan watak yang berlainan daripada novel biasa! Serious BEST!
eBook penuh boleh didapati di E-Sentral.com
https://www.e-sentral.com/book/info/90603/Suamiku-Mr-Blind